Jumaat, 8 Mei 2015

Ibrah Botol Kicap

Pranggggg...

Botol kicap soya dihempas ke lantai dapur,
Berkecai...hitam likat lantai dapur...bersepah...

Nak tanya, pelik ke kalau kita pecahkan botol kicap,
Kicap yang keluar, bukannya sos, bukannya sirap...bukannya air masak?

Tak pelik kan?
Sebab botol kicap, mestilah diisi dengan kicap, kicaplah yang akan keluar.

Itulah analoginya;
Apa yang kita ada, itulah yang kita akan beri.
Kita ada banyak positif, senang saja kita nak bagi kat orang,
Kita ada negatif, senang saja kita nak jangkiti orang.

Orang yang MEMPUNYAI  sesuatu sahaja mampu MEMBERI sesuatu,
Maka, pilihlah untuk mengisi hati dan jiwa anda dengan perkara kebaikan,
Agar dengan senangnya anda dapat MELIMPAHKAN dan MEMUNTAHKAN kebaikan itu kepada orang lain.

Janganlah menjadi seperti golongan ini, iaitu orang berMASALAH,
Orang berMASALAH saja  mempunyai MASALAH,
Orang yang berMASALAH sahaja mampu memberi MASALAH.

Tapi kenapa kicap soya itu tak keluarkan air soya?

Sebab soya itu hanyalah label, ia hanya jenama.
The gist is the kicap itself.

Begitu juga, kalau kita hanya berpura pura baik,
Bukannya baik dari hati,
Ia tidak akan kekal lama,
Lama lama akan tertonjol juga diri sebenar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan