Jumaat, 8 Mei 2015

Andai Saya Medical Student Lelaki

Andai saya Medical Student Lelaki

Ramai diantara kita saya kira,
Pasti tidak suka jika ingin bersalin,
Ada doktor lelaki yang melihat,
Ataupun Medical Student.

Jika bukan keadaan darurat,
Pasti akan tidak memilih medical student atau doktor lelaki,
Pasti...kalau boleh..
Kerana malu...malu sangat sangat.

Si suami, pasti akan sedaya upaya nak doktor perempuan yang mnyambut,
Malah mungkin ada yang melenting apabila tahu ada si lelaki yang terlibat,
Dalam proses conduct the delivery,
Mahu dijaga aurat si isteri sebaik mungkin,
( Harapnya di Facebook dan diluar juga jaga sungguhan lah)
Andai saya ingin bersalin,

Jika ada cukup duit,
Saya pasti akan ke Hospital Swasta,
Lebih tenang jika hanya pekerja perempuan yang melihat proses keluarnya baby itu,
Rasa aurat lebih terjaga.

Namun, tak semua antara kita ada duit beribu ribu ( Tambah Gst lagi),
Nak tanggung anak nak membesar lagi,
Dengan pampers, dengan susu dan baju lagi, sekolah pula,
Pasti akan sayang duit nak laburkan kat Hospital Private, bagi setiap kelahiran.

Namun, jika ditanya saya,
Apa pendapat saya, jika disambut doktor atau medical student lelaki,
Saya akan memberi pendapat yang sedikit lain ( terpulang nak terima atau tidak)

Pernah dengar seorang ustaz ( Belajar di Jordan) cakap, dia tak setuju kalau ada ustaz yang tak memahami Waqi' ( keadaan setempat) di malaysia yang tak ramai pakar sakit puan perempuan, dia sangat tak setuju kalau ustaz lain asyik2 cakap haram, asyik2 cakap tak boleh doktor lelaki handle proses bersalin tu..sebab dia seolah tidak memahami tak ramai yang mampu nak pergi beranak dekat Hospital Swasta...sangat ramai yang tak mampu..gaji kita seberapalah sangat kan?

Jika anda " terpaksa" juga disambut dengan pekerja hospital lelaki,

Apa yang boleh anda buat? Apa yang boleh anda harapkan dan doakan?

Doakan semoga dengan " kebenaran" anda bagi diorang tengok tu sebagai satu proses untuk diorang belajar,
Semoga kes anda itu, memberi skill dan pengalaman berharga untuk mereka..

Seterusnya menjadi pahala jariah untuk anda,
Jika sayalah medical student lelaki yang conduct delivery itu,
apa yang boleh saya buat? Jika diberi kebenaran itu?
Saya akan doakan semoga ibu yang bersalin itu dimudahkan urusan tanpa komplikasi, sangat mendoakan,

Saya akan doakan bersungguh sungguh agar si baby ( dari ibu yang bagi kebenaran) itu menjadi seorang yang soleh, kerana mak dia memberi keizinan untuk saya banyak belajar...pasti akan saya doakan..

Andai semua orang tak mahu medical student lelaki belajar,
Saya tidak hairan akan kurang pakar pebidanan kelak
( sebab ramai lelaki yang " kuat" mental dan fizikal sesuai jadi pakar O n G)

Pasti Pakar pakar lelaki sangat bersyukur kerana ramai " ibu-ibu" membenarkan mereka ingin belajar ketika mereka ambil degree dan master dulu,
Kemudian mereka memberi "kembali, dengan merawat " ibu- ibu" yang ada komplikasi bersalin.

Terserahlah anda mahu bagi kebenaran atau tidak,
Terpulang pada sistem kepercayaan masing2,

Kalau saya, saya nak ke Hospital Swasta.yang ada dr perempuan...

(kalau ada duit)
Amalina Nudin
Medical Student
12-04-15

Ps: Maaf jika ada yang tak setuju, maaf jika salah bagi pendapat, maaf sebab tak tahu sangat hukum,

Jika ada pandangan lain, boleh kongsi2 ya^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan