Jumaat, 8 Mei 2015

Surat Untuk Mama

Surat dari adik untuk mama

Untukmu mamaku,

Sebelum mama membaca surat ini, adik ingin meminta maaf banyak banyak andai mama ada terguris dengan kata kata teguran adik melalui surat ini.

Tapi mama kan baik, mama kan suka ditegur, mama pernah kata, " adik, tegurlah jika adik nampak mama ada buat salah, kan kita nak masuk syurga sama sama?"

Untukmu mama,

Mama, adik nak tegur sedikit..
Tentang banyak cara yang mama didik saya sejak kecil adalah salah,
Adik nak ceritakan bahawa tak semua yang mama sangka betul dalam membesarkan adik itu betul,
Di kebanyakan waktu, mama  terikut ikut gaya orang disekitat mama mendidik anak mereka.

Maafkan adik jika adik terpaksa menyebut kekurangan mama ( yang adik nampak)

Tapi sebelum itu....mama bukanlah mempunyai kekurangan sahaja...
Sungguh kehebatan mama dalam mendidik adik juga, adik pandang tinggi
Malah syurga adik ditelapak kaki mama kedudukannya...sangat tinggi darjatnya...
Mengandungkan adik sembilan bulan, sakit sangat melahirkan adik, tak cukup tidur menjaga adik yang meragam sejak kecil, menyusukan, bersusah payah bekerja untuk memberi sesuap makanan dan untuk persekolahan..
Tiada seorang anak pun yang mampu membalas semua kebaikan mama itu

Tapi terpaksa juga adik menulis surat ini,
Agar sebelum kita menghadap ilahi,
Kita berdua sudah melakukan tanggungjawab,
Tanggungjawab adik untuk menegur,
Tanggungjawab mama untuk memohon taubat.

Mama,
Mama tahu tak mama sudah silap?
Ketika kecil, mama menyangka mama menyediakan susu, pampers, pakaian juga kebendaan lain adalah cukup,

Tapi tidak sebenarnya,
Mama lupa sesuatu,
Mama lupa nak menyediakan hati dan fikiran mama dengan ilmu,
Ilmu cara bagaimana Islam menganjurkan mendidik anak,
Mama tak tahu, bagaimana sunnah nabi mendidik anak,

Mama ingat mama dah menjaga adik dengan sebetulnya,
Mama bagi akademik yang bagus untuk adik,
Tapi mama sayang nak keluarkan duit untuk pendidikan agama adik,
Mama sanggup bayar yuran mahal untuk tuisyen UPSR adik,
Tapi untuk mengajar Alquran, mengenal basic agama, mama memilih yang paling murah.
Adik sedar, mungkin mama kurang kesedaran ketika itu.
Tak boleh juga salahkan mama 100%.

Mama, ingat lagi tak masa adik 1 hari hingga keumur 4@5 tahun,
Mama, ketika mama megulit adik tidur,
Adakah mama berselawat atau berzikir ataupun menyanyi nyanyi lagu tanpa makna?
Mama, ketika nak suap makanan kat adik, mama ada ajar adik baca doa atau baca bismillah tak?
Adakah ketika zaman adik " tidak mengerti" itu,
Mama ada bawak adik pergi dengar ceramah, atau masjid atau majlis ilmu?
Ataupun ada tak mama selalu pasang radio agama, dan siaran tv pasal agama?
Ataupun mama membesarkan saya, hanya " kelemasan" dan mama isi " minda bawah sedar" saya dengan siaran menyanyi..maharajalawak, sinetron indonesia juga Akademi Fantasia semata mama?
Mama tak tahu ke ketika itu otak adik seperti span?
Yang akan menyerap segala baik mahupun buruk yang mama sediakan disekeliling adik?

Mama, mama berikan saya pakaian cantik cantik, bergaya sakan,
Tapi mama jarang ceritakan bagaimana mahu cantik dipandangan Allah,

Mama marah adik tak belajar, marah sungguhan,
Tapi mama tak marah betul betul kalau adik tak menutup aurat atau tak solat.
Kenapa ma?

Mama, mama suruh juga adik untuk solat, untuk buat ibadah ini, buat ibadah itu,
Tapi suruh hanya sekadar suruh,
Tanpa mama beritahu dengan betul2 pemahaman " kenapa kena solat",

Mama, mama sedar tak ini semua yang mama buat ketika membesarkan adik?
Mama sedar tak tanpa agama adik tidak akan kemana?
Mama tahu kan dengan agama, adik akan menjadi soleh, kemudian menghormati dan mendoakan mama kemudiannya?

Mama, adik tak baik,
Tapi adik nak jadi baik,
Adik tahu, mama sedar je yang mama telah buat silap selama ini,
Kemudian mama berdoa selalu agar adik menjadi anak soleh yang mendengar kata,
Adik rasa doa mama telah termakbul...rasanyalah.

Sebab dulu adik selalu memerhati,
Adik memberontak, " sebab mama tak bagi aku ilmu agama, dia rasakanlah kebiadapan aku ini"

Tapi kemudian, Allah lembutkan hati adik,
Adik melihat yang mama jadi begitu ( kurang ilmu mendidik) kerana melalui cara itulah mak mama mendidik mama dulu, mama jahil dan tak tahu.
Adik tidak mahu menyambung kejahilan itu, adik nak berubah,
Supaya adik dapat mendidik anak anak adik kelak menggunakan ilmu agama.

Sungguh, kini adik sedar bahawa ilmu sangat penting,

It can turn someone from NOTHING to SOMETHING

Kini, adik nak bagitahu  mama,
Yang adik sudah memaafkan mama ( kerana terlepas pandang hal pengisian agama adik),
Maafkan adik juga ya kerana terlalu lantang memberi teguran.

Yang sudah memaafkanmu,
Yang berterima kasih

Anakmu, Adik...

( pengajaran)
Jangan hanya mengungkit kat anak betapa susahnya awak nak menjaga dan melahirkan mereka,

Kerana boleh jadi juga mereka mengungkit akan kelemahan awak yang tiada usaha menambah ilmu, lalu kurang memberi mereka didikan agama.

Ingat, anak itu bukan milik awak( ibu bapa),
Ia Milik dan Amanah Allah,
Cuma datang kedunia melalui awak,

Yang Belum Ada Anak,

Amalina Nudin
Prof Muhaya Junior

1 ulasan:

  1. So trueeee.

    Betul sangat akak. ( eh akak ke heheh)

    Seriously, ini realiti zaman sekarang. Sedih sangat.

    Wahh. Mohon share post ni kt blog saya :)

    BalasPadam