Jumaat, 8 Mei 2015

Kita Sangat Berbeza




Cuba kamu berfikir sejenak bahawa apa bezanya diri kamu yang ada Facebook,  Twitter, Instagram,  Line, Whats Apps dibandingkan dengan kamu yang tiada satu pun dari senarai diatas?



Apa beza kamu yang dulu, yang hanya kenal kampung kamu sahaja, dengan kamu kini yang sudah banyak pergi kenegeri atau mungkin ke negara lain sudah?



Apa beza kamu yang hanya belajar Biology jika dibandingkan diri kamu yang sudah belajar Pathology, Pharmacology, Parasitology juga lain-lain “ logy” lagi?



Sungguh berbeza kan?



Begitu juga, sangatlah berbeza diri kita ini yang Islam pada Mykad dengan mereka yang sangat mengamalkan Islam malah sanggup mati demi Islam. 



Mereka buat apa Allah suruh, tinggal apa yang dilarang.




Sangatlah tak sama dengan kita yang selalu tinggal apa yang Allah suruh, buat apa yang Allah larang.

Kemudian apakah pantas kita meminta Syurga yang sama? 

Jom bermuhasabah seketika.

Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.
(Ghaafir 40:58)

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".
(Al-Hadiid 57:12) 


(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa. (Al-Hadiid 57:13)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan