Jumaat, 8 Mei 2015

Melihat Ke Dalam Diri



Saya ada nak buat sedikit ujikaji boleh? Sila baca dan fahami arahan dibawah dan cuba aplikasi secepat mungkin.

Apa yang perlu anda buat adalah anda perlu menyentuh dagu anda menggunakan jari telunjuk anda,

Kemudian sila tunduk dan melihat jari tersebut dengan bersungguh- sungguh,

( sila praktikkan sekarang )

Belum buat lagi? Jom buat sekarang!

Apa yang awak nampak selepas berbuat demikian?
Anda mungkin Nampak jari dan  tangan, ataupun pakaian yang anda sedang pakai ketika ini,
Diposisi sebegitu, adakah anda masih dapat melihat orang yang lalu lalang dihadapan anda ( pada jarak sejauh 2 meter) ?



Dapatkah anda mengagak apakah point yang saya ingin utarakan melalui ujikaji ini?
Sebenarnya saya ingin menyeru diri sendiri serta mengajak pembaca sekalian untuk merenung dan bermuhasabah sebentar bahawa tanpa kita sedar kiita kurang melihat perkara yang dekat, iaitu diri sendiri. Walhal, jika kita sentiasa melihat kedalam diri iaitu kelemahan dan keburukan diri sendiri, malah berbakul- bakul kesalahan dan dosa yang kita lakukan saban hari, kita seolah olah tiada masa dan pasti akan kurang nampak keburukan dan ketidaksempurnaan orang lain.

Walaupun kita pasti akan berjumpa dengan golongan- golongan yang akan melakukan kesilapan dalam urusan kita setiap hari , tetapi dengan kesedaran bahawa kita sendiri pun banyak kesilapan dan selalu membuatkan orang sakit hati, kita mungkin dapat menerima keadaan itu dan cuba " menutup mata" tentang keburukan orang lain itu.

Jika kita seorang yang mengaplikasikan cara bermuhasabah dan merenung keburukan diri ini, sudah pasti kita akan secara tidak langsung akan cuba membaiki diri kita agar menjadi seorang yang lebih baik bukan?.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk…” (Al-Hujuraat 49:11)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan