Jumaat, 25 April 2014

Syahidnya seorang Ammar

 HIDUPNYA LOW PROFILE....MATINYA MENJADI FENOMENA 

Tiba-tiba semalam tergerak hati nak tengok byk video pasal assyahid ammar...sebelum ini just tgok article dn post2 fb je...

sedih, terharu dan kagum...semua menjadi satu...

Mula-mula tetanya juga, kenapa dia digelar syahid? bukan meninggal sebab berperang pun kan? bukan kat syiria atau palestin pun kan?

 Ayah dia ada cerita, org panggil mati dia sebagai mati syahid sebab dia dilanggar ketika dlm perjalanan nak mengajar risalah annur kat anak2 dari beberapa negara..dan tengok dalam beg dia ada bab pertama yang dia nk ajar iaitu bab IKHLAS...

Ayah dia juga ada cerita, kawan-kawan dia ada bercerita kat ayahnya bahawa Ammar ada bermimpi bertemu bidadarinya sewaktu dia berada di syria..dan dia rasa tiada nafsu dah untuk dunia, sebab bidadarinya telah menunggunya..( dalam catatanya-berlaku pergolakan dalam dirinya....antara mati syahid dinegara org(syiria), atau mati dimedan dakwah ( kat turki), sebab bidadari dia dah nampak, dia rasa dia kena mati kat syiria, tapi ilmu dia tak cukup lagi, dia juga nak belajar lagi kat turki..

..subhanallah,dia digelar syahid yang tertangguh sebab tak mati kat syria, tapi kat turki...dan jasadnya disemadikan kat perkuburan yg ramai sahabat dan Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.

 Mak dia pula kata begini: Masa tahu dia meninggal saya tidak menitiskan air mata, saya just kata" innalillah..
Ammar adalah anak yg hampir sempurna, tapi sebenarnya bagi saya dia mempunyai Akhlak yang sangat sempurna, sebabnya time saya recall balik, saya tidak teringat pun mana2 perbuatan dia, yang boleh membuatkan saya meninggikan suara padanya..

Dia juga tak pernah cerita apa pencapaian yg dia dah buat, juga tak pernah cerita keburukan orang, kecuali sekali, itu pun sebab nak selesaikan masalah org tu...

Dia juga memang jarang ketawa, jarang senyum...sejak dari kecil dia begitu, kalau kat sekolah, jika dia gelak, cikgu dia akan call dan cekap :"he's laughing today", macam satu isu pula...tapi yang peliknya, ramai orang suka dekat dengan dia, mungkin sebab aura dia kot..

Dalam video tu, ramai giler sheikh2 dari turki, berebut-rebut nak pegang jasadnya, nak usung kerandanya, solatkan jenazahnya...

jika dulu...SUMAIYYAH, ibu AMMAR bin YASIR menjadi syahidah,
Kalau kisah itu kita tak boleh nak rasai..

Rasailah kisah ini...Ahmad Ammar...baru umur 20,
Kurangnya DOSA, tapi banyak PAHALA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan