Jumaat, 8 Mei 2015

Rabun Mata Hati


Pada suatu petang, Anna terjaga dari tidurnya. Dia tertidur sekejap di meja belajarnya setelah penat mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang semakin mendekat.        

                      
Oleh kerana matanya dirasakan sedikit kabur selepas  bangun dari tidur, dia membasuh mukanya menggunakan air, kemudian mukanya dirasakan lebih segar, namun kabur matanya masih juga tidak menghilang. Dia mulai panik, namun akalnya cuba mencerna sesuatu untuk diperbuat. Jika ditanya kepada anda bahawa apakah kemungkinan yang si Anna ini akan buat, apakah jawapan anda?
Mungkin dia akan pergi memeriksa matanya dikedai cermin mata dan jika dia disahkan rabun dia akan membeli cermin mata atau kanta mata. Jika dia seorang yang kaya mungkin dia akan membuat rawatan laser atau pembedahan lasik yang agak mahal.                                     
                                       

Ya, itu lah pilhan rawatan untuk memulihkan penglihatan untuk mata fizikal. Mata yang kita dan doktor boleh nampak. Jika kita berada di tempat Anna, cepat-cepat kita akan cuba membaik pulihkan mata kita yang tiba-tiba berubah itu kan?  Kita akan merasa tidak selesa jika melihat dalam keadaan  samar-samar atau kabur sebegitu kerana  masalah itu agak menganggu  penglihatan seterusnya menghalang kerja seharian kita dari berjalan dengan lancar.


Tetapi berapa ramai sahaja diantara kita sedar akan keadaan mata hati kita? Kabur ditahap manakah ianya sekarang? Jika ditanya akan keadaannya, kita tidak tahu kan keadaannya bagaimana sekarang?. Semoga mata hati kita dijauhkan dari menjadi rabun dan buta oleh kerana dari komplikasi kita yang kurang menghiraukannya selama ini. Malah kita mungkin tidak langsung sedar akan kewujudannya apatah lagi menitik beratkan kondisi mata hati kita ini samada ia sedang  rabunkah atau sudah butakah sebenarnya ia selama ini?. Adakah ia sedang memerlukan cermin mata hati atau apa-apa rawatan kah?


Ya, ramai antara kita tidak sedar atau mungkin lupa bahawa kita juga mempunyai mata dihati. Kita lupa menjaga mata hati padahal mata hati itu sebenarnya lagi penting untuk dijaga kerana dengannya kita guna untuk “melihat” dan “memandang”  pemandangan sejauh akhirat dan bukan hanya melihat pandangan dunia sahaja seperti yang dilihat oleh mata fizikal kita.


 Tidak hairanlah jika ada diantara kita ada yang dihatinya sentiasa teringat dan melihat bahawa setiap perbuatan yang dibuat pasti akan dibalas di Akhirat sana kerana dia sedang mempunyai mata hati yang cerah lagi terang berbanding satu golongan yang tidak nampak semua benda itu kerana mata hatinya sedang rabun, malah mungkin sudah mengalami kebutaan.

Mari kita hayati sejenak ayat ini:
Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur .
(Al-Mu'minuun 23:78) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan