Ahad, 17 November 2019

HOW TO PREPARE MGSO4


Macam mana nak prepare MgSo4 (Magnesium Sulphate) kalau ada MO suruh kita prepare? Biasa tengok MO buat, nampak macam senang, sekali kita kena suruh, baru terkapai-kapai, masa tulah sangat blur kalau time emergency baru nak ingat dose bagai. Haha.

Ini soalan bocor saya nak bagitahu korang ni. Boleh lah nak prepare in mind sedikit sebanyak. MgSo4 ni kita kena tahu ada dua jenis, satu untuk bagi secara slow bolus, satu lagi untuk maintainance dose.


1. Slow bolus (bagi dos 4 gram in 10-15 min)

 2. Maintainance (1 gram per hour)



Macam mana nak prepare? Di hospital saya 1 ampule MgSo4 ada 5ml yang mengandungi 2.5 gram (lebih kurang) So, macam mana nak dapatkan 4 gram?

Biasanya kita akan ambil 8 ml, ia mengandungi 4 gram dah. So lebih kurang 1 ampule setengah kita kena syringe out. Kita masukkan 8 ml tu dalam syringe 20 cc, (8 ml Mgso4 + 12 ml Normal Saline)



Kita bagi dalam slow bolus, sebab ubat ni agak “panas”, kita masukkan 3 way di branulla, kita bagi infusion Mgso4,pada masa yang sama kita run Normal Saline, kita kena pakai glove ya! Panas kan?

Ok settle dah yang tu.  dalam 15 minit kita bagi kat pesakit.

 *Kena tekan syringe slow-slow, jangan laju sangat, jangan tak bergerak sangat - jangan lupa tengok jam juga.



Nak prepare maintainance kita kena guna Syringe yang 50 cc. Masukkan 10 Ampule MgSo4, so kita akan ada 50ml Mgso4 (di dalamnya ada 25gram mgSo4)

 Kita set infusion 2 cc per hour (for 24 Hour), so jadilah 1 Hour kita sedang bagi 1 gram kan?  50ml : 25 gram  -  2 ml : 1 gram Complete mgso4 in 24 Hour.

1 Ampule yang ada 5ml tu mengandungi 2.47 gram sahaja, bukan 2.5 g ya. Itu untuk memudahkan pemahaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan