Jumaat, 8 Mei 2015

Beratkah Masalah ?


Ketika memberikan kuliah Management Stress, seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:
“ Cuba anda semua teka berapakah agaknya berat segelas air ini?”

Para siswa menjawab bahawa gelas tu beratnya antara 200 gram hingga 500 gram.
“Ini bukanlah masalah berat semata-mata, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya,”  kata pensyarah itu kemudiannya. Kemudian dia menyambung kata:

Kemudian pelajarnya mulai berfikir apa yang ingin disampaikan oleh pensyarah mereka itu. Ada yang membuat muka berkerut-kerut kerana tidak faham.

“Jika saya memegangnya selama 1 minit, pasti tidak ada masalah kan?. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya pasti akan lenguh. Dan jika saya memegangnya selama sepanjang 1 hari , mungkin anda harus memanggilkan ambulan untuk saya. Mungkin boleh kebiruan lengan saya ini.

Pengajaranya , berat gelas berisi air itu sebenarnya sama, tidak kira berapa lama saya memegangnya, ia bukan bertambah berat kerana bertambah panjangnya masa. Tapi kerana saya memegangnya secara lama saya secara psikologinya saya akan merasa gelas itu semakin berat..

Begitulah jika nak dianalogikan dengan masalah dalam hidup kita sebenarnya. Mungkin hakikat masalah yang kita rasa berat dan besar itu bukanlah sebesar manapun sebenarnya. Namun kita berterusan memikirkan dan menanggungnya dengan lama tanpa menyelesaikannya sedikit demi sedikit yang membuat kita merasakan bahawa masalah tersebut tersangatlah berat dan tidak ada jalan penyelesaian untuknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan