Ahad, 17 November 2019

CONTOH ONCALL SIBUK

“Kak Amal, saya pergi ambil passover wad 1 TB kejap ya”

Seorang rakan Ho whats apps.
Hah? Aku oncall 2 orang ke hari ni?
Syukur!!!

Yeay!

 

Biasanya satu orang HO yang akan jaga Nicu 1, Nicu 2, dan stanby jika ada isu di Topaz, TB, Labor Room, 8TD dan 1 TD. Pokoknya, wad mana-mana yang ada baby lah. Jika murah rezeki, satu malam ada 2 HO.

.
Sesampai di Nicu, nampak semua sedang kalut2, ada Mo sedang selesaikan masuk Long Line.

Diri meluru ke surau.
Alang-alang ada wuduk dari rumah tadi, terus nak solat Asar.Bertolak dari rumah puku 4 petang, masuk kerja pukul 5.

 

“Amalina, ambil tegadem”

Err. Kejap Dr.

“Amalina, ambil hypafix...”

Okey doktor.
Terus bergegas mencari plaster yang disuruh.

“Awak nak kemana tadi jalan laju-laju?”

Nak solat dulu sebenarnya doktor. Hehe.

“Okey, pergi solat dulu. Nanti tolong kami apa yang patut”

Solat.

 

Kemudian tolong kemas mana yang patut barang-barang prosedur yang MO lakukan. Nampak letih mereka. Pukul 5 pun belum boleh balik lagi. Banyak sungguh kerja.

Awak, tolong isi borang Xray. Post PICC.

 

Orait Dr.

Kawan HO


“Amalina, lupa nak ambil darah pesakit ni... sibuk sangat tadi”

Okey, saya ambilkan. Awak settlekan patient transfer in tu dulu.Buat review.

Kemudian ada satu pesakit dari Hospital Z datang, diiringi cardiologist. 
Semua berkerumun cuba stablekan pesakit tersebut.

 

Sudah kebiruan. Berpenyakit jantung. Transfer dari sana ke sini untuk melakukan pembedahan jantung.

 

Prof, Regis, MO paeds, Anest, cuba settlekan mana yang patut sebelum operation. Banyak IV infusion yang mereka masukkan.Dobutamine. Bicarb. Beberapa ubat lain. Banyak sangat. Prof neonatologist beberapa jam berada disisinya settlekan apa yang patut sebelum pesakit ditolak ke OT.

 

Pada masa yang sama, Registrar malam memberitahu.

“Amalina, ambil CBG bed 12 pukul 9, ambil ABG katil 9 lepas maghrib

“Kemudian awak kena review bed 4,5,6,7,9,10,16,17.... Awak tolong review general condition ya”

 

(Mulut rasa nak ternganga dah... haha, banyak nya nak kena review)

Dia pun bagai faham apa yang bermain di minda saya.  “Review simple-simple je, yang tu nak review coag, nak letak NBM pukul 6 esok, yang ni nak review Xray, yang tu nak tengok tolerate feeding ke tak. Yang kes ventilated susah-susah, nanti kak yang review”

“Orait doktor”

 

Berbuka puasa sebentar bersama MO. Walaupun dah pukul 8, semua MO pun tak balik lagi. Semua menemani Prof settlekanurusan pesakit on the way to operation tersebut.

Selepas push pesakit ke OT, barulah mereka pulang.

Saya sambung review apa yang perlu review.

Ambil darah apa yang disuruh.

 

Trace result darah yang orang pagi ambil.  Pukul 9.30, rakan tagging berundur nak pulang.

 

“Amalina, saya tak dapat ambil urine baby cot 40, in out untuk urine candida. Awak tolong ambilkan boleh?”

 

Mula-mula susah juga nak keluarkan urine baby tersebut. Namun syukur, akhirnya berjaya. Memasukkan catheterkedalam untuk mendapatkan urine yang sterile.

 

Mendapat mesej dari rakan yang jaga wad sebelah. “Kak, ada jaundice workout tak dapat ambil. Boleh tolong poke?”

 

Sejam lepas tu baru ada masa nak tolong dia. Dia kelihatan penat juga menguruskan 3 newcase yang baru masuk. Clerk.Settlekan masukkan IV line. Endorse semua antibiotik. Kira feeding. Run VBG.

 

Alhamdulillah, berjaya mendapatkan darah untuk jaundice workout bayi tersebut.

“Kak, nanti saya pergi NICU 1 ya, kesian kat akak jaga sanasorang-sorang. “

Eh takpe, nasib baik awak ada. Settlekan newcase lagi susahrasanya. At least di wad sana kak jadi runner je buat apa yang disuruh.

 

Pukul 1.30 . Kami pun berjalan ke wad 1TB, untuk repeat satu blood untuk pesakit on intensive photo. Namun, bagaikan malaikat diturunkan dari langit pula apabila kami sampai di wad tersebut kelihatan seorang misi sedang melabel darah seorang pesakit.

“Kakkkk, dah tolong ambilkan darah patient tu untuk kami ke?”

 

Takpe doktor. 
Doktor mesti sibuk tu
Ni kak try, dapat!!

Syukur... syukur... ya Allah.

Kami berada di pantry, cuba habiskan ada makanan yang belum habis.

Mendapat call dari Regis di labor room.

 

“Amalina, oncall 2 orang kan? You both decide which one of you yang nak datang bagging sini. Ada satu baby saya intubate ni”

 

Bergegas ke sana.
Bagging beberapa ketika.
Baby pra matang 32 minggu.

 

“Doktor, biasa jarang saya dapat datang sini, Nicu sibuk sangat.Ni first time boleh datang. Kenapa intubate ye patient ni?”

 

Patient ni dapat 1 dose je Im dexa.
Tadi nampak grunting. Spo2 tak okey.
RDS ni budak ni. Nah tengok, lepas intubate pun grunting dan tacypnic lagi.
Nanti kita kena bagi surfactant.
Tak matang lagi paru-paru dia.
Kalau nak matang pun, at least 34 week and above.

 

“Nah, continue bagging. Selesakan diri awak, saya nak tengok mereka standby tak ventilator di Nicu. “ Okey bereh. Kemudian assist doktor buat UAC/UVC untuk 2 pesakit.

 

Umbilical Artery Catheterization. Umbilical Vein Catheterization.


Memasukkan catheter kedalam arteri dan vein di tali pusat pesakit. Untuk dimasukkan ubat. Untuk memudahkan blood taking (arterial line, senang nak ambil A.B.G, arterial blood gas).

 

Kemudian dalam pukul 2-3 pagi, pesakit yang post op mulai sampai dari Operation Theatre. Regis cuba settlekan Peritoneal Dialisis untuk pesakit tersebut. Sebab buah pinggangnya nampak tak cantik sangat bacaannya. Hb level dia pun agak rendah.

 

“Amalina, request 80 ml pack cell”

Okey doktor, nanti setengah jam boleh ambil.

Bersahur seketika, kemudian solat subuh.

 

Sambung mengambil Arterial Blood Gas melalui art line. Ada yang cucuk untuk dapatkan Capillary Blood Gas. Kemudian, orang pagi pun datang.

 

“Amalina, minta lagi 80 cc pack cell untuk pesakit niBanyak juga darah yang keluar melalui drainage.” Okey doktor, dah minta. Boleh ambil pukul 8.30 pagi.

Okey bereh.

 

Hampir pukul 9 pagi, kami cuba ambil GSH pesakit NICU 2 yang planned untuk di tranfuse hari ini, namun selepas beberapa kali cucuk tak dapat, kami passover kepada orang pagi untuk meminta MO mengambil darahnya. Difficult blood taking.


Masuk surau dalama keadaan penat sangat.

“Kak, drive sendiri ke balik pagi ni? Better tidur dulu. Saya ni takpe, abah saya ambilkan”. Selepas sahaja dia keluar surau, terus saya meletakkan kepala di lantai.

Dan akhirnya tertidur atas simen keras, tanpa bantal. Dan sangat tak kabar apo doh masa tu, nasib baik terbangun 2 jam kemudian.

 

Dan rasa sedikit FRESHHHH!!!

Boleh lah nak drive setengah jam untuk balik rumah. Dan sudah tentu, sambung tidur di rumah!!

 

Ps: Kisah diatas adalah antara hari night shift yang sibuk dan tak boleh tidur walau sekejap. Namun sebelum ni, ada je hari yang tak sibuk sangat. 1 new case atau dua sahaja. Tapi, hari itu adalah kerja yang agak sibuk, namun tetap gembira kerana kerja dengan orang-orang yang baik, dan tidak memberi tekanan emosi kepada diri. Alhamdulillah terima kasih Allah.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan