Rabu, 20 November 2019

KESILAPAN UNTUK DIPELAJARI


“Doctor, patient has chest pain.” Attend stat. Asses patient.

Diagnosis patient ? BP? PR? SpO2? Masuk sebab apa? Lung clear?

ECG stat? Compare with previous ECG?
Any new changes?

Kalau masuk sebab MI, dan ada history serta simptom menyebelahi yang pesakit sedang angina, bagi SL GTN stat. Sedia nak ambil CK/CKMB.
Jika lung crepitation dan tanda ada fluid overload, mungkin kena sedia nak bagi Lasix. Ya, jangan jadi macam ‘kami’. Staff nurse maklumkan, terus takut dan tak berani nak buat apa-apa, kemudian call terus MO. Dan dah tentu kena marah.
        
            “Hello? MO blood bank ke? I would like to request 1 pint pack cell...”

Apa yang doktor akan tanya biasanya? Untuk mengelakkan kena marah macam ‘kami’, kenalah bersedia dengan jawapan begini,

Patient’s detail.
Diagnosis.
Kenapa nak request untuk tranfuse? Wajib ke kena tranfuse malam-malam ni? Kalau esok tak boleh ke?

Kenapa kena tranfuse juga? Ada simptom? HB berapa? Platelet? Jenis darah? GSH positive or negative? BP pulse rate?
Any bleeding? Kalau ada, estimated blood loss? Pernah tranfuse sebelum ni?


Sediakan dalam fikiran kita yang dia mesti akan tanya benda-benda ni. Sediakan pen untuk tanda kod yang akan diberikan. ‘Near missed’.


Ada antara ‘kami’ kena extend kerana salah label GSH dengan nama pesakit lain. Jadi, keputusan group darah akan jadi lain. Bahaya kalau pesakit tersebut perlukan tranfusi, mungkin kita bagi darah yang jenis lain untuk pesakit yang jenis darahnya berbeza. Jadi untuk cuba mengelakkan hal itu terjadi, kena cuba jadikan langkah-langkah ini sebagai kebiasaan kita.

1. Label botol selepas ambil darah.

  2. Minta pesakit sebut nama penuh, nak pastikan pelekat adalah sama dengan sample darah yang diambil. Kalau pelekat dah siap-siap ditampal, kemungkinan untuk kita terlupa nak tanya balik nama pesakit sangat tinggi. Kadang-kadang, pelekat nama pesakit lain yang berada dalam folder pesakit lain, sebab tu kena double check balik.
“Doktor, pesakit mengadu sakit.”

Kena jelaskan balik, sakit apa. Kadang-kadang kita terlepas pandang. Kita ingat, pesakit sakit kaki je, sakit tangan atau sakit yang biasa biasa je. Rupanya, pesakit mengalami ‘sakit dada’, sangat kena attend secepatnya. Kalau ketika itu ada pesakit lain yang sedang ada isu juga, mungkin boleh kita terlepas pandang, ingatkan sakit-sakit biasa.

Doctor, patient bleeding.”

Kalau bleeding dengan banyaknya, kena maklumkan kepada MO secepat mungkin, sambil-sambil tunggu dia datang, insert large bore branulla. Kalau tak dapat juga dihubungi MO on call, cuba juga call labour room atau mana- mana MO yang ada, sebab sangat urgent dan mungkin kita tak pandai nak uruskan.

Doctor, patient DFU bleeding post op beberapa hari dah ni.”

Attended stat. Compress lama-lama, kalau tak okey dan masih oozing, mungkin boleh try adrenaline soaked gauze, tengok berhenti atau tak bleeding tu.
“Doctor, check blood!”

                    
        Masa check blood, kena pastikan darah, borang GSH, dan folder pesakit adalah pesakit yang sama. Boleh jadi, yang darah tertukar semasa diambil, darah pesakit katil ni diletaknya di sana, darah pesakit sana pula diletaknya di sini. 
Na’udzubillah daripada sebarang kesilapan.




***
Jika buat discharge pesakit Acute Coronary Syndrome, pastikan ada antiplatelet (some patient single, some double), dan kena ada Sublingual GTN PRN.
***


Jika ada perlu refer Nephro, kena prioritize refer awal-awal kerana jika pesakit perlu dialisis, Nephro team kena masukkan femoral catheter atau IJC. So, kalau refer lambat-lambat memang pasti akan kena marah kaw-kaw punya. Begitu juga request radiology.
***


Kalau pesakit planned to request untuk buat CT scan keesokannya sebagai contoh, kena tanya siap-siap pesakit sekiranya dia ada sebarang alahan. Kena sediakan pesakit untuk prophylaxis allergy to contrast, kena bagi Tab Prednisolone 30mg pada tiga masa yang ditetapkan. Kalau tak sedia, besar kemungkinan request CT scan kita akan kena tolak dan ditunda keesokan harinya dan kena request semula.


Kecualilah bagi hal-hal kecemasan yang boleh mengancam nyawa (allergy patient). Maka kena buat juga CT scan bagi kes-kes begini, contohnya pesakit yang disyaki stroke dan sebagainya. Biasanya radiologist akan benarkan untuk beri IV Hydrocort 100mg stat, dan kena tunggu sejam, barulah boleh proceed untuk CT scan. Sebab takut alah kepada contrast.


Boleh dapatkan buku Cerita Dalam HOspital (terbitan Komrad Buku) di kedai buku terpilih seperti Popular,SMO, MPH serta Kinokuniya.

Beli online disini:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan