Jumaat, 8 Mei 2015

Kisah CCTV


Mahukah anda mengetahui satu analogi yang sangat menarik tetapi mungkin akan kelihatan agak menggelikan dan menjijikkan bagi sesetengah orang, namun pengajarannya sangat bermanfaat.

Kita semua tahu bahawa di Padang Mahsyar ketika di akhirat nanti, akan ditayangkan semua segala jenis perbuatan yang pernah kita buat didunia ni samada dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara tidak kira ianya adalah amal yang baik mahupun buruk. Semuanya pasti dibongkarkan. Tidak tertinggal sekecil manapun.



Saya mahu anda cuba membayangkan satu analogi ini. Ada seorang VIP yang dijemput khas bagi satu program yang gah lagi hebat dan program itu diadakan di tingkat 9 dan untuk ke tingkat tersebut dia perlu menaiki lif. Dia diiringi dari kereta sehingga ke lif. 

Namun dia terpaksa menaiki lif keseorangan. Ketika didalam lif, tiba-tiba dia rasa hidung dia tersumbat, kemudian dengan pantas dan tuntasnya dia mengorek hidungnya serta menempelkan “hasil korekan” nya didinding lif tersebut . Sampai sahaja di tingkat 9, dia dengan tersenyumnya menemui Ajk program.




Kemudian Ajk program megatakan bahawa sebenarnya pihak pegurusan telah meletakkn satu kamera Cctv didalam lif, dan video kedatangan Vip tersebut akan ditayangkan sebelum program bermula kepada seribu peserta. Itu adalah acara pembukaan bagi program malam itu. Anda rasa, apa perasaan si Vip tersebut selepas mendengar pengumuman itu?.  Sudah pasti dia akan rasa malu yang teramat kan? Penyesalan pasti sangat dirasakan saat itu. Sesal teramat. 

Dia pasti akan melakukan apa sahaja untuk video tersebut tidak jadi untuk ditayangkan. Dia tidak akan  kisah langsung jika terpaksa mencuci tandas  atau disuruh membasuh lif sekalipun, pasti tugasan yang diberi akan dilaksanakan sebaik mungkin. Ya, dia yakin akan hal itu. Dia juga berkemungkinan akan lupa bahawa  dia sebenarnya adalah  Vip oleh kerana rasa teramat malu tersebut.




Apa kaitannya kisah ini dengan padang mahsyar wahai pembaca sekalian?  Apa sebenarnya saya ingin kaitkan disini?. Sebenarnya mungkin begitu jugalah gambaran  nanti disaat amalan kita ditayangkan, tetapi sudah tentu kita tak dapat membayangkan namun yang pasti kita akan merasa sangat malu dengan diri juga dengan berbillion manusia lain jika di dunia ni ada perbuatan yang dibuat oleh kita tanpa mengikut apa yang Allah suruh ataupun kita sering melakukan perkara yang dilarangnya kerana segala  setiap detik dari kita lahir sampai di liang lahad pasti Allah ada rakamannya. 


Disaat itu manusia yang berbuat dosa akan merasa tersangat malu sehingga ada yang  sanggup dan rela dimasukkan kedalam api neraka dengan segera kerana  tidak dapat menahan malu dan aibnya kerana melihat kembali segala dosa yang dia pernah buat, malah lagi memalukan kerana disiarkan amalan buruk mereka itu untuk tatapan orang lain juga. Dia akan merasa malu teramat kerana mungkin didunia, orang memandangnya seorang yang baik, padahal dia bukanlah begitu. Dia hanya berlakon menjadi seorang yang baik dimata manusia, namun dia lupa ada malaikat sudah mencatat amal dan dosanya dibahu kiri dan kanannya setiap masa. Dia lupa Allah Maha Melihat isi hati juga perbuatan zahirnya.


Maka pengajaran dari kisah ini adalah ayuh kita cuba berhati-hati disetiap apa yang kita buat agar  di padang mahsyar nanti hanya yang baik-baik sahaja rakaman hidup kita disiarkan. Moga-moga kesalahan yang kita yang lalu diampunkan Allah samada kita membuatnya dalam keadaan sengaja ataupun tidak.


Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.(Asy-Syuura 42:30) 

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
(Al-Kahfi 18:49 )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan