Jumaat, 8 Mei 2015

Dosa Pahalaku Melalui Internet

Sesungguhnya dizaman penuh dengan  teknologi kini, bagi pendapat saya sungguh senang sebenarnya untuk seseorang mendapat dosa, melalui alam maya terutamanya.

Post sahaja gambar perempuan yang nampak sedikit aurat seperti lengan atau rambut, sedikit menampakkan bentuk badan. Pasti ianya akan membuahkan dosa. Bagi lelaki pula, ada yang tidak perasan bahawa mereka menampilkan auratnya melalui gambar yang menampakkan mereka sedang berseluar pendek. Jika itulah yang selalu kita beri lihat kepada orang lain juga menjadi orang yang sengaja tidak menjaga mata dari melihat, tentu sahaja buku amalan kita banyak dicatat malaikat sebelah kiri. Iaitu catatan dosa.

Untuk yang selalu kata-kata baik pula tidak terlepas dari senangnya mendapat dosa juga. Tapi bagaimana pula mungkin mereka juga mudah untuk mendapat dosa sebenarnya? Ya, syaitan tidak akan berdiam diri melihat golongan baik ini. Dia juga akan membisikkan suaranya untuk menggoda golongan ini. Bagaimanakah pula cara bisikan syaitan mencuba dan mengheret golongan baik sedikit demi sedikit agar mengikuti jalan-jalan mereka?

Caranya mungkin begini, iaitu dia boleh sahaja  membisikkan kata ke hati para pendakwah di alam maya ini bertujuan untuk membuat mereka menjadi riyak atau ujub dengan banyaknya orang like dan memuji kata-kata mereka. Dek kerana pujian, sungguh senang timbul dihati golongan ini akan perasaan bangga dengan diri sendiri. Bukankah itu adalah satu dosa?. Malah lagi menakutkan jika ada yang mahu kelihatan baik dan soleh semata-mata. Malah  tidak kurang ada yang hanya mengajak orang melakukan kebaikan tertentu, namun diri sendiri tidak pernah melakukan walaupun sekali. 

Mungkin dia tidak mengetahui ataupun lupa ayat Allah di ayat dibawah:


(Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. As-Saff:3]

Bukan untuk menakutkan, tetapi untuk membuat kita sentiasa berhati -hati walaupun ketika menggunakan alam maya, malah ingin membuat kita sedar bahawa sungguh senang nak dapat dosa sebenarnya. Kerana syaitan telah berjanji bahawa mereka pasti akan menggoda anak Adam supaya mengikuti jejak mereka.

Tetapi janganlah  terlalu risau, andai kata kita sudah menjadi  diantara orang yang tersalah buat perkara -perkara tersebut dan merasakan dosa sudah menggunung melalui itu, marilah kita mencari solusi yakni untuk berubah. Jika ada yang sudah termasukkan gambar yang tidak menutup aurat, silalah padam kembali gambar-gambar tersebut. Ini sangat penting kerana jika kita meninggal dalam keadaan gambar-gambar tersebut masih di alam maya, kita risau tiada yang boleh tolong padamkan untuk kita kerana kata kunci untuk access gambar tersebut hanya kita sahaja yang mengetahuinya kemudian boleh sahaja ia disimpan dan dilihat sesiapa sahaja.

Jika kita adakah golongan yang selalu mudah merasa riyak dan berbangga akan setiap apa yang kita tulis yang banyak mengundang pujian orang , juga jika anda rasa banyak dosa yang telah anda lakukan ketika dialam maya ( tesalah menyebarkan perkara yang tidak betul yang mungkin menjadi fitnah), masih ada masa untuk kita bertaubat dan cuba mengimbangi dosa-dosa tersebut dengan berbuat tips " Senangnya nak dapat pahala" pula.


Caranya mudah sahaja, cara pertama adalah mungkin anda boleh cuba menulis setiap perkara baik yang pernah anda amalkan dan anda rasakan ianya berguna untuk dikongsikan kepada orang lain ( untuk dijadukan role-model ) dan jika anda takut riyak dengan menceritakan kebaikan yang anda pernah buat, boleh juga dengan jadikan ia sebagai cerita, iaitu menggunakan nama samaran ataupun ceritakan bahawa situasi itu adalah kisah kenalan anda. Insya Allah, jika niat anda baik iaitu betul-betul ingin menyebarkan kebaikan dan dakwah, pasti akan ada yang terkesan dengannya. Malah, jika ada yang berkongsi kepada orang lain, serta jika ada yang mengamalkan, Insya Allah anda akan menikmati saham pahala dari kebaikan yang mereka buat berdasarkan satu hadis:


“ Barangsiapa mengajar orang lain kepada suatu petunjuk, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melaksanakan petunjuk itu, tanpa mengurangi pahala mereka sama sekali” ( HR Bukhari).

 
Cara kedua untuk mudah mendapat pahala ketika di alam maya adalah dengan anda menekan link- link baik ataupun " pergi" ke website orang soleh yang banyak menulis perkara- perkara baik, secara tidak langsung anda boleh melantik diri anda sebagai agen tukang kongsi ( share) kebaikan melalui tulisan tersebut. Ini kerana anda juga ada keinginana untuk menyebarkan kebaikan, cuma anda mungkin seorang yang tidak pandai mengarang ayat untuk menulis tazkirah-tazkirah seperti mereka. Jika anda pernah melakukan itu, yakinlah bahawa disetiap usaha anda itu pasti Allah melihat dan memberi ganjaran pahala walaupun sekadar menekan butang share. Insya Allah.



Cara ketiga yang  boleh dibuat adalah dengan mencuba menekan link untuk ke page ustaz atau ustazah, atau page yang baik kemudian anda boleh menolong mengajak (invite ) kawan-kawan anda yang mungkin tidak pernah tahu akan kewujudan page-page tersebut. Mungkin antara ratusan kawan yang kita ajak, hanya puluhan atau beberapa orang sahaja yang menerima ajakan kita, namun itu pun sudah memadai apatah lagi jika orang yang kita ajak itu tersentuh lalu mengamalkan tazkirah yang ustaz atau ustazah tersebut kongsikan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan