Jumaat, 3 Julai 2015

Tiada Yang Sia Sia



Teringat ayat ni time belajar di satu kelas Forensik...

Semua benda yang Allah buat,
Pasti ada fungsi untuk memudahkan manusia.

Finger Print kita, special untuk kita,
Takkan pernah ia menjadi sama dengan orang lain punya,
Maka, senang pihak forensik nak cam penjenayah.

Dirambut kita, ada akar rambut,
Diakar rambut, boleh buat DNA,
Nak guna untuk cam penjenayah.

Gigi kita, ada juga fungsinya,
Dalam kes mayat tak dapat dikenalpasti,
Rekod xray, yang ada diklinik gigi, 
Boleh menolong memudahkan cam mayat,

Lalat dan ulat,
Kita ingat, ia menjijikkan,
Kita ingat ia mengacau ketenteraman hidup kita,

Tapi sebenarnya, ia juga memberi manfaat yang bukan sedikit,
Memudahkan ahli forensik, cam mayat yang sudah membusuk, memburuk,
Kerana kitaran hidup lalat, depend on jenis jenis lalat,
Memudahkan pihak forensik cam...berapa hari dah mayat tersebut mati..

Subhanallah.
Maha Suci Allah.

Itu baru sedikit, sebahagian dari perkara yang boleh memudah kan pihak forensik,

Banyak lagi yang Allah bagi, untuk memudahkan hidup kita.

Allah bagi kita makanan,
Allah bagi kita haiwan dan tumbuhan,
Allah bagi air,

Allah bagi kita gadjet,
Allah bagi kita ada Facebook,
Allah bagi kita ilmu.

Sesungguhnya, Allah bagi semua itu bukan sia sia,
Kita pasti akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang Allah bagi ini.


“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)

Gambar : Surah An Nahl

Tiada ulasan:

Catat Ulasan