Jumaat, 8 Mei 2015

Kita ini Bagus atau Hebat ?




Kalau awak orang miskin, dan awak akan kurang berbelanja,
Awak mungkin belum lagi ZUHUD, tapi awak sedang nak jimat bajet awak kan?Awak seorang yang BAGUS.


Awak insya Allah adalah seorang yang ZUHUD bilamana keadaan yang awak kaya, tapi awak ambil sedikit sahaja dari harta yang Allah bagi, harta yang lain selebihnya banyak diberi kepada orang lain. Awak seorang yang HEBAT.


Kalau awak seorang yang banyak bercakap, kemudian awak banyak bagi peringatan dan dakwah mengunakan kata-kata awak, awak seorang yang BAGUS.

Tapi, kalau awak seorang pendiam, tapi paksa juga diri untuk memberi tazkirah dan teguran. Awak seorang HEBAT.


Kalau awak seorang yang selalu dalam keadaan "silent mode" kemudian awak kurang mengumpat, awak seorang yang BAGUS.

Jika awak adalah keturunan dan dari spesis "Burung Murai", kemudian awak menahan diri dari banyak mengata, mengeluh, mengumpat Bagi saya dan disisi agama, saya yakin anda adalah seorang yang HEBAT.

Tak kisahlah bahawa kita ini hanya BAGUS, ataupun HEBAT,
Namun usaha kita untuk menjadi seorang yang BAGUS, kemudiannya menjadi HEBAT itu pasti dilihat Allah. Semoga kita mendapat pahala melalui usaha tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan