Rabu, 20 November 2019

APA JE KERJA HO?

    
“Kerja HO apa je ye? Kerja HO ambil darah je kan?”
Seorang HO tidak menyediakan sticker dan botol FBC untuk diambil oleh orang on call malam semalam. Dia hanya sediakan sticker RFT. Aduh! 

Sebab nampak keputusan FBC semalam macam cantik je, ingatkan tak perlulah diambil setiap hari.
Bisik hati HO yang baru dua minggu berada di posting itu. Masih kurang biasa dengan sistem posting baru ini.Terngiang- ngiang di telinganya kata-kata si orang atasan. 

“Kerja HO ambil darah je kan? Ke kami senior doktor juga yang perlu ambil?”

Terbayang di minda HO kedua yang turut mendengar kata-kata itu.

Sangat ‘dalam’ dirasakan di hatinya.
“Kerja HO ambil darah je?”

Sangat terguris rasa di hati. Terbayang sehari sebelum itu apa dia buat di wad. Satu demi satu terpampang di matanya. Hari tersebut adalah hari bekerja terakhir sebelum cuti panjang, hujung minggu dicampur dengan cuti umum selama empat hari.

Pagi review pesakit. Kemudian kena marah sebab tak review pesakit yang dianggap acute dulu. Dia mengaku bersalah, miscommunication. Masih belum arif di posting baru ini selok-belok perjalanannya bagaimana.

Kemudian isi beberapa borang. Rakannya juga menyusun beberapa borang untuk diminta cop bos. Dia dan rakannya turun ke Jabatan Radiologi untuk memohon beberapa order. Aish, kena pohon awal-awal ni! Nanti radiologist marah kalau pohon lewat petang hari khamis begini.

“Doctor, I would like to request CT guided biopsy for this patient... bla bla bla”

“Nanti awak call saya selasa ni, dapatkan tarikh tu.” Syukur, MO radiologi itu sangat lemah lembut pertuturannya.

Rakan satu lagi sibuk memohon ultrasound, untuk lower limb. HO tersebut memohon ultrasound abdomen, tetapi ditolak. Dia hanya dapat janji temu awal, itu pun dah bersyukur sangat. Yeah! Syukur.

“Awak, free tak sekarang? Tolong ambil ABG pak cik tu.” Err... okey. Kemudian rujuk Opthal untuk seorang pesakit bagi saringan diabetes. Refer Surgery for skin biopsy. “Eh,dik! Kalau refer saya, sengetlah muka pesakit tu,
please refer Plastic (PRS).”

                    
            “Eh, maaf doktor! Dalam dokumentrasi ada orang tulis suggest refer PRS or Surgery, berehlah doktor.”

Rakan HO seorang lagi kata, “Eh, ada beberapa pesakit kita kena rujuk Nephro la...”

Kemudian kami pergi CME Department, habis dalam pukul 3.00 lebih, kemudian solat zohor. Kemudian rujuk Nephro.

Dan kemudian kena tegur, “Kenapa refer Nephro lambat sangat? Semua dah nak balik ni. Kalau pesakit perlukan HD, siapa nak masukkan femoral catheter untuk pesakit ni? Awak nak masukkan?”
HO terdiam. Mengangguk mengakui salah sendiri. 

Kalau refer radio petang pun akan kena marah.
Kalau refer plastik lewat pun akan kena marah.
Kalau refer opthal lewat pun akan kena marah.
Kalau refer cardio lewat pun akan kena marah.
Dia yang dah posting ketiga pun masih tak tahu perlu refer yang mana dulu sebab semuanya akan marah kalau refer lambat. Dan sementara tu ada suara-suara.


Doktor, pesakit nak muntah.” “Doktor, IV line satu.”
“Yang ni ada perlu ambil ABG.”

                    
        “Yang ni perlu run ABG.”


Ingatkan agak okeylah HO tu hari tu, makan beberapa pisang untuk sarapan. Berjaya beli lokcing apabila ada pak cik menjaja. Rupanya, angin nak jugak masuk dalam perut dia hari tu. Dia muntah sekali keluar makanan. Kemudian minum air teh untuk melegakan tekak. Kemudian muntah air teh pula. Sehingga malam, diambil plastik kuning, bersedia jika terasa ingin muntah lagi.




“Doktor, cuba minum syrup MMT. Gastrik tu kot doktor.” HO tu pun minumlah ubat tersebut. Sebenarnya dia nak maxolon, tapi tiada stok tablet ketika itu, malaslah pula nak kawan masukkan IV line untuk bagi IV maxolon. Maka minumlah dia sirap yang terasa macam ubat gigi tu.
Dan untuk kesekian kalinya, dia muntahkan semula ubat tersebut dan air, terasa kosong perutnya.
“What a day lah hari ni!”


Nasib baik ada orang tolong jemput dia pulang hari tu. Keluar hospital pada pukul 9.30 malam, dan memikirkan esok kena datang lagi pukul 7.00 pagi. Lembik tubuhnya. Semalaman tidur sambil rasa seram sejuk. Tak lena sangat.


Makanan pun tidak berapa habis makan malam tu. Hirup kuah sup sahaja. Dan esoknya, kena marah. Ada pula orang cakap macam ni, “HO ni kerjanya ambil darah je kan? Tak ada kerja lain kan?”


Boleh dapatkan buku Cerita Dalam HOspital (terbitan Komrad Buku) di kedai buku terpilih seperti Popular,SMO, MPH serta Kinokuniya.

Beli online disini:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan