Jumaat, 8 Mei 2015

Dapat Benda Baru




Alhamdulillah saya rasa saya dapat benda baru,

Lama dah saya mencari,

Lama dah saya meminta,

Banyak kali je saya dapat benda ni,



Tapi, tak sampai lama,

Biasanya ia akan mati atau keras balik,


Saya mencuba nak lembutkan, tapi macam  agak susah,

Saya cuba buat "CPR",  cuba nak hidupkan ia balik, 
tapi macam tidak berkesan,


Saya harap, dengan dapat kali ni,

Lambat lagi ia akan mati, jangan bagi ia keras lagi,

Saya tak best tanpanya, sungguh.



Sebenarnya apakah ia?


Cuba anda teka?



Sebenarnya,Err...sebenarnya  apa yang saya dapat adalah..

........

.

“ HATI BARU”



Dimana saya cuba cari dengan lama tapi masih tidak jumpa-jumpa?

Saya berusaha cari dengan berzikir, dengan membaca quran, didalam solat tapi masih tidak dijumpa, kemudian  saya berdoa pada suatu hari dengan doa ini 

" Ya Allah, bagilah aku hati yang baru, sebab sesungguhnya aku rasa aku sudah tidak mempunyai hati tika ini". Aku bersyukur kerana Allah sudah makbulkan doaku ini.

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
(An-Naml 27:19) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan