Jumaat, 8 Mei 2015

Akaun Emosi


Setiap daripada kita mempunyai akaun emosi masing- masing. Pernahkah anda mendengar tentang konsep akaun emosi selama ini? Jika belum, mungkin ini adalah ilmu baru untuk anda. Emosi adalah sesuatu yang sangat penting untuk seseorang. Emosi yang saya maksudkan disini bukanlah emosi seperti yang kita tahu selama ini iaitu emosi ketika marah atau sedih sahaja. Emosi bukan hanya bermana yang itu sahaja. Emosi diisini adalah satu perasaan yang hanya orang yang sedang mengalaminya sahaja yang akan faham akannya. Anda akan faham jika anda membaca dengan telilti contoh dibawah.

Contoh keadaan yang kita sering beremosi adalah seperti kita beremosi gembira apabila dipuji, malah mempunyai emosi penghargaan ketika anda selalu memuji seseorang. Jika seseorang memuji dalam keadaan hambar dan tanpa emosi yang di ekspresikan, mungkin orang yang dihargai dan dipuji itu tidak merasa seronok dan gembira kerana orang yang memuji hanya memuji menggunakan kata-kata, bukannya dari hati. Emosi kurang diberi dari si pemuji kepada orang yang dipuji itu.

Begitu juga ketika membeli belah, seorang isteri akan penuh emosi gembiranya, manakala mungkin si suami yang meneman tidak merasakan apa-apa kegembiraan kerana tiada emosi seperti yang si isteri rasakan. Si lelaki biasanya mempunyai emosi gembira ketika menonton permainan bola atau sebagainya. Keadaan seseorang sedang beremosi gembir berbeza mengikut orang yang berlainan.

Saya harap anda semakin sudah memahami akan makna emosi yang saya ingin sebutkan di bab ini. Kembali kepada topik akaun emosi yang saya sebutkan tadi pula ya. Sebenarnya tahap kegembiraan seseorang dan kesedihan serta keyakinan diri seseorang sangat bergantung dengan tahap berapa banyak lagikah jumlah emosi didalam akaun emosinya.

Akaun emosi sama juga sifatnya dengan akaun bank yang disimpan duit, iaitu ia boleh bertambah dan berkurang. Hanya si tuan punya akaun itu sahaja yang mengetahui akan tahap akaun emosinya, samada ia dalam keadaan penuh ataupun kering. Hanya dia sahaja yang merasainya. 
Biasanya akaun emosi akan bertambah mengikut situasi yang si tuan badan rasa gembira. Contohnya jika seseorang dipuji dan dihargai, akaun emosinya akan bertambah. Jika dia bersolat dengan khusyuk dan membaca Al quran dengan hati, akaun emosinya turut bertambah. Jika orang yang selalu  merasai sangat gembira bersama keluarga, maka sumber dia menambah akaun emosinya adalah melalui keluarganya. Ya, sumber dari mana emosi akaun seseorang akan bertambah tidak sama dari seorang yang lain. Ia berbeza untuk orang yang berlainan.

Cuba anda fikir sejenak, melalui apakah biasanya akaun emosi anda akan bertambah?. Biasanya, mengikut pengalaman, ia sangat berkait rapat juga dengan tahap keimanan kita pada masa itu. Tahap emosi berkadar langsung dengan tahap keimanan.  Kemudian ia juga berkadar terus dengan tahap keyakinan seseorang. Seterusnya, jika seseorang mempunyai akaun emosi yang banyak, dia akan pandai bergaul dan menegur orang lain menggunakan kata- kata berhikmah. Itu petanda bahawa dia sedang berkeyakinan tinggi.

Bagaimana pula akaun itu berkurang?. Kalau duit di ban, ia akan berkurang jika selalu diambil keluar tanpa dimasukkan semula. Begitu juga konsep untuk akaun emosi seseorang. Tetapi, bagaimanakah boleh akaun emosi itu berkurang? Sebenarnya akaun emosi seseorang akan berkurang jika dia selalu dihina, dimarahi serta kurang dihargai. Pada masa akaun emosi menjadi sedikit, dia akan merasakan keyakinan dirinya juga akan berkurang. Mungkin juga kerana ini terjadi kerana dari awal dia dibesarkan dalam keluarga yang kurang diberi kasih sayang, kurang komunikasi didalamnya, maka jadilah seorang yang kurang akaun emosinya. Kemudian dia akan memancarkan ia melalui akhlaknya yang suka marah marah dan suka mengecilkan hati orang lain pula.



Kenapakah penting sebenarnya akaun emosi ini jika mahu dikaitkan dengan hidup kita sebenarnya?

Memahami konsep ini sangat penting sebenarnya kerana jika jika ada situasi yang mana  kita terpaksa menegur dan memberi komen, malah megkritik kesilapan kepada seseorang, kita hendaklah menganalisa terlebih dahulu akan tahap akaun emosinya ketika itu, jika dia dalam keadaan nampak tenang dan gembira, itu adalah tanda- tanda akaun emosinya sedang penuh, bukannya kekeringan. Jika tidak, mungkin dengan teguran kita akan membuatkan akaun emosinya lagi menjadi kering kemudian langsung tidak didengari teguran kita itu. Namun, pastikan juga jika kita adalah si penegur, bahawa akaun emosi kita juga sedang penuh supaya kita lebih berhati- hati dalam menuturkan kata, juga lebih bersedia untuk teguran kita ditolak ataupun dimarahikelak.

Akaun emosi ini juga boleh diibaratkan seperti gelas. Jika ia sedang dalam keadaan penuh, jika dimasukkan batu dari atas dengan kuat kedalam gelas, gelas itu berkemungkinan lebih sukar untuk dipecahkan berbanding diteletakkan kedalam gelas yang kering atau kosong, pasti akan mudah sekali gelas itu pecah atau tercalar. 

Itu jika gelas dijadikan contoh, bagaimana pula jika mencalarkan atau mengguris hati seseorang tanpa kita memahami orangitu, pasti dia akan terasa dan dibimbangi hubungan silaturrahim mungkin menjdi tenggang. Itulah perkara yang sangat perlu kita elakkan.

Sekarang, setelah memahami konsep akaun emosi, mungkin kita baru lagi memahami akan kata-kata ini..
“Jika ingin menegur kesalahan seseorang, pujilah dia sebanyak 10 kali dahulu, kemudian barulah menegur kesalahannya.”
Ini kerana, kita ingin menambah akaun emosinya dahulu, barulah ia tidak menjadi kering dan kosong ketika kita mengkritik atau menegur kesilapannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan