Memaparkan catatan dengan label Akhirat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akhirat. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Mei 2015

Jom balik Kampung


Aliya tiba-tiba terpaksa balik kampung neneknya,
Tanpa sempat berkemas barang secara lengkap, dia bergegas ke kampung. Keadaan di kampungnya tersangatlah “gaya” kampung pedalaman kerana disitu sememangnya tiada shopping mall mahupun kedai untuk menjual pakaian, malah kedudukannya agak jauh dari bandar utama untuk beli makanan. Oleh sebab ini, penduduk kampung itu yang terdiri dari golongan tua bercucuk tanam dan saling menjual hasil tanaman untuk meneruskan kelangsungan hidup.



Baiklah, kita sambung kisah Aliya pula. Sesampainya dia dirumah neneknya, dibukanya beg bagasi yang dibawanya kemudian dia berasa sangat terkejut kerana dia rupanya sudah tersalah membawa beg yang berisi kain buruk, bukannya baju dan makanan yang dia ingini dan dia sangkakan. Dia sangka itulah beg yang dia sediakan ketika dirumahnya sebelum ke kampung. 


Dia kaget dan panik kerana dia tidak cukup bekalan baju untuk dipakai. Oleh kerana dia seorang yang menjaga imej dan penampulan dia rasa tersangat buntu dan terkilan. " Tak kan nak pakai baju nenek yang lusuh itu" katanya. Malah dia sangat terpana dan terkesima kerana makanan segera, sardin juga makanan yang sudah dibungkus juga tidak dibawa bersama. Dia terpaksa memakan ulam yang pahit yang sangat dia tidak suka jika dia berada dirumah neneknya.



Itulah satu analogi tentang situasi balik kampung, iaitu satu keadaan yang ramai antara kita yang tidak sedar bahawa kita juga akan mengalami situasi itu. Kita kurang kesedaran bahawa kita juga akan terpaksa balik kampung sebenar iaitu kampung akhirat dan kita juga berkemungkinan tidak cukup menyediakan bekalan yang sepatutnya kita bawa. Malangnya lagi jika kita sudah menyediakan bekal dan kita ingatkan kita bawa bekalan pahala tapi sebenarnya kita sedang bawa bekal yang basi, yang buruk lagi masam iaitu dosa.
Kita perlu menanam rasa takut,
Takut kat " sana" kita baru sedar,
Kita takut pahala yang disangka sebesar gunung,
Rupanya hanya debu berterbangan.
Kita tersalah menyangka.


Kita mati,
Ingatkan itulah akhirnya,
rupanya ia baru permulaan,
Akan kehidupan sebenar,
Yang teramat panjang.

Tanpa disedari,
Hidup ini kita sedang tertidur,
Di kubur nanti baru terjaga,
Kemudian hidup selama-lama-lamanya,
Infiniti, tiada akhirnya

Bila kita meninggal itu dan bagaimana keadaan kita meninggal itu tidak penting, 
Melalui kemalangankah? Mati mengejutkah ? 
Kerana sakit tua kah, atau sebab yang lain kah?
Yang penting adalah dimana kita hidup selepas mati,
Ia sangat bergantung dengan tahap iman kita sebelum mati.

Jom berdoa dengan doa ini:
" Ya Allah, jadikan hari yang paling baik dan bahagia dalam hidupku adalah hari kematianku"

Kita mahu Allah ambil nyawa kita disaat iman kita paling tinggi, 
Maka jadilah hari itu hari paling bahagia dalam hidup kita didunia ini






Pencen Kubur



Andai saya tiada lagi di dunia ini, saya  ingin sangat post-post Facebook saya dishare, tulisan-tulisan saya memberi manfaat kepada sebanyak mungkin orang agar bertambah pahala saya kemudian ia boleh jadi pencen kubur saya. Mungkin anda pertama kali mendengar istilah pencen kubur ini kan?. Apakah sebenarnya pencen kubur itu? 


Semua antara kita pasti inginkan pahala yang berpanjangan  walaupun kita sudah tidak hidup lagi didunia ini. Jasad kita mungkin akan ditelan bumi dan dimamah ulat,  namun amal jariah kita yakni ilmu yang bermanfaat masih boleh membuat kita mendapat pahala secara berterusan kerana pahala “pencen” kita masih ada, seperti orang yang berkerja, ketika pencen, masih boleh dapat gaji walau sudah tidak bekerja ketika itu.  


Jom hayati sebentar hadis ini:


“ Barangsiapa mengajar orang lain kepada suatu petunjuk, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melaksanakan petunjuk itu, tanpa mengurangi pahala mereka sama sekali”  (HR Bukhari)


Kenapa saya nak sangat pencen kubur itu? Saya kena bersedia menyediakan pencen kubur itu kerana pahala saya mungkin sangat sedikit.  Mungkin terlalu kurang berbanding dosa yang dibuat yang mungkin sudah berberbakul-bakul , dan mungkin juga berguni-guni malah sudah mencapai tahap infinity. Terlalu banyak sehingga tidak boleh dikira lagi walaupun secangih manapun kalkulator yang digunakan.

Andai saya tiada lagi, saya takut sangat jika ada gambar-gambar Facebook saya yang secara  tidak secara sempurna aurat saya ditutup, kemudian ianya dilihat orang padahal pada ketika itu,  password Facebook saya, hanya saya yang tahu. Maka pada ketika itu, orang lain sudah tidak boleh tolong memadam gambar juga tulisan saya yang mungkin tak berapa nak baik itu. Kemudianperkara tersebut akan berterusan dilihat orang lain, kemudian ia boleh menjadi pencen dosa  pula pada saya, padahal ketika merasai gelapnya kubur pada masa tersebut, apa yang diharapkan pahala yang datang menerangi dan bukannya dosa yang mampu memadamkan lampu penerang saya dikubur.



 Saya  juga sangat merasa  takut, jika ada orang-orang disekeliling saya, mereka masih belum sempat saya tegur dan saya dakwah, walaupun saya tahu akan kesalahan mereka kerana mereka melakukan hal tersebut didepan mata saya, kemudian saya tahu dan sedar  ianya salah tapi  saya masih tak buat apa-apa. 

Mungkin ada yang akan berkata begini disaat saya menyuarakan kerungsingan saya tentang ini :


“Eh. Kenapa emosional  sangat  ni ? Dah nak mati ke? Ada cerita pasal kubur segala bagai. Kejap, awak ada penyakit apa-apa yang saya tak tahu ke ?
 
Tidak!  Kita tak perlu nak kena sakit dulu, baru kita layak mati. Mati itu pasti dan boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa. Ya, tidak semua orang yang meninggal mereka dalam keadaan bersedia dan boleh mengagak ajalnya semakin hampir seperti orang yang sudah sakit lama mahupun sakit kerana tua. Betapa ramai lagi  yang tidak disangka sangka sampai ajalnya  pada usia yang sangat muda.  Malah ada yang bukan sahaja  menemui ajal didarat, malah tidak ramai yang pergi menemui Ilahi dalam keadaannya meninggal lemas dilaut, mahupun ditembak dan dibom ketika diatas kapal terbang. 


Ya, mati itu pasti. Boleh sahaja bila-bila masa Allah ingin mengambil balik nyawa yang dipinjamkan sekejap cuma ini kepada kita. Maka  kita seharusnyalah bersedia dengan buat perkara yang boleh menjana pencen kubur yang banyak. Seperti ramainya  orang  selalu ingin berkerja makan gaji sebab boleh duit pencen walau sudah berhenti dan berehat pada masa itu. Mengapa pula kita lengah dan lalai dalam menyediakan pencen yang boleh menjadi lampu penerang, kawan peneman, juga  penyelamat dari diazab di kubur nanti? Pada saat itu hanya amal soleh, sedekah  jariah dan doa anak soleh yang kita sangat dambakan dan harapkan.


 Pada ketika  itu, sudah tiada talian hayat untuk dihubungi lagi, mungkin jika adanya talian hayat ketika itu, kita akan menelefon anak-anak dan akan cakap: “ Anakku, ambil semua harta aku, sedekahkan kepada rumah anak yatim, tolong bina Maahad Tahfiz untuk melahirkan ramai hafiz hafizah, kau jadilah anak soleh, baru boleh bawa mak ayah ke Syurga sebab pahala kami tidak mencukupi ni!” Mana mungkin kita boleh buat begitu bukan?  Kalau nak beramal, beramal lah ketika kita masih hidup, ketika hidung masih mengenal apa itu oksigen, mata masih mengenal apa itu cahaya, kerana dikubur nanti kita tidak boleh langsung berhutang pahala dengan Allah seperti berhutangnya manusia dengan Ah long ketika tersempit dan di situasi terlalu tiada duit.  


Ketika itu mungkin kita akan merasa sangat bersyukur kerana ada sedikit amalan yang kita pernah buat iaitu mungkin melalui sedikit amal jariah kita, melalui sedikit sedekah kita. Pada ketika itulah kita akan dalam keadaan terdesak dan ingin menagih pahala yang mungkin kita derma sebanyak RM1  dekat masjid pada suatu ketika dahulu, dan kemudian kita mungkin  akan berkata : ” Ya Allah, kenapakah aku tak menderma RM100  pada hari tu, aku bagi RM1 sahaja padahal dalam dompet  aku ada sejumlah wang  RM 1000. Alangkah aku  menyesal. Sungguh aku menyesal”


Mungkin juga pernah terdetik dihati kita menginginkan pencen kubur melalui anak yang soleh . Tapi  ramai yang tidak sedar bahawa  kalau mahu anak mereka menjadi anak yang soleh, seharus dan sepatutnya dia dulu lah yang menjadi soleh dan solehah itu supaya menjadi contoh teladan . Pada ketika dikubur nanti, ilmu yang bermanfaat juga boleh menolong kita. Mungkin apa-apa ilmu yang anda kongsi  kat Facebook, mahupun ada sedikit kata-kata anda yang diajar dan diamalkan oleh orang lain  boleh menyentuh dan memberi manfaat yang banyak kepada orang lain. Maka jom  jadikan Facebook, buku dan Blog  kita sebagai medan untuk orang lain dapat ilmu yang bermanfaat kerana dengan itu secara automatik kita memperoleh  pahala yang tidak putus-putus. Bukankah sangat beruntung jika terjadi begitu?



Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri.


 Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali. (Faatir 35:18)

Kisah CCTV


Mahukah anda mengetahui satu analogi yang sangat menarik tetapi mungkin akan kelihatan agak menggelikan dan menjijikkan bagi sesetengah orang, namun pengajarannya sangat bermanfaat.

Kita semua tahu bahawa di Padang Mahsyar ketika di akhirat nanti, akan ditayangkan semua segala jenis perbuatan yang pernah kita buat didunia ni samada dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara tidak kira ianya adalah amal yang baik mahupun buruk. Semuanya pasti dibongkarkan. Tidak tertinggal sekecil manapun.



Saya mahu anda cuba membayangkan satu analogi ini. Ada seorang VIP yang dijemput khas bagi satu program yang gah lagi hebat dan program itu diadakan di tingkat 9 dan untuk ke tingkat tersebut dia perlu menaiki lif. Dia diiringi dari kereta sehingga ke lif. 

Namun dia terpaksa menaiki lif keseorangan. Ketika didalam lif, tiba-tiba dia rasa hidung dia tersumbat, kemudian dengan pantas dan tuntasnya dia mengorek hidungnya serta menempelkan “hasil korekan” nya didinding lif tersebut . Sampai sahaja di tingkat 9, dia dengan tersenyumnya menemui Ajk program.




Kemudian Ajk program megatakan bahawa sebenarnya pihak pegurusan telah meletakkn satu kamera Cctv didalam lif, dan video kedatangan Vip tersebut akan ditayangkan sebelum program bermula kepada seribu peserta. Itu adalah acara pembukaan bagi program malam itu. Anda rasa, apa perasaan si Vip tersebut selepas mendengar pengumuman itu?.  Sudah pasti dia akan rasa malu yang teramat kan? Penyesalan pasti sangat dirasakan saat itu. Sesal teramat. 

Dia pasti akan melakukan apa sahaja untuk video tersebut tidak jadi untuk ditayangkan. Dia tidak akan  kisah langsung jika terpaksa mencuci tandas  atau disuruh membasuh lif sekalipun, pasti tugasan yang diberi akan dilaksanakan sebaik mungkin. Ya, dia yakin akan hal itu. Dia juga berkemungkinan akan lupa bahawa  dia sebenarnya adalah  Vip oleh kerana rasa teramat malu tersebut.




Apa kaitannya kisah ini dengan padang mahsyar wahai pembaca sekalian?  Apa sebenarnya saya ingin kaitkan disini?. Sebenarnya mungkin begitu jugalah gambaran  nanti disaat amalan kita ditayangkan, tetapi sudah tentu kita tak dapat membayangkan namun yang pasti kita akan merasa sangat malu dengan diri juga dengan berbillion manusia lain jika di dunia ni ada perbuatan yang dibuat oleh kita tanpa mengikut apa yang Allah suruh ataupun kita sering melakukan perkara yang dilarangnya kerana segala  setiap detik dari kita lahir sampai di liang lahad pasti Allah ada rakamannya. 


Disaat itu manusia yang berbuat dosa akan merasa tersangat malu sehingga ada yang  sanggup dan rela dimasukkan kedalam api neraka dengan segera kerana  tidak dapat menahan malu dan aibnya kerana melihat kembali segala dosa yang dia pernah buat, malah lagi memalukan kerana disiarkan amalan buruk mereka itu untuk tatapan orang lain juga. Dia akan merasa malu teramat kerana mungkin didunia, orang memandangnya seorang yang baik, padahal dia bukanlah begitu. Dia hanya berlakon menjadi seorang yang baik dimata manusia, namun dia lupa ada malaikat sudah mencatat amal dan dosanya dibahu kiri dan kanannya setiap masa. Dia lupa Allah Maha Melihat isi hati juga perbuatan zahirnya.


Maka pengajaran dari kisah ini adalah ayuh kita cuba berhati-hati disetiap apa yang kita buat agar  di padang mahsyar nanti hanya yang baik-baik sahaja rakaman hidup kita disiarkan. Moga-moga kesalahan yang kita yang lalu diampunkan Allah samada kita membuatnya dalam keadaan sengaja ataupun tidak.


Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.(Asy-Syuura 42:30) 

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
(Al-Kahfi 18:49 )