Jumaat, 8 Mei 2015

Bertahan Ketika Diuji

Di sebuah Muzium barangan antik, terdapat satu binaan kaca cantik yang menarik perhatian orang ramai oleh kerana halus dan teliti buatannya. Pada suatu hari batu seramik yang berada dilantai dan selalu dipijak orang berkata kepada binaan kaca cantik tersebut.

 Kemudian berlakulah perbualan ini:


Seramik lantai : Wahai binaan kaca, kenapa kamu selalu dicuci dan disanjung tinggi malah dikenali ramai padahal kita berasal dari bahan yang sama. Aku selalu tidak dihiraukan dan selalu dipijak.



Hiasan cantik : Kamu lupa ke dulu, dihari tuan kita ingin membentuk dan mengukir kita mengikut  bentuk yang diingininya, kamu enggan kerana tidak tahannya sakit dan panas . Aku juga sakit dan panas ketika itu tapi aku sanggup bertahan kerana aku tahu ianya berbaloi. Kini aku sedang menikmati kesenangan kerana pengorbananku dulu.


Kemudian seramik lantai itu terus berdiam dan dia tidak pernah lagi komplain.

Begitulah kita, disaat kita diuji Allah, kita merasa Allah tidak menghiraukan kita, kita juga sering beranggapan yang Allah tidak sayangkan kita. Namun Allah sudah memberitahu kita melalui Al quran sebenarnya bahawa Dia bukan memberi semua perkara yang kita MAHUKAN tetapi Allah itu Maha Mengetahui akan apa yang akan terjadi, maka Dia hanya memberi apa yang kita PERLUKAN.

"…Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah 2: 216)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan