Jumaat, 8 Mei 2015

Testimoni Sedekah 1


Seorang kenalan saya ada menceritakan akan satu pengajaran dari pengalaman yang dia pernah alami.

Pada suatu hari, dia menaiki motosikal untuk ketempat dia belajar. Tempat belajarnya itu mengambil masa 15 minit perjalanan menggunakan motosikal.

Ketika dalam separuh perjalanan, dia perasan ada satu motor lain sedang mengikutinya. Pada awalnya, dia tidak mengendahkan akan motor tersebut yang dinaiki dua orang lelaki yang bertopi keledar. Dia mula melajukan motor yang dinaikinya dan cuba menjauhi motor lelaki tersebut. Namun, semakin dia buat begitu, semakin laju pula motor lelaki tersebut menghampirinya.

Kemudian, salah seorang lelaki tersebut telah mengambil beg didalam bahagian depan motornya. Kawan saya mulai cuak dan panik. Kemudian, tanpa disedari dia cuba untuk mengejar peragut tersebut dan berjaya menarik baju peragut tersebut. Matanya sempat merenung anak mata peragut tersebut, tetapi dia tidak mengenali dan mengecam wajah peragut itu. Dia tanpa sedar sudah hampir memasuki seberang jalan yang dipenuhi kenderaan dari arah bertentangan.

Kemudian, Alhamdulillah, dia akhirnya mendapat kesedaran bahawa dia sepatutnya tidak melawan penjahat tersebut kerana dikhuatiri nyawanya akan terancam. Kemudian dia melepaskan genggaman tangannya dibaju peragut tersebut. Dia redha jika beg duitnya diambil asalkan keselamatannya terjamin.

Ketika dia menceritakan kisah ini kepada saya, dia sangat merasa bersyukur kerana terselamat dari kejadian itu. Dia bersyukur kerana masih hidup. Dia bersyukur kerana peragut itu tidak menendang motornya ke arah kenderaan lain yang sedang laju ketika itu. Dia sangat bersyukur kerana Allah telah menjaganya.

Ketika itu, dirasakan bahawa solatnya selama ini sangat tidak seberapa dibandingkan penjagaan Allah dari musibah yang lagi teruk iaitu kemalangan. Dengan kekurangan khusyuknya lagi. Dirasakan ibadahnya hanya sedikit berbanding keselamatan dan nikmat kesihatan yang diperolehi.

Dirasakan bahawa mungkin inilah yang dikatakan sedekahnya sebelum ini, boleh dijadikan penolak bala.
Dirasakan bahawa sedikit sedekahnya sebelum ini sangat membantu dalam menghalang dari dirinya kemalangan ketika itu.

Kini barulah dia mengerti akan kelebihan sedekah, kemudian inilah faktor pembakar semangat untuknya lagi banyak bersedekah dikemudian hari.

Kemudian salah satu lagi ganjaran dan kelebihan sedekah yang dia rasa perolehi pada hari tersebut adalah apabila dia akhirnya perasan yang begnya yang diragut itu bukanlah yang mengandungi dompet dan telefon, tetapi beg yang diambil hanyalah beg yang mengandungi kain sembahyang. Dia sangat bersyukur kerana duitnya dan telefonnya tidak dicuri.

Melalui kisah ini,
Dia perolehi banyak pengajaran,
Dia mengambil iktibar,
Bahawa inilah teguran Allah,
Tentang dosa yang dia lupa untuk ditaubatkan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan