Jumaat, 8 Mei 2015

Kakak Positif




Pada suatu hari, Ana berjalan-jalan di sebuah taman berhampiran dengan rumahnya setelah penat belajar, katanya "Wah,seronoknya dapat ambil udara segar petang-petang begini..."

Kemudian, dia duduk di bangku berdekatan dengan tempat permainan kanak-kanak, sesekali dia tersenyum melihat budak-budak kecil bermain. Dia terasa hilang sedikit tekanan yang dirasakan ketika belajar tadi.



Kemudian datang seorang kakak berumur 30-an dan duduk di sebelah kanannya. Oleh kerana Ana seorang gadis yang lemah lembut lagi sopan, dia pun tersenyum pada si kakak tersebut walaupun suara hatinya ada juga berkata:



"Eh, tak payah senyumlah dekat dia, dia  dah lah tak tutup aurat lengkap, pakai je tudung, tapi pakai baju lengan pendek, kalau aku bagi salam pun belum tentu dia jawab, buat malu je nanti.

"

Namun, suara hatinya yang baik cepat memintas "Ana, biarlah sejahat mana pun orang itu, kamu kena berbuat baik, mana tahu, nanti dia pun jadi baik jugak, kamu pun tak tahu isi hatinya, mungkin dia lagi baik sebenarnya."

Akhirnya, dia masih juga tersenyum manis walaupun kakak itu masam macam baru lepas makan asam jawa sahaja rupanya, langsung tidak membalas senyumannya.



Tak sampai 10 minit kemudian datang seorang wanita yang bertudung labuh lagi kelihatan sopan mengucapkan salam pada Ana dan meminta izin untuk duduk ditepi kirinya. Lalu Ana menjawab salam tersebut dan kemudiannya berkata : "Eh. Akak, duduklah, saya pun sekejap lagi dah nak balik ni. " Dan kemudian berlakulah dialog-dialog ini,

Ana:  Akak nama siapa? Buat apa kat sini?

Kakak baik: Oh, nama kak, Aisyah. Panggil saja Kak Sya. Itu, anak akak nak main buaian, lama dah tak bawa dia main-main kat sini, sekarang agak sibuk sedikit.



Ana: Oh, mesti yang comel yang pakai tudung tu kan?  Katanya sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada seorang budak perempuan yang  berumur 4 tahun.

Kakak baik: Hmm, Ya. Humaira' namanya, tapi kadang-kadang dia nak buang juga tudung tu.



Ana: Okey sangat dah tu kak walaupun hanya pakai sekejap- sekejap sahaja. Budak- budak ni kena sedikit paksa dulu dari kecil, barulah dia terbiasa, kalau nanti besar baru nak suruh, mesti dia kekok dan mesti dia akan merasa rimas.

Tiba-tiba, Ana terlihat Humaira' dan seorang budak perempuan memakai seluar jeans bermain-main bersama dan kemudian kedua-duanya terjatuh, kemudian kakak yang berada disebelah kanannya bergegas kearah budak bertoncang rambutnya yang berada di tepi Humaira'. 

Dia berkata: Mimiey, siapa suruh main dengan budak tu? Tengok tu, dia dah buat Mimiey jatuh, dia berlalu sambil menarik tangan  Mimiey yang mula kelihatan ingin menangis.

Namun tanpa disedari , seketika kemudian, Ana terdengar dan tersentuh dengan kata-kata Kak Sya kepada Humaira':


"Itu lah Maira', kan Ummi dah kata,  sebelum nak main, nak naik jongkang jongket, kena baca apa?



“Bismillahirrahmanirrahim, insyaAllah Allah akan jaga. Tapi tadi Maira lupa lah Ummi” Petah Humaira’ berbicara.

" 

Oh,  Maira tak baca rupanya. Tidak mengapa, Allah nak bagi pahala banyak-banyak kat Maira sebenarnya,  patutlah dia bagi kita sakit sedikit, ingat tak yang Ummi cerita dulu pasal kisah Nabi yang pernah kena halau di Thaif dulu?



“Ohh,  Maira ingat, masa itu nabi kena lempar batu kan Ummi? Sampai penuh kasut Nabi  dengan darah, mesti lagi sakit kan Ummi?



"Ya, pandai anak Ummi , sekarang Maira baru calar-calar sedikit tau, jangan sedih-sedih yea.  Anak ummi kan kuat dan hebat. Nanti kita beli aiskrim kat situ nak?” Pujuk Kak Sya sambil tangannya lembut mengelap air mata dipipi putih Maira.



Ana di tepi sedang mendengar kata-kata tersebut, walaupun kedengaran biasa-biasa sahaja, tapi ia sangat meninggalkan kesan padanya. Kemudian Ana pada hari itu mula berazam,

"Aku mesti jadi macam kakak baik tu, mahu menjadi positif sepertinya, aku  juga mahu mendidik anakku sebegitu juga. Sejak dari kecil diceritakan kisah Nabi, diajari sunnah Nabi. Sungguh bermakna pengajaran yang aku dapat di taman hari ini. Alhamdulillah, syukur".

 Kemudian dia berjalan pulang dalam keadaan tersenyum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan