Jumaat, 8 Mei 2015

Ditingkatkan Darjat



Di dalam satu dewan Peperiksaan terdapat dua orang pelajar yang sama umurnya.



Pengawas peperiksaaan: Anda berdua akan diberi kertas ujian yang sesuai dengan tahap kecerdikan anda.



Si A- Dapat soalan bertaraf kelayakan nak jadi Professor.



Si B- Dikertasnya tertulis " Soalan Tadika", nak masuk darjah satu.



Walaupun berada di dewan yang sama,
Mereka menjawab soalan berbeza.



Adakah Si A akan mendengki dengan Si B yang dapat soalan yang sangat senang berbanding dirinya yang dapat soalan teramat susah?


Mestilah tidak kan? Sebab dia tahu, dia dapat soalan susah sebab dia lagi berpengetahuan, dia lagi mengharap pangkat yang jarang-jarang orang dapat, dia akan cuba jawab dengan sebetulnya kerana habuannya nanti adalah sesuatu yg amat berbaloi dan dia akan digelar Prof. A.



Begitulah hidup kita, jika kita merasa Ujian oleh Allah untuk kita itu terlalu berat berbanding orang lain, ketahuilah itu lah yang Allah kurniakan istimewa untuk kamu kerana Dia tahu kamu mampu menghadapinya dan jika kamu rasa  semakin berat ujian kamu, berharap dan bersabarlah untuk mendapat habuan " kenaikan darjat" disisinya kelak.

"

 Sesusah manapun kertas exam ( ujian hidup) kita, tak perlu kita koyak kertas itu atau pergi meninggalkan dewan exam ( berputus asa), paling tidak pun cubalah apa yang termampu ( dengan berusaha, bersabar dan bertawakkal )"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan