Jumaat, 8 Mei 2015

Ketagihan Dakwah Dan Tarbiyah





Seorang remaja bernama Anna pergi menemui seorang doktor, kemudian berlakulah perbualan ini...

Anna: Doktor, macam mana ni. Saya rasa kan, saya dah ketagihan sesuatu. 

Doktor: Apa yang awak ketagih nya? 

Anna : Saya rasa saya dah ketagih dengan dakwah dan tarbiyah. Saya macam dah terpaksa bergantung dengan dua benda ini. Betul , doktor! 

Doktor : Hmm, kenapa awak boleh berkata begitu? Ada tanda-tanda atau simptom tak? 

Ana : Mana tak nya doktor, disetiap tulisan saya di Facebook , selalu sahaja saya merasa diri saya gatal-gatal tangan. Memang saya rasa asyik ingin menulis tentang keindahannya Islam, baiknya Allah, seronoknya berusrah dan mendengar ceramah. Kadang-kadang susah untuk menahan diri untuk berkongsi kepada orang lain tentang hal tersebut.

 Doktor: Oh, betul ke? Sejak bilakah perkara ini boleh berlaku? Dengan orang yang bagaimanakah awak berkawan? Boleh awak terangkan tak ciri-cirinya sedikit? Harapnya lagi senang saya nak diagnos penyakit awak ini. Sebabnya, penyakit awak ini amat aneh lagi pelik saya rasa. Saya jarang dapat kes sebegini sebenarnya.

Ana : Yang saya ingat, ianya bermula dari beberapa bulan dulu. Saya ada menghadiri satu program yang dipanggil daurah . Lepas itu, saya mula bergaul dan berkawan dengan orang-orang yang teramat baik, kebanyakan warak, itulah pertama kali terjumpa akak-akak yang sangat baik, yang begitu ikhlas ingin memahamkan orang biasa macam saya tentang Islam, bahawa menjadi muslim itu bukan pada kad pengenalan semata.  Disitu baru saya tahu macam mana nak jadi khalifah dan hamba secara praktikal.


Disitu kami baca Quran sama-sama, dan kalau Doktor nak tahu, itulah detik-detik pertama saya pandai tadabbur (menghayati)  Quran, sebelum ini saya asyik nak kejar habis khatam sahaja. Itu pun tak habis-habis juga sebenarnya. Sungguh, saya berdoa agar sentiasa kekal dalam ‘ketagihan’ ini untuk mendalami agama Islam seperti yang saya dapat sekarang. Semoga saya mendapat istiqamah itu. 

Doktor: Subhanallah, sungguh hebat ketagihan awak ini. Sebenarnya, apa yang membuatkan awak rasa sangat ingin kekal dengan ketagihan ini?. Cuba awak kongsikan dengan saya. Macam menarik pula bunyinya.

Ana: Banyak sangat yang saya dapat Doktor, lepas mengikuti usrah dan daurah dan program sebegitu. Cuba doktor bayangkan satu analogi yang  pernah seseorang kongsikan ini, bayangkan bahawa terdapat  satu pasukan kastam dekat sempadan Thailand, kemudian lalu lah sebuah kereta yang ada didalamnya seorang VIP, dan tanpa perlu diperiksa seperti  kebanyakan orang lain, dengan senang dan bahagianya kereta itu melalui  road block, siap kastam itu boleh tabik lagi kepada Vip tersebut. Memang sangat seronok kan jadi seperti VIP tersebut?


 Samalah juga, kalau kita bersungguh-sungguh berjihad, dengan berusaha pergi program-program yang baik dan cuba mendengar ceramah walau malas yang teramat, bersungguh-sungguh melakukan dakwah walau dipandang sinis, InsyaAllah ketika pemeriksaan di padang mahsyar nanti jika sesiapa yang ada panggilan “Daie” atau “ Mujahid”, dengan mudah dan senang sahaja boleh melepasi road block Allah.Bukankah seronok lagi sukanya hati kita, jika kita dapat merasai situasi tersebut kan? 


Doktor: Betul ke? Macam tak percaya lah. Saya tak pernah dengar pun macam tu.
 Ana: Betul  Doktor. Kan Allah dah cakap dah: 


" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?, Kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)". (As Saaf 61:10-11)


 Doktor: Oh! Subhanallah. Saya rasa, saya pun nak juga lah terkena “penyakit” itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan