Jumaat, 8 Mei 2015

Belajar Melalui Isu




Perasan tak,
Ramai antara kita
Banyak kali tak sedar,
Kita sedang " ketagih" isu- isu,

Lagi banyak isu, lagi ada benda kita nak kongsikan di Facebook,
Ada banyak orang buat masalah, lagi banyak idea kita nak tulis di Facebook,
Lagi banyak orang buat salah, lagi kita rasa kita baik ( Astaghfirullah),
Lagi banyak isu, lagi kerap kita log in ke akaun Facebook.

Ketika tiada isu,
Kita boring, kita tiada idea, 
Facebook kita kosong dari perbincangan bermanfaat,
Yang ada mungkin  gambar selfie, mungkin rungutan mengeluh seharian.

Kita si reaktif, macam reaktifnya kucing,
Bila dipijak ekor, ia akan menerkam si pemijak,
Kita masih belum menjadi si responsif, 
Respon guna dalil agama, juga berfikir guna akal.

Bila kes adik Firdaus (khabarnya diabaikan Ibubapa) timbul, kita melatah,
Kemudian diam,
Wujudnya kes kiki peaugot ( khabarnya memaki pak cik tua), kita mencaci,
Kemudian senyap,
Timbul kes minyak naik, MH17, MH370 kita banyak mengata.

Kemudian menjadi bisu,
Kemudian kes " I Want To Touch A Dog " kita memberi reaksi pelbagai,
Kemudian akan berterusan datangnya masalah, kes dan isu,
Selagi kita hidup pasti tidak sunyi dari isu-isu.

Sebenarnya Allah ingin melihat apa respon kita terhadap peristiwa itu,
Mungkin peristiwa itu membuahkan pahala,
Mungkin peristiwa itu memberi kita dosa,
Kita punyai pilihan nak bagi respon yang bagaimana.

Bukan sesiapa yang terlibat " Di tempat kejadian" sahaja yang diuji sebenarnya,kita juga sedang diuji,
Mungkin Allah nak kita belajar melalui isu yang berlaku disekitar kita.



Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (Al-Ankabut:2-3).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan