Jumaat, 8 Mei 2015

Ada Apa Dengan Keberkatan





Kebanyakan masa kita sering membayangkan bahawa keberkatan adalah sesuatu yang sedikit, tetapi mencukupi. Andai gaji sekian-sekian jumlah walaupun nampak sedikit bagi sesetengah yang lain, tetapi oleh kerana disetiap gajinya adanya keberkatan, setiap bulan, pasti akan cukup walaupun dia mempunyai anak yang ramai. Jika ditanya kepada golongan ini, mungkin dia pun tidak tahu bagaimana rezekinya boleh cukup tinggal dibandar dengan mempunyai anak yang ramai sebegitu. Malahan mungkin berlebihan pula rezekinya tanpa dia sedari dari manakah ia datang.


Bagi seorang pelajar pula, dulu, pada pendapat saya, berkat itu adalah sesuatu yang tidak semua pelajar akan mendapatnya. Jika orang lain ingin memahami sesuatu topik besar mungkin mengambil masa selama 5 jam, namun bagi seorang pelajar yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berdoa agar diberkati ilmunya, walaupun belajar topik yang sama dan akan diberi kefahaman yang sama walaupun hanya belajar 2 jam sahaja, bukannya 5 jam. Subhanallah sungguh luar biasa nikmat yang dia dapat bukan?.



Sekarang saya ingin menceritakan kepada anda satu maksud keberkatan yang sedikit lain berbanding contoh saya diatas. Sebenarnya keberkatan itu juga bermakna sesuatu perkara yang boleh menghasilkan sesuatu yang tidak pernah kita bayangkan. Di luar jangkaan Pernah kawan saya berkongsikan tentang contoh keberkatan dan dia adalah seorang yang amat meminati ceramah seorang ustaz di You Tube yang bernama Nouman Ali Khan. 

Di ceramah Ustaz Nouman tersebut beliau mengatakan ketika beliau belajar dengan seorang gurunya tentang Al Quran, gurunya itu tersangat warak. Gurunya itu tidak kisah pun akan jumlah kehadiran pendengar disetiap kuliahnya. Walaupun sedikit yang datang mendengar, gurunya masih dan berterusan komited mengajar dan mengajar. Sesungguhnya gurunya sangat istiqamah walaupun sedikit atau mungkin beberapa sahaja yang mendengar kuliahnya. Menurut Ustaz Nouman, dia adalah antara yang sedikit yang istiqamah belajar. 



Kini, apa yang ustaz Nouman itu nampak bahawa betapa wujudnya keberkatan pada ilmu yang gurunya ajar, sehingga ilmu yang gurunya ajar itu telah disematkan didadanya kemudian beliau berpeluang mengajarkan ilmu tersebut kepada sangat ramai orang diseluruh dunia. Untuk pengetahuan pembaca, Ustaz Nouman ini menggunakan bahasa Inggeris ketika berceramah, kebanyakannya berkisar tentang tafsir alquran dan beliau banyak berceramah di negara berbeza seluruh dunia. Melalui ceramahnya ramai yang berubah dan semakin ramai yang mendekati Al Quran. Nampak tak keberkatan gurunya itu dicerita ini?. 



Apa yang saya nampak, Ustaz Nouman itu juga Allah bagi keberkatan padanya, kalau tak, mana mungkin Allah bagi saya terdengar secara tidak sengaja kata-katanya dari kawan saya kemudiannya membuat saya teringat dan menukilkan kisahnya di dalam buku ini bukan?. Beliau juga ada keberkatannya tersendiri sbenarnya. 

Doakan semoga buku ini juga terdapat keberkatannya yang tersendiri dan mampu membuat ramai orang mengenali Islam dengan lebih dekat dan boleh membuat ramai orang berhijrah kearah kebaikan serta memahami bahawa hidup dan  mengamalkan Islam yang indah ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan