Jumaat, 3 Julai 2015

Tiada Yang Sia Sia



Teringat ayat ni time belajar di satu kelas Forensik...

Semua benda yang Allah buat,
Pasti ada fungsi untuk memudahkan manusia.

Finger Print kita, special untuk kita,
Takkan pernah ia menjadi sama dengan orang lain punya,
Maka, senang pihak forensik nak cam penjenayah.

Dirambut kita, ada akar rambut,
Diakar rambut, boleh buat DNA,
Nak guna untuk cam penjenayah.

Gigi kita, ada juga fungsinya,
Dalam kes mayat tak dapat dikenalpasti,
Rekod xray, yang ada diklinik gigi, 
Boleh menolong memudahkan cam mayat,

Lalat dan ulat,
Kita ingat, ia menjijikkan,
Kita ingat ia mengacau ketenteraman hidup kita,

Tapi sebenarnya, ia juga memberi manfaat yang bukan sedikit,
Memudahkan ahli forensik, cam mayat yang sudah membusuk, memburuk,
Kerana kitaran hidup lalat, depend on jenis jenis lalat,
Memudahkan pihak forensik cam...berapa hari dah mayat tersebut mati..

Subhanallah.
Maha Suci Allah.

Itu baru sedikit, sebahagian dari perkara yang boleh memudah kan pihak forensik,

Banyak lagi yang Allah bagi, untuk memudahkan hidup kita.

Allah bagi kita makanan,
Allah bagi kita haiwan dan tumbuhan,
Allah bagi air,

Allah bagi kita gadjet,
Allah bagi kita ada Facebook,
Allah bagi kita ilmu.

Sesungguhnya, Allah bagi semua itu bukan sia sia,
Kita pasti akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang Allah bagi ini.


“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)

Gambar : Surah An Nahl

Khamis, 2 Julai 2015

Berdoakah aku?

Kita selalu rasa kita dah berdoa,
Tapi kita selalu juga tak sedar,
Kita membaca doa, tak ubah seperti pelakon membaca skrip,
Kita membaca doa, tak ubah seperti pembaca berita,  membaca berita.

Kemudian kita kata " Aku banyak kot berdoa, Allah tak makbulkan pun... Malaslah nak berdoa"

Kita baca doa guna mulut dan lidah,
Tanpa melibatkan hati pun,
Dah macam spinal cord reflek gayanya,
Then, masih nak doa doa dikabulkan dengan super cepat...

Aneh kan sejenis makhluk bernama " kita"?

Tapi tak pelik pun,
Kita jadi begitu, sebab kita tak faham apa yang kita doa,
Kita dah " terhafal" doa doa itu masa tadika, masa sekolah rendah...

Maka, apa kata kita baca guna bahasa yang kita faham?
Bahasa yang kita rasa paling " touched"

Terserahlah ia bahasa Kelate, jawa, alor setaqq, mahupun bahasa " teganu kita"..kalau nak apply bahasa english dan korea pun boleh...hehe...

Seriously, tak kisah...

Allah tak memerlukan Google Translate untuk faham bahasa kita,
Allah tak memerlukan kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk faham doa kita.

Kerana dia Cipta kita,
Dia tahu kita ini bagaimana.

Andai kromosom dalam nukleus yang ada dalam sel yang terdapat pada badan kita  Allah Maha Menjaganya,
Kenapa kita rasa kita berdoa Allah tak juga Maha Melihat dan Maha Memakbulkannya?

******

Kita juga,
Selalu sangat terbaca skrip doa, sebab tak tahu nak doa apa kan?
Kita lupa, jika dengan manusia, kita selalu meminta minta tanpa kesudahan,

Tapi dengan Allah..pencipta manusia, Pencipta kita, 
Kita tiada idea.
Tak tahu kenapa.

Macam tak tahu nak percaya tak ( dengan diri sendiri)  ayat yang paling kurang kita sebut 17 kali dalam alfatihah di seharian kita,

" Hanya kepadaMu kami menyembah, Hanya kepadaMu kami MEMINTA PERTOLONGAN"


Kita kata, Allah je tempat kita meminta,
Tapi in reality...selepas habis mohon pertolongan dari manusia....last last baru kita tergedik gedik cari Allah..

Astaghfirullah.
Nastaghfirullah.
Ampunkan kami ya Allah.


******