Jumaat, 8 Mei 2015

Jom balik Kampung


Aliya tiba-tiba terpaksa balik kampung neneknya,
Tanpa sempat berkemas barang secara lengkap, dia bergegas ke kampung. Keadaan di kampungnya tersangatlah “gaya” kampung pedalaman kerana disitu sememangnya tiada shopping mall mahupun kedai untuk menjual pakaian, malah kedudukannya agak jauh dari bandar utama untuk beli makanan. Oleh sebab ini, penduduk kampung itu yang terdiri dari golongan tua bercucuk tanam dan saling menjual hasil tanaman untuk meneruskan kelangsungan hidup.



Baiklah, kita sambung kisah Aliya pula. Sesampainya dia dirumah neneknya, dibukanya beg bagasi yang dibawanya kemudian dia berasa sangat terkejut kerana dia rupanya sudah tersalah membawa beg yang berisi kain buruk, bukannya baju dan makanan yang dia ingini dan dia sangkakan. Dia sangka itulah beg yang dia sediakan ketika dirumahnya sebelum ke kampung. 


Dia kaget dan panik kerana dia tidak cukup bekalan baju untuk dipakai. Oleh kerana dia seorang yang menjaga imej dan penampulan dia rasa tersangat buntu dan terkilan. " Tak kan nak pakai baju nenek yang lusuh itu" katanya. Malah dia sangat terpana dan terkesima kerana makanan segera, sardin juga makanan yang sudah dibungkus juga tidak dibawa bersama. Dia terpaksa memakan ulam yang pahit yang sangat dia tidak suka jika dia berada dirumah neneknya.



Itulah satu analogi tentang situasi balik kampung, iaitu satu keadaan yang ramai antara kita yang tidak sedar bahawa kita juga akan mengalami situasi itu. Kita kurang kesedaran bahawa kita juga akan terpaksa balik kampung sebenar iaitu kampung akhirat dan kita juga berkemungkinan tidak cukup menyediakan bekalan yang sepatutnya kita bawa. Malangnya lagi jika kita sudah menyediakan bekal dan kita ingatkan kita bawa bekalan pahala tapi sebenarnya kita sedang bawa bekal yang basi, yang buruk lagi masam iaitu dosa.
Kita perlu menanam rasa takut,
Takut kat " sana" kita baru sedar,
Kita takut pahala yang disangka sebesar gunung,
Rupanya hanya debu berterbangan.
Kita tersalah menyangka.


Kita mati,
Ingatkan itulah akhirnya,
rupanya ia baru permulaan,
Akan kehidupan sebenar,
Yang teramat panjang.

Tanpa disedari,
Hidup ini kita sedang tertidur,
Di kubur nanti baru terjaga,
Kemudian hidup selama-lama-lamanya,
Infiniti, tiada akhirnya

Bila kita meninggal itu dan bagaimana keadaan kita meninggal itu tidak penting, 
Melalui kemalangankah? Mati mengejutkah ? 
Kerana sakit tua kah, atau sebab yang lain kah?
Yang penting adalah dimana kita hidup selepas mati,
Ia sangat bergantung dengan tahap iman kita sebelum mati.

Jom berdoa dengan doa ini:
" Ya Allah, jadikan hari yang paling baik dan bahagia dalam hidupku adalah hari kematianku"

Kita mahu Allah ambil nyawa kita disaat iman kita paling tinggi, 
Maka jadilah hari itu hari paling bahagia dalam hidup kita didunia ini






Tiada ulasan:

Catat Ulasan