Rabu, 20 November 2019

PERANG E-HO


Tanggal 23 Januari 2018 adalah tarikh yang diberikan kepada kami untuk memilih hospital sebagai penempatan housemanship. Bakal houseman perlu mengisi pilihan hospital yang ingin ditempatkan pada 12 tengah hari pada hari tersebut.

Malam sebelum isi pun masih ada yang hati berbolak balik serta goyah ingin memilih hospital yang mana. Sangatlah tak tentu hala perasaan malam tu. Ada yang kata, “Dua malam dah aku tak boleh tidur fikir hari e-Ho ni.”

Ada pula, “Aik, aku lain cerita, tidur lena sampai malas nak bangun pun ada! Haha.” Lain orang, lain perasaan.

Masa tulah ada yang kongsi doa istikharah, nak tenangkan hati dalam membuat pilihan. Okey, nak cerita kisah pengalaman saya buat pilihan dalam e-Ho hari selasa hari tu ya. Selama lebih kurang enam bulan menunggu ni, hati memang rasa nak pilih hospital Z, namun seminggu sebelum buat e-Ho hati mula berbolak balik. Sokmo minda duk berzikir, hospital X ke hospital Z? Hospital Z ke hospital X?
        
            Pening.

Sememangnya pening.
Namun cakap kat hati sendiri, “Allah dah tetapkan dah, hospital mana kita akan duduk, sebelum kita buat pilihan pun Allah dah tahu kita akan duduk di mana.” Pilih je, nanti Allah yang tetapkan mana yang terbaik.

Kalau nak tahulah kan, untuk HO ni kita boleh pilih hospital mana yang kita nak, namun bergantung pada kekosongan hospital tu juga. Contohnya, kalau Hospital Raja Perempuan Zainab 2, orang yang memerlukan tempat HO ada 50 orang. Kekosongan yang ada cuma 30 orang. Kita perlu sepantas mungkin buat pilihan semasa sistem penempatan tu dibuka.

Dan 20 orang yang lain tu terpaksalah fikir, kalau tak ada kekosongan, apa plan B, hospital mana yang mereka nak pergi.


Pagi selasa, pukul 8.20 pagi saya menunggang motorsikal ke rumah kawan. Sampai saja di rumahnya, kami menaiki kereta kawan, bergerak mencari tempat yang ada servis internet yang laju.
“Budak kelas kita ni, kita pecah dua nak? Separuh ke cyber cafe di tempat X, separuh lagi di depan Nagoya di Bandar Y. Kalau internet tak okey ke apa boleh backup. “




“Okey nice. Terbaik punya cadangan!”
Dalam 9.30 pagi kami sampai di cyber cafe. Waktu tu ia baru je dibuka. Kami dalam enam orang dah siap-siap cop komputer. Buat apa yang patut.

                    
            Seawal dalam pukul 10 pagi tu ada antara kami yang dah mula membuka komputer yang disewa. Sebab kami pernah dengar tips daripada senior sebelum ini, lebih baik taip siap-siap butiran dan jika ditanya tentang maklumat diri, senang nak copy paste je nanti jika diperlukan.


• Nama
• Nombor kad pengenalan
• Alamat
• Alamat Emel
• No telefon
• Password


Memang dah taip siap-siap, sekali nama ibu bapa dan nombor kad pengenalan sekali. Sekejap lagi nak berperang ni. Senjata mesti cukup. Kocakan dalam perut telah mulai dirasakan. Berdebar. Palpitation. Sweatiness. Keluh kesah. You name it. Perasaan lebih gementar daripada mendapat keputusan Final Pro hari tu.


Okey, dalam 11.50 pagi, semua dah bersedia dengan jayanya. Serius macam nak pergi perang. Ala-ala keyboard warrior. Apa yang kami buat adalah, buka browser Mozilla dan buka dua tab untuk e-HO. Kemudian, buka browser Internet Explorer dan buka dua tab untuk e-HO. Saya utamakan buka Internet Explorer dulu.
Pilih yang auto refill untuk password dan user name, senang kalau dah tersalah hantar ketika sistem belum dibuka lagi, kita boleh hantar semula dengan mudah. 

Cuma jangan log in serentak kesemua tab lain yang kita buka tu, yang tu buat sebagai persediaan kalau sistem jammed. Hanya log in di satu tab sahaja.
Seingat saya, ketika saya memohon dahulu, apa yang diperlukan hanya nombor kad pengenalan dan password. 


Sila pilih password yang senang-senang je ya, kalau kawan nak tolong masa komputer kita jammed pun lebih mudah. Ada dah mencuba hantar walau masih awal, kerana jika terlambat walau dua minit, mungkin susah dah kita nak masuk.


Jam 11.50 am hantar, penempatan masih belum dibuka. Jam 11.51 am hantar, penempatan masih belum dibuka. Jam 11.52 am hantar, belum juga dibuka lagi.


Huh! Debar gila-gila. Nak juga di Kelantan. Tak kisahlah di mana-mana pun, asalkan dalam Kelantan juga, kata kami. Kami buat pada 10 minit terawal sebab dengar khabar ia pernah dibuka seawal itu. Itu yang kami cuba juga tu.
Jam 11.59 am. Maaf, penempatan masih belum dibuka.


Sebaik sahaja jam bertukar wajah menjadi 12.00 pm, “Yesss, buleh doh!” rakan yang berada di sebelah kiri memberi hint.


Alhamdulillah, nama dan banyak maklumat lain yang diperlukan pada masa tu dah diisi. Cuma yang belum adalah:
• Bilangan adik beradik
• Kelayakan dan Tahun (Matrikulasi, 2011)

                    
            Adalah beberapa lagi, tak banyak mana pun sebenarnya. Yang penting, cuba selesaikan apa yang wajib sahaja di muka surat satu dan dua. Misi kita nak sampai ke muka surat ketiga (Pilihan Penempatan) secepat mungkin.


Apabila akhirnya tiba di muka surat ketiga, saya segera klik “Kelantan”, maka keluarlah pilihan antaranya,


Hospital Tanah Merah (15)
• Hospital Kuala Krai (18)
• Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (21)
• Hospital Universiti Sains Malaysia (21)

Nombor yang berada dalam kurungan tu adalah jumlah baki kekosongan yang tinggal pada masa tersebut.


Ketika itu, terus je jari saya rasa nak pilih hospital X.
Ada rakan saya pula kata, “Aku tak nampak di mata aku selain nama hospital Y, nampak hospital Y je, terus tekan lepas tu.” Memang dia dah doa, dia akan tekan hospital yang mula- mula dia nampak. Itu jawapan istikharahnya barangkali. Itu yang terbaik untuk dia insha-Allah.


Jangan lupa tekan butang ‘hantar’ ya. Ada rakan saya, termenung lima saat terkaku dan dirasakan bagai brain freeze dan tought block ketika itu.
Ada rakan yang lain, nak tekan Hospital Z, dia tersalah tekan pilihan Hospital Y, kemudian nasib baik dibetulkan oleh rakannya di tepi.

                    
        Alhamdulillah. Kami bersyukur. Semua keenam-enam daripada kami dapat penempatan di Kelantan.

Tengok WhatsApp, salah seorang rakan baik saya yang berada di tempat lain mesej saya, “Malin, di tempat saya komputer dah jammed, tolong isikan untuk saya, please!”


Nasib baik sempat, masa saya tekan Hospital Kuala Krai, masa tu ada 23 lagi kekosongan. Alhamdulillah. Dapat. Syukur. Hospital tu terletak sangat dekat dengan rumahnya. Rezeki!
Jadi hasilnya, dua orang di Hospital Kuala Krai, 10 orang di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, dua orang di Hospital Universiti Sains Malaysia. Semua gembira sebab dapat hospital yang diingini, dan lebih-lebih lagi di Kelantan.


Cuma lepas dua tahun ni, kena bersedia dicampakkan ke tempat selain daripada Kelantan pula la. Tak kisah sangat, sebab orang kata, zaman housemanship ni sangat penting untuk berada dekat dengan keluarga.


Boleh dapatkan buku Cerita Dalam HOspital (terbitan Komrad Buku) di kedai buku terpilih seperti Popular,SMO, MPH serta Kinokuniya.

Beli online disini:



1 ulasan:

  1. Top 3 Casinos Near San Diego | MapyRO
    Casino. San 순천 출장마사지 Diego: There are four casinos in 나주 출장안마 San Diego – San Diego's 과천 출장샵 Harrah's, Golden Nugget, 아산 출장샵 Valley Forge, and 충주 출장샵 others.

    BalasPadam