Jumaat, 8 Mei 2015

Petikan Kata-Kata Tentang Solat




1) Orang yang tidak bersolat akan merasakan hidupnya banyak masalah. Dia seorang yang tidak tenang, cepat marah dan susah nak menerima kenyataan juga dia akan selalu nampak salah dan kelemahan orang lain. Ustaz azhar Idrus


2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB untuk menunaikannya. - Ustaz Kazim Elias


3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."- Ustaz Don Daniyal


4. Selalulah Solat berjemaah walau sesusah macam mana sekalipun, boleh jadi pahala solat berjemaah itu dapat membekalkan pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus


5.Kalau kita sakit jangan takut untuk bersolat. Paling-paling pun kalau mati ketika itu, kita mati dalam solat - Ustaz Haslin 


6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”- Al-Habib Ali Zainal


7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.-Tuan Guru  Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8-Jangan cakap ayat "Kamu pergi solat, kalau tak solat, kamu akan masuk api neraka!"Tapi cakaplah “Jom solat, nanti kita masuk syurga Allah sama-sama.Insya Allah – Tuan Guru  Harun Din"


10. Kalau dalam solat kita tidak dapat ingat Allah, mana mungkin di luar solat kita mampu ingat Allah. -Ustaz Pahrol

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah). Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
(Al-Mursalaat 77:47-48)

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"

Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
(Al-Muddathir 74: 42-43)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan