Sebelum kami diletakkan di neonatal ward, kami diwajibkan melepasi rotation General Wards paeds terlebih dahulu. Paeds General terletak di tingkat 6, mempunyai kanak- kanak yang “lebih besar”. Umur 10 bulan. 8 bulan. 2 tahun. 12 tahun.
Walaupun ada je baby kecil, namun tidaklah perlukan perhatian rapi macam NICU.
Nama pun N.I.C.U. Neonatal Intensive Care Unit.
Apa kami kena buat setiap hari di NICU?
Datang pagi. Review pesakit. Biasanya patient ada 20+, dan HO ada 2 orang sahaja satu wad.
Review patient selaju mungkin mana yang sempat. Dalam pukul 8-9 pagi, MO akan datang, mereka passover dengan MO dan Regis oncall, kemudian sambung mana-mana review yang kami tak sempat.
Biasanya mereka akan review kes-kes yang lebih tenat. Patient on ventilator. Intubated.
Patient yang ada issue. Dalam kita sedang review tu, kita akanjadi “runner”
“Amalina, ambil darah 3 pesakit ventilated ni! Ambil ABG!!!”
Okey Doktor. Boleh!!!
Most of the time, patient yang ventilated akan ada UAC. Umbilical Artery Catheter. Boleh ambil darah direct melalui itu tanpa perlu poke patient. Cuma kena ambil melalui sterile technique.
Lepas ambil darah. Run ABG (Arterial Blood Gas) di mesin yang dah ada di wad tersebut. Print result.
“Ni doktor, result katil A, yang ni bed B dan C”
“Okey cantik. Yang ni repeat balik pukul 12 tengah hari ni”
Kemudian salin semua result di atas ICU chart.
Saya pun pergi sambung review mana yang tak siap lagi.Kemudian MO B pun bertanya, “ Boleh tanya neurosurgery, macam mana pesakit ni? Semalam dia kata nak buat CT scan, tak panggil lagi ni, cuba confirmkan!”
Okey doktor.
Call wad untuk tanya nama MO Neuro tersebut, kemudian bertanya tentang pesakit itu.
Okey, saya sambung review lagi.
“Amalina, boleh trace TDM Vancomycin adik ni?”
Doktor, pending lagi resultnya.
..
..
Secara ringkasnya, banyak kerja kita di NICU adalah sebagai runner.
So? Banyak kan kerja kita?
Untuk 2 orang Ho yang menjaga plus minus 20 lebih pesakit, jangan pelik jika kami tak sempat pun properly makan, walaupun kafe hanya satu level di bawah NICU.
Sebab tu, rasa bulan puasa atau bukan bulan puasa, sama je tahap kelaparannya. Hehe.
Most of the time, memang sibuk. Sesekali sahaja pernah tak sibuk kalau duduk NEONATE ni. Bangun pagi esoknya, masih merasai penat dan muscle fatigue kerja semalam. Bersedialah ya adik-adik. Expect the worst.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan