Jumaat, 8 Mei 2015

Tujuan Penciptaan Kita

BAB 4: Tujuan Penciptaan Kita


Anda adalah seorang pakar pencipta robot. Kemudian secara tiba-tiba pada suatu hari muncul difikiran anda akan satu idea dan rasa keinginan yang membuak-buak untuk membuat satu robot yang boleh membuat apa sahaja tugasan yang anda suruh. Sebenarnya tujuan utama anda ingin membuat robot itu adalah untuk buat kerja rumah untuk anda dan dia diciptakan untuk mendengar segala arahan anda sahaja.

Setelah bertungkus lumus membuat dan mencipta robot tersebut, maka terhasilah sebuah robot yang bernama Inomen. 

Anda sangat berpuas hati dengan ciptaan anda dan dengan pada awalnya , dengan jayanya robot itu menurut semua permintaan dan arahan anda pada awalnya. Kiranya 100 % tugas yang anda suruh dia buat, dia akan buat. Tanpa wujudnya sebarang masalah. Inomen itu sungguh mendengar kata.

Pada suatu hari, setelah 2 bulan dia berkhidmat kepada anda, dia mulai membuat perangai yang tidak sepatutnya.Malah Inomen itu selalu sahaja pergi membuat kerja di rumah jiran, walaupun tidak disuruh mahupun dikawal pun oleh jiran tersebut. 

Inomen seolah olah ‘lupa’ siapa tuannya yang sebenar. Dia lupa siapa penciptanya, malah tidak mendengar kata pula.

Anda mulai geram dengan Inomen, anda pun kata kepada robot tersebut:"  Wahai Inomen, kau dah mulai pandai melawan cakap aku rupanya. Kau tidak mengikut apa yang aku arahkan seperti mula-mula dahulu. Kau tidak tahu bahawa kau sebenarnya diciptakan dengan adanya ada tarikh luput . Dengan aku cabut sahaja mana-mana wayar atau bateri di bahagian badan kau , pasti kau akan tidak dapat berfungsi lagi seperti biasa dan lama kelamaan akan akan mati, tunggulah masanya! ".

 Ada tak sesiapa diantara anda yang tahu apa sebenarnya yang saya nak ceritakan di bab yang ini? Apakah kaitannya hidup kita ini dengan contoh robot yang dinamakan sebagi Inomen itu?


Begitulah kita dalam seharian hidup kita sebenarnya, tanpa kita sedari sudah banyak kali sebenarnya kita menyimpang dan lalai dari melaksanakan tugas sebagaimana tujuan kita diciptakan oleh Tuhan kita, iaitu untuk menjadi khalifah dan hamba Allah dimuka bumi ini. Tidakkah  anda merasa Allah itu terlalu baik, kerana disaat kita yang banyak kali leka dan selalu sahaja bertuhankankan Tuhan selain Dia sepanjang hidup ini, pada masa itu dia tidak mencabut sahaja mana-mana organ dalaman seperti jantung kita untuk mematikan kita seperti yang ingin tuan Inomen lakukan kepada robot tersebut yang tidak mendengar perintah tuannya.

Ya, Allah adalah Tuhan yang Maha Baik. Malah, diberinya kita peluang berkali-kali seebenarnya kerana Dia ingin kita sentiasa bertaubat dari perbuatan kita yang terleka dan lalai itu selagi mana belum sampai tarikh luput iaitu ajal kita. Kerana pada hakikatnya, setiap diantara kita tidak ubah seperti kisah robot dalam cerita tadi, iaitu telah sebelum kita hidup lagi, telah wujud  sebenarnya tiket kematian kita yang ‘tercatat’ padanya waktu dan tempat dimana kita akan mati, cuma hanya Allah sahaja yang mengetahui bilakah tarikh tiket itu.

Kisah ini boleh kita kaitkan dengan ayat Al quran iaitu:

Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya; dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).(Az-Zumar 39:29)

 Dan dikatakan (kepada mereka): Panggilah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu)". Lalu mereka memanggilnya, tetapi makhluk-makhluk dan benda-benda itu tidak menyahut panggilan mereka; dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk.(Al-Qasas 28:64) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan