Jumaat, 8 Mei 2015

Bermandikan Ketuban

Bermandikan air Ketuban

Suatu hari, giliran saya pula yang oncall,
Ada student Uia kata,

" pergi tengok bilik sekian sekian, ada premature birth ( kelahiran pramatang),"

Then saya bergegas ke bilik itu,
Sebentar kemudian, saya cross dan nak tukar position ( nak ke kanan patient),
Then semua menjerit...( Aaaaaaaa) saya pun terjerit sama,
Sebab by time saya nak cross tu, masa tulah pecah air ketuban ( sambil nurse tarik baby),

Burrrr....white coat saya bermandikan ketuban,
Sampai baju pun kena,
Nurse pun kata...dengan nada baik dan lawak,

" Aish, tulah, orang suruh pergi jauh jauh, dia makin dekat...tengok, mandi ketuban lah jawabnya"

Sengih sengih mengelakkan rasa bersalah..." Errr, errr, tak dengar pulak..hehehe"

Nurse kedua pun backup,
" biasalah, main dengan kelahiran ni, kena sedialah basah air dan darah, kak pun dah biasa dah "minum" air ketuban ni..hehe" 

Semua pakat gelak ramai ramai...

Selesai sudah part gelak, 
Kita start part sedih pulak...

Lepas tu saya pergi tengok baby pramatang itu,
Kecilnya sama dengan baby yang mati dalam kandungan yg saya cerita hari tu,

Semua kalut dan gamat dan selamatkan baby itu,
Letak bawah bantuan pernafasan, 
Baru 29 minggu, berat 800gram lebih ( normal 38-42 minggu)
Memang tak macam baby biasa,
Tak menangis, tak pink, rendah sangat tekanan darah.
Pakar kanak kanak pun check...dengan seriusnya.

Saya yang berada disitu mulai berdoa
" Ya Allah, jika hidup adalah lebih baik untuk agamanya dan untuk dirinya, maka Kau hidupkanlah dia"
Itu yang saya mampu doa.


Ayahnya pun datang,
Pandang doktor,
Pandang anak,
Dengan muka sedih...
Kemudian tanya, " Isteri saya selamat, doktor?"

" Tanya doktor yang incharge dalam bilik, saya incharge baby je"
Dia pun tanya Mo...Alhamdulillah, ibu baby selamat, tiada apa-apa.

Kemudian dia pegang tangan isterinya,
Sambil merenung...
Keduanya saling berpandangan...

Ps : Bersyukurlah jika anak anda nakal, anak anda menangis, kerana ia petanda anak anda sihat,
Berapa ramai lagi anak anak yang tak sihat, tak menangis diluar sana, yang terpaksa ditahan di bahagian kanak kanak ( paeds dan Nicu- paediatric dan neonatal intensive care unit)

Pesan dari yang belum ada anak ( baru ada anak buah)
Kepada sesiapa yang ada anak, diluar sana

Disaat anda struggle sungguh sungguh untuk melahirkan, untuk melihatnya hidup,
Kenapa tidak struggle juga untuk melihat dia mati dalam iman( dengan bagi didikan agama ?


Another Insight from me,
 from my heart hopefully,


~ tak tahu jugak keadaan baby pramatang tu mcam mana sekarang
~ kalau orang atau suami merokok ada risiko tinggu untuk mengalami kelahiran begitu saya rasa ( mcm prnah nampak kat kotak rokok)


#sebarkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan