Jumaat, 8 Mei 2015

Pakar Inspirasi Saya


BAB 1: Pakar Inspirasi Saya

Sebenarnya ramai tokoh dan wajah-wajah yang selalu menjadi guru saya secara tidak langsung, namun salah seorang yang saya fikir banyak memberi impak kepada diri saya adalah Professor Dr. Muhaya Binti Mohammad, seorang doktor pakar mata dan beliau dikenali ramai sebagai Pakar Inspirasi.

Ramai yang bertanya bagaimanakah saya boleh mengenali beliau. Sejujurnya saya tidak pernah berjumpa dengan beliau secara bersemuka, namun saya agak mengenali beliau walaupun hanya mendengar ceramah beliau di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.FM)  dan di beberapa saluran TV tempatan juga tidak kurang juga saya menonton ceramah beliau di You Tube. Walau sekalipun kami tidak pernah berjumpa, namun beliau sememangnya memberi kesan positif yang cukup besar didalam diri saya. 

Beberapa tahun yang lalu, Allah telah mentakdirkan saya secara tidak sengaja terdengar ceramah seseorang di IKIM.FM. Saya menyangka penceramah tersebut adalah seorang ustazah. Saya agak tertarik dengan cara beliau memberi solusi dan bukan berceramah seperti ustazah yang lain mengikut pendengaran saya. Antara petikan kata-katanya yang saya saya ingat adalah “Kita selalu kan mudah lupa untuk berzikir pada waktu lain selain selepas waktu solat. Oleh itu, saya cadangkan kita membeli gelang yang ada manik yang mempunyai biji seperti tasbih kemudian memakainya, jika anda tersentuh gelang tersebut, cuba ingatkan diri anda untuk berzikir. Jadikan ia sebagai tabiat”. 

Dan antara kata-katanya lagi adalah, “Bagi sesiapa yang mulutnya selalu nak mengumpat dan bercakap jahat tentang orang lain, sila pakai getah ikat di tangan. Setiap kali mulut tanpa sedar tercakap benda yang jahat, tarik getah itu sampai sakit tangan kita. Kalau sakit yang itu kita tak dapat tahan, apatah lagi sakit menahan panasnya api neraka.” Mungkin kata-kata atau ceramah sebegini sudah biasa anda dengar di mana-mana, namun bagi saya, gaya penyampaian yang “ustazah” ini bawa adalah sangat menarik. Kemudian lama kelamaan barulah saya mengetahui bahawa beliau bukanlah ustazah tetapi seorang doktor Pakar Mata di Prince Court Medical Centre (ketika itu).


Bermula hari pertama saya “mengenali” beliau, hampir setiap minggu saya “duduk” depan radio untuk semata-mata ingin mendengar ceramah beliau. Pada waktu itu, tajuk slot tersebut adalah ‘Islam Itu Indah’ yang bersiaran langsung setiap Rabu pukul 10 pagi. Tajuk buku ini juga sedikit sebanyak diinspirasikan oleh tajuk slot tersebut.

Ahad, 18 Januari 2015

Lawatan ke Makassar, Indonesia

Rasa tak lengkap kalau tak tulis cerita tentang Lawatan Antarabangsa ke makassar....ni, ada gue mahu cerita dikit apa pengajaran dari sana.

Masa naik flight nak pergi, duk atas awan, cuba merasai (bukan nak, tapi merasai) apalah orang yg d airplane MH17 buat masa kapal mereka ditembak....apalah perasaan penumpang qz...air asia yang jatuh tu...ketika tu mereka sedang berbuat apa? Adakah sedang dengar ceramah? Ataupun sedang makan,ataupun tidur?.husnul khatimah harapnya...

Nampak Kl smakin kecil dan mengecil...bangunan dah mcam titik je...kalau bangunan dah macam titik, kita yg dlm bangunan lagilah titik dari titik kan? Sesungguhnya kita sgt kecil, tapi Allah still " bagi perhatian" yg sepenuhnya utk setiap dari kita...sungguh, Allah itu Maha Melihat..

Ketika di airport, " disambut" dgn asap2 rokok dipintu masuk, membuat kami berfikir sejenak " betulkah pilihan aku kesini?", kemudian fikiran baik mulai berfungsi " Allah dah pilih untuk aku kesini, pasti akan aku ambil hikmah dan pengajarannya", akan ku pastikan agar RM2k ku habis itu berbaloi.

Aku rasa, kalau lawatan ini sekadar nak pergi tempat menarik, kemudian ambil gambar...lompat sini, lompat sana..mesti tak best sgt...apa bestnya kalau hanya memberi " makan" pada mata juga perut semata?...hasilnya hanya memory storage phone dan timbang berat aja yg bertambah...Rugi bangat..

Saat paling best adalah ketika mengaplikasikan " Erti hidup pada memberi"...ketika kami bersungguh2 nak prepare persembahan coral speaking utk mereka...sampai practise sungguhan sehingga tidur pkul 4 pagi pd malam sblum bertolak...pihak lelaki lagilah terbaik berlatih untuk Dikirnya..
Rasa puas hati teramat selepas dapat tepukan dr lecturer n pljr indonesia...mission accomplish.

Apa yg best lagi apabila dapat melawat perkampungan...
Terkejut apabila diberitahu kampung itu baru saja diberi sumbangan " jamban umum" oleh unisMuh ( u indonesia), memang diorg rasminya hari tu dgn potong reben dgn tekan flush lah kan....harusnya kita bersyukur..dirumah kita, mungkin 3 bilik air...mereka? Sekampung ( 80 rumah) share 2 bilik air....say Alhamdulillah, thank you Allah.

Selalu jer terfikir, di Kelantanku mereka susah, aku di indonesia mewah bangat...mereka di khemah, aku dihotel depan swimming pool.
sarapan dihotel,
Minum pagi di bas,
Lunch and dinner di restoran mahal.

" Apa Allah nak bagitahu sebenarnya?"
Saya makan 5 kali sehari, mereka makan 5 hari sekali.
Tapi, sungguh...ujian kesenangan itu lagi susah.
Mulut kata Alhamdulillah, hati tiada rasa.

Jurnal Kesyukuran Seorang mbak Amalina Nudin.
Post - travelling- tourism - Makassar Indonesia.