Jumaat, 8 Mei 2015

Diuji Dengan Puji

Diuji dengan kesenangan itu sememangnya sangat susah,
Susah lagi bahaya berbanding diuji dengan kesusahan.

Kerana apa?
Kerana BERSABAR itu lagi mudah berbanding BERSYUKUR,
Sungguh...

Disaat fail exam, kita memujuk hati untuk bersabar,
Hati menjadi lebih dekat dengan Allah kerana diri merasa rendah, tiada daya.
Ramai yang mudah menangis depan Allah agar dimudahkan urusan.

Disaat cemerlang dan terbaik dalam peperiksaan,
Adakah kita bersungguh sungguh menangis dan bersyukur seumpama menangisnya kita disaat gagal peperiksaan?
Mudah sekali kita merasa diri adalah pandai,
Mudah sekali merasa cemerlang sebab usaha sendiri. ( astaghfirullah)

Disaat dakwah yang disampaikan tidak diterima,
Status dan page kurang mendapat like,
Hati merasa, mungkin kurang amalan sendiri yang membuat dakwah itu kurang diterima,
Kemudian, kita ada pushing faktor untuk sangat mendekati Allah.

Disaat status dan page mendapat ribuan like,
Disaat dipuji dengan banyaknya,
Mudah sekali merasa bangga,
Merasa bahawa idea dan usaha itu, kita yang punya.
Kita lupa, jika tubuh kita dan bumi yang kita pijak inipun Allah punya,
Mata kita, tangan kita, ipad kita, facebook kita, semua Allah punya.
Siapa kita, nak kata bahawa idea " kita" adalah kita punya?

Tiada salah jika dipuji, tapi sandarkan lah segala pujian itu untuk Allah,
Samada itu adalah wow, terbaiklah, pandainya, wah....superp...daebaklah...osem..
( kerana segala puji untuk Tuhan sekalian Alam) - Alhamdulillahi rabbil 'Alamin...

Tq kak naqibah ( ajar saya tadabbur ayat ini:

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),
Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Annasr 110: 1-3

Jika dakwah kita diterima ramai, Allah menyuruh kita memuji Allah, kerana Allah lah penyebab semua itu berlaku,
Disaat rasa kemenangan itu kerana kita, Allah menyuruh kita beristighfar,sangat beristighfar..
Yang dikhuatiri adalah, disangka amal ada sebesar gunung, rupanya menjadi debu berterbangan..

Subhanallah, astaghfirullah...

Tiada salah jika ingin memuji,
Tapi doakan juga agar orang yang dipuji tidak menjadi riyak dgn pujian itu,
Ingat dan puji Allah juga disaat mulut anda memuji manusia.

Teringat pesan kak ipar time menepuk2 alfa ( Muhammad Al fatih) sedang tidur,

Dia kata, kalau orang puji jangan kata sungguh sungguh bhw bukan, saya bukan hebat sebegitu,
Tapi doalah dalam hati: " Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka SANGKA, dan lagi baik dari apa yang mereka KATA"

Yang diuji dengan puji,

Amalina Nudin
Medical student usim
Daie facebook
Ampang
110415

#travelogtarbiahseorangmedicalstudent
#TTSMS
#amalinanudin
#profmuhayajunior


Baca yang ni pulak: Surat untuk mama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan