Rabu, 20 November 2019

ORTHOPAEDIC WARD WORK


Alhamdulillah, sejak masuk orthopaedic saya rasa dah pandai dah nak selit masa untuk makan. Orang kata, posting ini agak santai di hospital saya.
Santai ke?

Entahlah, tak juga, tengok hari juga lah kot. Jika hari ini kumpulan kita yang on call, esok akan lebih banyak pesakit yang kita perlu review. Bergantung kepada berapa HO juga untuk setiap kumpulan pada satu-satu masa. Di sini kami ada beberapa team.

Team ATFA - Advance Trauma Foot Ankle
• Team Paeds - Kanak-Kanak
• Team OORU - Involve Pathological Fracture
• Team Spine
• Team Sport
• Team Hand
• Team Rehab

Saya ‘ter’masuk dalam team ATFA. Kes-kes yang dirujuk dari accident & emergency atau kes yang dirujuk ke bahagian orthopaedic pada hari team ATFA on call akan direview dan round oleh team ATFA pada keesokan harinya. Selagi tak discharge, pesakit itu akan berada bawah jagaan team kita.
Begitulah secara ringkasnya, begitu juga kalau esoknya team lain pula yg on call.


Okey, apa ward work di orthopaedic posting ni biasanya?

Bergantung kepada berapa ramai pesakit, berapa banyak HO, adakah team kita baru lepas on call, kita boleh agak kita perlu awal atau lewat sampai ke hospital.

Mungkin pukul 6.00 pagi?
Mungkin pukul 6.30 atau 7.00 pagi?
Eh. Bergantung juga kepada tahap kelajuan dan kehebatan kita review pesakit sebenarnya. Sebagai contoh, pesakit team kita ada 21 orang, HO ada 3 orang. Maka seorang kena review tujuh pesakit secara purata. Kalau kita terlambat, ahli kumpulan kita yang lain kita akan cover lebih. Kalau dia terlambat sampai, kita pula cover banyak sikit. Give and take.


Kemudian dalam pukul 8.00 lebih, MO dan specialist akan datang buat round. Ada ketika hanya MO yang round jika specialist sibuk atau kena masuk OT dan sebagainya.

                    
            Okey, masa kita review sorang-sorang pagi-pagi tu apa yang kita patut buat sebenarnya? Saya pun masih tertinggal sini sana, blur sini sana, tersilap sini sana, saje je nak kongsikan buat ingatan bersama.


• Trace investigation
• Tanya pesakit
• Buat pemeriksaan

FBC result dia berapa? RFT? LFT? Post tranfusion Hb? Mak cik ada demam? Sakit? Sesak nafas? Batuk ke? Makan okey? Boleh jalan?
Check lower limb, for example if fracture in lower limb. Rt lower limb, on external fixator and elevated, able to move ankle and all toes, CRT less than 2 seconds, sensation intact, dressing intact not soaked.


***
Masa round dengan bos biasanya mereka akan nak tengok wound, kena bahagikan tugas. Seorang tolong tulis.

                     
            Sorang pergi cari sarung tangan, plastik kuning, gunting, medium hand towel (sterile kain yang warna hijau), sorang buka bandage dan sorang ambil gambar masuk dalam group bos.
Biasanya student yang sertai round akan tolong- menolong ambilkan barang. Jika perlu x-ray untuk pesakit tersebut atau rujuk bahagian physio, cepat-cepat ambil borang radiologi dan fisioterapi, isi maklumat pesakit, kemudian bagi kat misi. Mereka akan suruh PPK hantar ke Jabatan Radiologi dan Fisioterapi.


Nanti radiographer akan telefon wad, “Pesakit X dah boleh hantar untuk buat x-ray.” Physiotherapist juga akan datang review pesakit dalam wad tidak lama kemudian, mungkin nak ajar pesakit
   cara guna tongkat, ajar cara guna kerusi roda, nak ukur untuk buat splint dan sebagainya.










Antara ward work lain selepas round dalam pukul 11.00 - 12.00 ke atas adalah:


 • Ambil darah yang baru plan masa dalam round.
• Pastikan misi peka yang kita dah isi borang radiologi
dan fisioterapi tadi

                    
   • Memohon ultrasound atau MRI atau CT di Jabatan Radiologi - yang ni saya masih kurang mahir dan pandai.
• Refer medical or refer surgery if there are cases that need to be refered. For instance, refer medical for cardiac assesment for operation.
• Kalau hypo sangat, pergi makan sekejap, barulah bertenaga. Kalau sibuk sangat mungkin tak sempat kot.
• Buat back slab.
• Buat discharge summary untuk pesakit yang boleh
discharge.
• Assist operation kalau team kita punya case anaest dah
panggil untuk masuk OT.
• Fill consent form for patient patient planned for
operation.
• Fill OT list form and post case to the OT
• Tengok GSH valid atau tidak, jika dah tak valid kena perbaharui GSH kalau pesakit memang dirancang untuk pembedahan.
• Masukkan IV line kalau misi kata, “Doktor, line katil tiga dah bengkak, nak masukkan ubat tak boleh, masuk yang baru ya doctor!”

                     
        Ada hari, sangat banyak kerja. Tapi ada juga hari, yang agak kurang ward work, terutamanya kalau ada pesakit yang dah selesai perkara-perkara di atas dan plan untuk pemerhatian.


Tahukah anda, ianya boleh menyumbang kepada tergurisnya hati nurani seorang HO kalau ada orang kata, “Apa sangatlah kerja korang? Bukan kena buat pembedahan pun? Cuba senaraikan apa kerja HO yang kononnya banyak sangat tu?” Sambil lirikan mata sinis diberikan.

Okey, nak tahu? Ni saya dah senaraikan apa yang saya ingat.

Haha, bukan nak tulis semata-mata nak mengeluh sebenarnya ni. Saya tulis sebagai peringatan awal untuk HO baru yang akan sertai kami di hospital kelak.


Boleh dapatkan buku Cerita Dalam HOspital (terbitan Komrad Buku) di kedai buku terpilih seperti Popular,SMO, MPH serta Kinokuniya.

Beli online disini:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan