Jumaat, 25 April 2014

Ada apa dengan berkat?



Selalu, kalau kita faham adalah, berkat itu sesuatu yang sedikit, tapi mencukupi..
Oh, kalau ada duit seribu setengah,walau duduk "ke el" anak ramai, cukup je makan, siap ada lebih lagi...tak tahu macamana boleh jagi gitu,

kalau belajar pulak, orang lain belajar 5 jam baru faham, ada orang belajar benda yg sama 2jam dah dapat faham+ ingat sekali( wah, hebat giler, nak jugak)

Ni nak cerita lain siket:BERKAT itu boleh menghasilkan sesuatu yg tak pernah kita bayangkan.

Ada kawan share: " Ada Nouman Ali Khan kata, time dia belajar dengan Tuk guru dia, guru dia tak kisah pun walau kuliah tuk guru dia ajar,semakin hari, semakin tak ada orang, tuk guru dia still komited mengajar, tak kira berapa banyak pelajar kat situ....Nouman kata, dialah yang antara yang sedikit  yang bertahan belajar, tapi nak kata betapa wujudnya keberkatan pada Tuk guru dia tu, sampaikan Nouman dapat ajar ilmu yang guru dia ajar, sampai satu dunia kenal Nouman, ramai yg tersentuh, ramai yang berubah, juga ramai pula kawan- kawan saya yang share melalui usrah masing- masing. Sungguh nampak keberkatan kan disitu?

Tiba- tiba saya terfikir,  Oh,  macamtulah kot berkatnya PROF MUHAYA, berapa ramai yang dengar talk dia, terberubah...lepas tu share kat facebook, share kat usrah, share recording talk dia kat family...walaupun dia tak pernah tahu pun ada orang terkesan sampai begitu dengan kata-katanya...

*Jom cari Keberkatan*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan