Ahad, 1 Disember 2019

PRE-HO COURSE

PRE-HO COURSE


Sebelum memulakan alam pekerjaan, saya sangat bersyukur kerana Allah memilih saya menyertai tiga program pre-HO yang dianjurkan oleh:


1. Medicorp 2. Papisma 3. FPSK USIM




Keadaan minda saya sebelum menyertai ketiga-tiga kursus ini adalah sangat berbeza selepas itu. Saya yakin, sesiapa sahaja yang belum pernah ke mana-mana kursus pre-HO pun akan berkata perkara yang sama selepas membaca buku ini.
Ada beberapa poin penting yang saya nak kongsi kepada anda yang masih belum berpeluang untuk pergi.

Benda yang pernah saya dengar tentang kehidupan seorang Houseman sebelum terlibat secara terus dalamnya adalah,
        
            “Korang akan rasa korang ni HO, ‘hamba orang’ dan bukannya ‘hamba Allah’... kena jaga betul-betul niat kita!”


Seorang pensyarah saya pun pernah berkata, “Jadi sibuk dan penat masa jadi medical student ini hanyalah 10% daripada HO.”

Senior saya pula kata, “Sibuk dan penat masa student tu baru 20% daripada penat sebagai HO.”
Okey, dah boleh nampak dah apa yang akan berlaku kat kita nanti? Dah boleh agak dah betapa susahnya perkara pada nanti?

Satu ayat dari seorang doktor di pre-HO yang membuat saya rasa sangat terkesan dan tersentak adalah,

“Semua orang yang memasuki zaman HO tu memang dah jangkakan yang kehidupan seorang houseman adalah susah, tapi dia tak tahu susah tu macam mana, itu yang buat dia terkejut masa dia masuk tu.”

Nak tahu apa yang saya belajar dalam tiga kursus pre- HO tersebut? Teruskan membaca. Jangan skip-skip ya!

                    
            BAHAGIAN 1
Okey, saya kongsikan apa ilmu yang saya rasa seorang bakal HO perlu tahu sebelum terjebak dalam ‘hard environment’ nanti. Saya gunakan versi soal jawab, supaya anda senang nak tangkap poin penting.

“Apa yang patut saya jangka sebelum masuk HO?”
Expect the worst. Sangka yang housemanship tu satu fasa yang sangat mencabar. Ramai antara kita, kurang ilmu dalam minda tentang apakah kemungkinan kesusahan seorang HO, sehingga kita tak bersedia secara mental awal-awal untuk menghadapinya.

Kita tahu ianya susah, tapi kita tak tahu ia susah yang macam mana kan? Setkan dalam minda. HO itu zaman yang amat-amat mencabar.
“Apa yang penting masa HO?”
                      
            Attitude. Attitude. Attitude.


Knowledge will come along the way. But basic is basic (kena tahu). This is an interesting topic. Sejak zaman medical school lagi selalu ‘cikgu-cikgu’ sebut benda ni, tapi ketika itu saya kurang nampak attitude yang bagaimana yang mereka maksudkan. Setelah mendengar ceramah pre-HO itu semakin cerah kebluran saya tentang hal ini.


Attitude ini adalah, kalau ada kena cuti kecemasan (emergency leave), kena habaq mai kat semua orang yang kita tak boleh datang atas sebab-sebab tertentu. Contohnya jika ada kes kematian atau apa-apa kecemasan yang lain.



Attitude ini adalah, kalau tak tahu dan tak pasti tentang sesuatu, kita kena tanya walaupun mungkin akan nampak bodoh, blur dan sebagainya pada mata orang lain. Mungkin soalan tu akan menjawab banyak persoalan lain atau soalan tu lama dah orang lain nak tanya juga tapi malu. Boleh jadi juga macam tu.


Attitude ini adalah, siapkan kerja sendiri semampu yang boleh dan jangan bebankan kawan kita yang bertugas pada shift seterusnya, kita tak tahu, mungkin banyak lagi kerja dia yang mendatang masa shift dia. Kesian dia nak cover kerja kita pula.
“Berapa lama biasanya kita nak sesuaikan diri untuk HO? 
                     
            ”Bergantung rasanya. Ada perkongsian daripada seorang HO lelaki bahawa dia akan menangis setiap dua hari selama dua bulan semasa awal-awal bekerja.


Bergantung pada tahap adaptasi dan pick-up kita. Ada orang, sampai lapan bulan masa yang diambil untuk selesa menjadi seorang HO. Yang pasti, dua minggu tagging setiap posting mesti akan dirasakan sangat ‘berat’ oleh semua orang, tak kisah posting keberapa kita pada masa tu.


“Apa perlu saya buat masa tagging?”

Tagging ni ibaratnya kita tak tengok matahari selama dua minggu. Satu fasa yang sangat mencabar. Ada senior saya, menangis kerana selepas dua minggu bekerja, baru dia dapat tengok matahari. Pergi kerja gelap, balik pun gelap.

Masa ni dah perlu proaktif dan buat macam kerja functioning HO. Dah ada pesakit sendiri, dah boleh buat procedure. Belajar dan buat sebanyak mungkin perkara pada fasa ini.


Mungkin orang tak akan tawar diri nak ajar kita. Kita yang kena banyak bertanya, kemudian baru kita kenal siapa suka mengajar dan sebaliknya.
“Bila nak maklumkan kepada MO, bila nak uruskan sendiri?”

                      
            Kena tahu had dan kepandaian masing-masing. Yang pasti, jangan ‘bermain-main’ dengan IV bolus fluid (takut overload) dan jangan bagi Intravenous ubat sesuka hati, kecuali memang dah dirancang oleh MO. Memang kena tanya MO. Belajar untuk bertanya kalau tak pasti.


“Apa kita perlu buat semasa menunggu housemanship?”


Cari kerja, sebab nak jadikan ia sebagai faktor penolak untuk bangun awal pagi. Kena bersedia dari segi spiritual dan fizikal.

Kalau kerja kat tempat yang selalu kena marah dan rejection seperti promoter amatlah digalakkan. Senang nak biasakan diri kena reject dengan radiologist. Haha. Senang nak tebalkan muka dan hati, kebal apabila dimarahi kelak.


Mulakan membaca. Eh, mengulang kaji, setiap hari dan kena ‘sentuh’ sekurang-kurangnya satu tajuk sehari agar senang nak ingat balik ilmu-ilmu yang pernah cemerlang melekat dalam otak masa nak pro exam dulu tu.
                     BAHAGIAN 2

Sambil menunggu panggilan HO, saya menyertai satu lagi kursus, banyak juga dapat tips yang berbeza daripada yang pertama. Antara tips penting untuk bakal HO adalah:


EXPECTATION
Kita kena meletakkan jangkaan expect the worst tapi sentiasa do the best. Kalau boleh kita kena jangka yang HO tu tak sempat makan, tak sempat pergi tandas, tak sempat tidur masa on-call.
Kalau kita dah jangka yang teruk-teruk dan kalau benda tu tak berlaku pada hari kita yang baik-baik, itu BONUS. Kalau dapat makan, alhamdulillah. Kalau dapat tidur, alhamdulillah. Kalau dapat bersenang lenang masa on-call, maka bersyukurlah. Jangka yang kita akan kena marah, kalau tak kena marah... hooray! Ya. Jangkakan yang paling buruk. Baru tak terkejut nanti.
                    
  JANGAN ADA MESTI
“Aku buat benda ni, mesti orang akan puji. Mesti orang acknowledge yang aku ni sebenarnya seorang doktor. Dah letih dah aku belajar dulu, aku nak orang mesti hormat aku.”
Haa... yang ni pun sangat ada kaitan dengan poin expectation tadi. Kalau boleh, jangan ada slogan ‘mesti’ dalam hidup. Tidak semestinya! Tidak semestinya kita sentiasa di atas. Tidak semestinya orang puji kita. Tidak semestinya ya!


JAGA SOLAT
Antara penyumbang utama kita tertekan adalah sebab kita tak jaga hubungan dengan Allah. Dalam sesi forum dalam program tersebut, seorang panel ada menyebutkan begini,
“Kena jaga solat. Kalau ada sedikit masa terluang, cuba solat di awal waktu. Masuk je waktu solat, terus pergi sembahyang. Dan kalau nak tunggu kerja habis, memang tak akan habis kerja tu...”


MO ZAMAN PALING SUSAH
Ini benda yang saya baru dengar dan ia agak mengubah minda. Kita kena fikir yang MO tu fasa yang lebih mencabar berbanding HO. Sebab tanggungjawab mereka lagi berat. Mereka yang kena tanggung dan jawab jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. 

Contohnya mortality case.
Teringat masa pergi ke program Medicorp hari tu, ada seorang doktor bertanya kat kawan-kawan dia yang junior MO, “Siapa yang kalau boleh, nak kembali semula ke zaman

                    
            HO. Menyesal kerana tak belajar elok-elok?” Ada yang jawab mereka menyesal dan kalau boleh nak kembali dan belajar bersungguh-sungguh.
Oh, rupa-rupanya, jangan memasang matlamat nak habiskan satu-satu posting sahaja. Kena berusaha sepenuh daya untuk dapatkan kemahiran dan bersedia jika dicampakkan di mana-mana tempat kelak. Kena bersedia untuk betul-betul jadi doktor competent. Insha-Allah, amin.



DOA
Saya teringat dan sangat terkesan dengan satu doa yang ada seorang doktor ceritakan. Sangat menarik dan saya rasa semua doktor patut berdoa sebegini juga.


Ya Allah, jauhi aku daripada melakukan kesilapan (seperti tersalah bagi ubat dan sebagainya), dan kalau betul aku terbuat salah, bagilah aku sedar aku dah terbuat silap itu.”

Sangat penting untuk berdoa sebegini. Walaupun kita dah cuba sedaya upaya nak buat yang terbaik pun, mesti tak lari daripada melakukan kesilapan. Kita harap sangat ada orang betulkan kita atau tegur kita kalau kita dah terkhilaf sebegitu.


“Tiba-tiba ada pekerja farmasi telefon kita, mohon confirmkan ubat sekian.”
“Jururawat double check kita, nak pastikan, betul ke ejaan ubat yang kita prescribe.”

                    
   BE HUMBLE
Rendahkan hati (humble), jangan rendahkan diri, itu inferior. Belajar sebanyak mungkin dengan staff nurse. Kalau ada perkara tidak diingini berlaku dengan sekian specialist, sekejap je kita jumpa specialist tu, lepas round mungkin dah tak jumpa. Mungkin esoknya baru jumpa semula. Kalau dengan MO pun macam tu juga.


Tapi, kalau perkara tak best tu berlaku dengan seorang nurse, bukan seorang je kita jadi tak best, dengan satu geng dia kita rasa tak best nanti. Dan dengan nurse kita akan berada lama dengan dia, boleh kata setiap waktu. Sebab dia dan kita pada kebanyakan masa bekerja di wad.


Boleh dapatkan buku Cerita Dalam HOspital di kedai buku terpilih seperti MPH, SMO, Popular dan Kinokuniya. 

Boleh beli online disini


2 ulasan: