Jumaat, 14 Ogos 2015

Problem Based Learning

Dalam medic, saya belajar satu term
Nama term tu adalah " Problem Based Learning"
Nama pendek dia adalah PBL

Masa PBL, doktor akan reka situasi apabila ada orang sakit sekian sekian,
Kita kena bincang, apa kita nak manage patient tu, nak investigate apa
Nak rule out differential diagnosis, supaya mudah nak diagnos diseas

Nak relate pulak PBL ni dengan hidup kita.
Macam boleh kita ambil pengajaran pulak term PBL.

Melalui problem, kita boleh learn sesuatu.
Sebab tu namanya problem based learning.

Jom pujuk diri,
Setiap ada problem,
Kita cakap kat diri
" Apa yang aku boleh belajar dari masalah ni?"

Kita tak boleh halang problem tu "hinggap" kat kita,
Tapi kita boleh ubah cara kita melihat problem tu.
Dont simply see the problems,
But see also the better of us after can pass through the problem
( Bukan mudah, tapi berbaloi kalau dapat buat)

Kita, banyak belajar dari problem.
Kan?

Once hilang dompet, lain kali lagi hati hati
Lepas terlanggar dan tercalar kereta orang, lagi alert kita bawa kereta
Lepas anak jatuh dan berdarah, lagi cakna lain kali
Lepas kena tegur cara menulis,lagi tahu lain kali nak tulis bagaimana.

Kita tak pernah pun minta masalah.
Tapi kita banyak belajar, kalau ada masalah

We called it as " Problem Based Learning"
Kita boleh pilih, nak dapat manfaat pahala atau mudarat dosa  melalui problem2 dalam hidup kita.

" Allah mengilhamkan, kefasikan dan ketakwaan...."
" Beruntung sesiapa yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"

****

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

( Assyams : 7-9)

Kiriman : Seseorang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan