Jumaat, 8 Mei 2015

BAB 17 : Sistem Kepercayaan


Percayakah anda tentang kewujudan esok? Mestilah kita percaya bukan?
Paling tidak pun, kita mungkin sudah terfikir, esok nak pergi ke mana atau nak pakai baju apa bukan?

Kita merasakan bahawa kita masih akan bangun selepas kita tidur malam ini kan? Kenapa? Kerana kita sudah terbiasa bangun selepas tidur, kemudian kita rasa esok itu “pasti” wujud untuk kita. Sungguh, begitulah apa yang kita fikir pada setiap hari. Kerana setakat ini, pagi kita mata kita masih boleh dibuka, hidung masih boleh menghirup udara. Seolah-olah kita lupa akan sesuatu. Malah jarang sekali kita mengingatinya, apatah lagi diumur kita yang masih lagi muda. Iaitu ketika diri masih merasa akan hidup lama lagi. Anda boleh agak atau tidak apa sebenarnya yang kita sudah lupa?.


Ya, kerap kali kita lupa akan kematian. Walaupun kita tidak lupa sepenuhnya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati, kita mungkin kurang kesedaran bahawa ia akan berlaku, iaitu ajal pasti akan menjemput kita akhirnya.? Saya juga sering dalam keadaan lupa sebegitu. Baiklah, saya ingin  mengajak anda untuk cuba merenung dan ingat kembali, berapa ramaikah orang disekeliling kita yang sudah tiada didunia ini kerana meninggal, mungkin dia adalah nenek, mungkin jiran atau sepupu anda?. 

Bukankah  umur mereka ketika mati itu pelbagai?. Ada yang muda, yang tua itu pasti ramai. Kerana mati itu pasti. Tidak pelik diangka berapakah umur mereka ketika itu. Berbalik kepada pendahuluan tadi tentang hari esok, kita sambung lagi berbicara tentangnya boleh?. Namun kita kaitkan dengan akhirat. Percayanya sungguh kita bahawa esok itu ada, tapi kenapa kita tidak percaya adanya akhirat? Kemudian aka nada yang berkata sebegini: 
“ Eh, saya percayalah, kenapa cakap saya tak percaya?”
Jika kita betul- betul  percaya akan wujudnya akhirat dan tahu akan diazab dan dibalas jika tak solat , malah akan dibakar kulit jika tidak menutup aurat, kenapa kita masih tidak betul menjaga perkara tersebut?

Ya, jawapannya adalah ramai diantara kita yang sebenarnya masih “tidak percaya” dan yakin tentang Hari Akhirat.  Mungkin percaya kita hanya sekadar percaya, tetapi bukan yakin dengan sebenarnya.
Ada satu contoh yang boleh membuatkan kita lagi memahami konsep percaya ini. Pada suatu hari, seorang pensyarah dating ke bilik kuliahnya dan berkata :
“ Pelajar semua, sila ambil perhatian akan kata-kata saya ini. Pada hari Khamis, iaitu dua hari akan datang, saya akan membuat ujian ringkas kepada anda, markah dari ujian tersebut saya akan masukkan kedalam markah peperiksaan akhir nanti”

Pelajarnya memberi dua respon berbeza. Golongan pertama begitu percaya akan kata-kata pensyarah tersebut dan berusaha bersungguh-sungguh supaya markah ujiannya pada hari khamis adalah tinggi. Manifestasi bahawa mereka percaya pahawa akan ada ujian dua hari lagi itu adalah melalui usaha mereka yang bersungguh-sungguh kearah itu kerana takutkan kegagalan.

Golongan kedua dari pelajar itu pula menunjukkan perangai yang berlainan. Mereka ini kurang percaya kata-kata pensyarah tersenut, maka mereka main-main dalam belajar dan langsung tidak bersungguh-sungguh. Mereka mengira ujian hari khamis nanti hanya ujian biasa seperti yang selalu pensyarah mereka berikan. Mereka kurang ambil cakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan