Jumaat, 8 Mei 2015

:Nak Berubah, Tapi





Ada sesiapa tahu tak bagaimana cara mahu berubah?

Berubah ke arah apa? Sudah semestinya kita ingin berubah menjadi seorang yang  jauh lebih baik dari kita yang sekarang seterusnya menjadi seorang yang lebih beriman. Walaupun saya bukanlah seorang  Menteri Perubahan, namun  selepas  merenung dan hasil pemerhatian saya, saya rasa terpanggil untuk menulis tentang hal ini. Sebenarnya kenapakah agak sukar dan mencabar bagi seorang yang bernama manusia seperti  kita  jika nak berubah menjadi baik? Namun, jika berubah kearah yang lagi tidak baik seolah-olah terlalu mudah pula. Melalui pemerhatian saya, rama orang yang disekeliling kita sebenarnya ingin berubah. Contohnya:


1) Seorang perokok sebenarnya sangat ingin berhenti dari merokok, cuma  dia yang sudah lama melakukan hal demikian sudah tertagih dan tidak tahu mahu berbuat yang bagaimana. Manakala mungkin ada segolongan penjahat seperti gangster ingin merubah dirinya, tetapi tidak berhasil setelah mencuba berkali-kali


.
2) Begitu juga dengan sesiapa yang tidak menutup aurat secara menyeluruh. Sebenarnya dia sudah mencuba. Dia yang dari sebelum ini sangat suka bergaya dengan  free hair, berusaha meletak tuala kecil untuk menutup rambut, namun malangnya dia tiada kekuatan untuk memakai tudung secara penuhnya. Juga ego yang bertandang disaat hati rasa ingin berubah, hanya teringin dari tidak solat untuk cuba melaksanakannya, tetapi gagal. .



Kebanyakan antara mereka sudah pasti ingin bergerak selangkah dari kehidupan mereka yang kurang baik itu kerana mereka sedar mereka sebenarnya hidup dalam keadaan kurang tenang jika mereka tidak melakukan suruhan Allah dan melaksanakan apa yang dilarang-Nya. Jika anda tersedar bahawa anda mungkin berada di situasi ini, anda sedang membaca buku yang betul, yang akan cuba berkongsi langkah seterusnya dalam proses penghijrahan anda kearah diri anda yang lebih baik terutamanya kearah mendekati redha Allah.



Pertamanya, jikalau anda betul-betul yakin ingin berubah janganlah sekadar ingin kelihatan sudah berubah dimata manusia iaitu mungkin dengan like dan share content  islamik di Facebook atau nampak secara zahirnya sudah bersolat atau menutup aurat tanpa dibetulkan juga hati dan rohani iaitu bahagian dalaman yang sebenarnya lagi penting untuk mengekalkan anda agar sentiasa istiqamah dalam penghijrahan.




Kemudian anda hendaklah menanam niat dan keazaman yang kuat dihati dan bertanya kepada diri “ Kenapa aku nak berubah jadi baik sebenarnya?”. Adakah anda nak suruh dapat pasangan yang baik kerana berhijrahnya anda itu atau nak hidup  jadi lebih tenang,  ataupun mahu didik anak jadi baik lalu melahirkan generasi soleh, ataupun anda betul-betul ingin meraih redha Allah sebenarnya?. Cuba berfikir sejenak dan bermonolog kedalam diri " Aku nak berubah sebab ini dan itu", tapi percayalah, sebenarnya jika kita ingin berubah adalah  kerana Allah ia pasti lebih menjadi dan berkesan.


Kemudian cuba anda bayangkan diri anda yang sudah berubah itu. Jika anda ingin berjinak- jinak untuk bersolat, cuba  selalu bayangkan sambil memejam mata bahawa anda sedang memakai kain sembahyang ataupun bersongkok dan anda bersolat dalam keadaan yang sangat khusyuk kemudian berimaginasi bahawa anda selalu pergi  ke masjid. 

Cuba ulang tayang apa yang anda nak jadi kerana teknik ini sangat berkesan kerana dengan berbuat demikian, kita sedang memasukkan input kedalam minda bawah sedar iaitu subconscious mind untuk menolong memudahkanproses penghijrahan kita ini.  Kerana jika hanya minda sedar sahaja yang berkeinginan ingin berubah tanpa “ dikerah” kan sekali minda bawah sedar untuk bekerja, ia seolah-olah situasi dimana seorang raja sedang mengarah sesuatu kerja kepada askar-askarnya namun askarnya tidak mahu bekerja dan bergerak, sudah tentu matlamat yang raja inginkan tidak akan tercapai juga akhirnya.



Seterusnya jangan hanya berniat dan membayangkan sahaja apa yang diri anda inginkan. Anda mestilah sedikit bersusah seperti mana bila kita lapar kita bukan sekadar fikir sahaja makanan yang ingin dimakan dan dirasa, sudah semestinya kita perlu menyediakan duit dan mengorak langkah untuk pegi membeli makanan tersebut bukan? Apatah lagi jika nak berubah kearah diri kita yang  lagi baik dan menenangkan, sudah tentu kita seharusnya lagi banyak kena bergerak dan kena bertindak.


Namun bagaimanakah cara bertindak itu? Anda seharusnya berusaha memasukkan input-input baik kedalam diri melalui mendengar ceramah penceramah kegemaran anda iaitu jenis yang kata- katanya agak sesuai dengan jiwa anda, dan mudah untuk anda memahami penyampaiannya mahupun dengan membaca buku-buku ilmiah. 


Sesungguhnya suara-suara baik dari ilmu itulah yang akan kita dengar dan terngiang-ngiang di minda kita sepanjang proses perubahan kita dan input itu jugalah yang  secara tidak langsung boleh menolong kita melawan suara syaitan dan nafsu yang sudah menjadi “ kawan baik “ kita selama ini. Jangan allergik mencari ilmu tersebut dan cubalah “berenang” dalam lautan ilmu kerana  jika kita tidak mengisi hati kita dengan perkara baik, secara automatik benda buruk dan jahat yang akan mengisi kekosongan itu.
Namun dalam proses perubahan anda itu, jangan sesekali lupa berdoa agar distiqamahkan dan ditetapkan dalam perubahan yang baik itu.


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq 65:3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan