Rabu, 20 November 2019

EMERGENCY C-SEC


Okey, hari nak kongsi sikit apa yang kita sebagai HO kena buat kalau MO kata, “Dik, prepare patient for caesarean .”

Dan biasanya keadaan sangat kelam kabut, terutamanya kes-kes yang emergency caesarean (EMLSCS), sebab keputusan dibuat pada saat genting. Fetal distress. Fetal Brady. Cord Pesentation. Secondary Arrest. Itu contohnya. Jadi, kita kena sediakan OT List (di hospital saya bekerja, ia dipanggil OT List)


Nanti OT list ini kita kena beri kepada aneaest, jadi kena isi secepat mungkin dan mempunyai maklumat yang sepatutnya ada.

Demografik pesakit
• Kenapa nak EMLSCS? Indication?
• Tinggi/ Berat/ BMI
• Vital Sign
 • Last Meal
• Hb/ White Cell Count/ Platelet
• GSH Confirmed?


Kemudian kita kena isi borang consent. Isi je, MO tanda tangan, kita HO jadi saksi, cop tanda tangan kat bahagian saksi. Kemudian kita kena pastikan pesakit sudah ada IV line.


Then we post case to anest, dan dokumenkan apa yang dia cakap. Ini contoh ya.


Doktor X, saya Amalina, HO labour room, nak post case untuk emergency caesarean doktor!”
Dia akan tanya satu per satu perkara yang saya senaraikan di atas.

“Doktor, pesakit ni planned untuk elective caesarean minggu depan sebab breech presentation, tapi sekarang dia datang dengan sign and symptom of labour, regular contraction 2 in 10 minute, Os 3 cm... BMI, HB, Last Meal...”
Dia akan jawab, “Okey, hantar OT list bersama pesakit ke OT.”

Atau, bagi kes yang masih belum urgent sangat, atau bertindan kes urgent pada masa yang sama dia akan kata, “Okey, hantar OT list first.”
Maka, kita kena dokumenkan apa yang kita cakap tu.



                    
          • Spoken to DR X, MO anaest to post case for EMLSCS for breech in labour case and progress noted, so and so.... Case accepted.


Plan - To send OT list with patient now.
Okey dah selesai post case, kemudian kebiasaannya kes yang emergency caesarean ni kena rujuk kepada paeds. Jadi kita kena telefon mereka.


Ada sesetengah hospital tidak mewajibkan untuk semua kes perlu dirujuk kepada MO paeds sebelum pesakit ditolak ke operation theatre, ada sesetengah hospital mempunyai standard operating procedure untuk maklumkan kepada paeds team.


“Doktor, saya nak refer patient yang akan pergi EMLSC for Fetal Distress, patient 35 week POA, CTG ada fetal bradycardia, EFW 2.8kg, kemudian patient ada light meconium stain masa kita ARM tadi... (dan banyak lagi kena cerita)”
Lepas cakap tu, dokumenkan ia,

                    
             • Spoken to Dr A MO paeds, case and progress noted.

Plan:
1. To call when patient is on the table. 2. Call PRN (if needed)


Ketika pesakit ditolak masuk ke bilik OT, kita ingatkan balik kat MO paeds tu, “Doktor, nak maklumkan yang pesakit tadi dah on table.” Jadi dia boleh agak anggaran bila bayi akan keluar untuk dia bersedia datang tengok bayi.


Ataupun bagi kes bayi macam boleh jadi okey, boleh jadi tak okey. Kita mungkin hanya akan panggil MO peads jika perlu je. Kalau bayi lahir vigorous, tak perlu call. Kalau bayi lahir flat atau low Apgar Score baru call.


Okey, lepas call MO paeds, masa inilah kita kena ambil antibiotik, kita kena dilute. Sangat mencabar proses mendilute antibiotik bagi kita yang kurang biasa atau dalam masa kecemasan. Tersembur-sembur dan macam nak patah jarum pun ada. Huhu.

                    
            Kemudian kalau OT dah panggil pesakit untuk dihantar ke sana, kita pun kena pergi.
Di situ kita akan update whiteboard. Detail pasal pesakit, siapa surgeon, siapa assistant, operation apa, indication operation dan macam-macam lagi.
Masa tu kita akan call surgeon. Kita akan call MO paeds bila pesakit dah on table. Kita akan scrub. Kita akan assist surgeon selama operation itu dijalankan. Kita akan tulis post operation plan, kemudian surgeon akan tambah mana yang patut.


Dan, setelah sejam lebih pembedahan tu, barulah kita akan kembali ke bilik bersalin dengan sakit dan lenguh tangan kerana perlu retract dengan banyaknya masa caeser tu.


Wow, sangat banyak kan kena buat! Seorang je ke buat semua benda ni? Yes and yes.
Apatah lagi kalau keadaan bilik bersalin ketika itu sangat sibuk. Kalau ada HO ramai dan bilik bersalin masih terkawal, semua orang akan tinggalkan kerja yang bukan dianggap kecemasan, untuk bersama-sama uruskan kes kecemasan ini dulu.
Seorang periksa blood result. Seorang akan assist. Seorang post case.
Seorang refer paeds.

                    
        Seorang isi borang consent.
Dan biasanya kalau tiga orang je HO di dalam bilik bersalin masa tu, sangat kalutlah, dan akhirnya seorang je kena uruskan kesemua benda ini. Dua yang lain ada kerja lain.


Pernah ada satu hari tu, dari pukul 7.00 pagi hingga 8.00 malam. Ada empat EMLSCS yang perlu dilakukan. Can you imagine?


Saya suka cerita, biar nanti orang yang baru nak tagging OnG bilik bersalin jadi kurang terkejut, sekurang-kurangnya ada persediaan minda tentang betapa tegangnya keadaan boleh jadi.


Orang yang dah lapan bulan HO pun masa tagging di bilik bersalin sangat terkejut dengan betapa banyaknya kes- kes kecemasan di bilik bersalin ni. They were taken aback by how intense it is especially when they need to prepare for two caeser simultaneously. Lepas bilik 1, bilik lain pula nak caeser.


Saya pun masih lambat bekerja, cuba ikut rentak kita sendiri, dan perbaiki diri kita hari demi hari.
p/s - Biasanya tak akan dapat makan nasi kalau duduk kat bilik bersalin. Jadi sediakan ‘gula’ secukupnya dalam poket atau beg.

Boleh dapatkan buku Cerita Dalam HOspital (terbitan Komrad Buku) di kedai buku terpilih seperti Popular,SMO, MPH serta Kinokuniya.

Beli online disini:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan