Jumaat, 8 Mei 2015

Nikmatnya Ujian


Pernah atau tidak anda merasa dan berkata, “ Kenapa lah hidup ini banyak sangat ujian dan penuh dengan cabaran?”  Atau “ Memang  hidup ini akan terasa sentiasa letih dan melelahkan ke?”.

Ketika kita masih kecil masalahnya begitu, malah bila umur meningkat begini pula ujiannya. Ada yang  diuji dengan kehilangan itu, kemudian hilang  ini pula , mungkin harta juga nyawa. Sentiasa ada. Ada yang dijumpai. Ada yang terus hilang tidak tahu kemana. Ada yang diganti, ada yang tidak.  Masalah pula pelbagai, bukan dengan keluarga sahaja,  malah dengan kawan juga ada, dengan guru, pekerja, bos juga tak terkira. Masalah, kemudian dapat masalah lagi. Ada cabaran disini, ada ujian disana. Sedih dan terlebih emosional memang tak boleh nak buang, ada sahaja yang mendatang.

Sebenarnya kenapakah kita diberi semua itu?. Adakah saja-saja sahaja Allah mahu memberi kita masalah dan cabaran?.



Tidak,setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Dia Maha Mengetahui. Mungkin juga sebenarnya diberikan kita semua itu kerana Allah mahu memberi cahaya kepada hidup kita agar ianya dipenuhi sedikit warna-warni barangkali. Ujian itu seolah perencah dalam “masakan” hidup, agar hidup ini tidaklah ‘tawar” sahaja. Lupakah anda, bukankah setiap kali kita selesai dari sesuatu masalah atau kesempitan yang kita bersabar dalam menghadapinya, kita akan merasa perasaan yang sangat  “ tak-boleh-diucapkan”  dek kerana lega dan bahagianya hidup jika terlepas dari ikatan masalah itu. 

Malah alangkah nikmatnya perasaa dirasakan ketika masalah itu berlalu pergi dari diri kan?. Rasa seolah bunga api yang paling cantik dan berwarna warni sedang berdetum indah di dalam hati kita. Satu perasaan yang hanya orang pernah merasainya sahaja boleh mengetahui bagaimanakah rasanya.  Namun pasti semua orang pernah merasakannya. Walaupun terlepas dari masalah yang kecil sekalipun, kelegaan itu pasti ada.




Melalui setiap kesusahan dan cabaran yang diberikan, Allah sebenarnya ingin menguji, siapakan yang paling beriman, yang boleh tahan dengan ujianNya.
Dan juga Allah nak bagi hadiahNya yang amat mahal itu iaitu syurga bagi sesiapa yang lulus dengan cemerlang akan ujiannya. Andai kata hidup kita ini hanya diberi senang dan bahagia sahaja sepanjang menjalaninya , cuma dihiasi gelak tawa semata , manusia akan merasa dunia ini adalah sudah seperti syurga yang tiada sedih dan masalah didalamnya. 

Jika kita dah rasa dunia ini dah macam syurga, tiada masalah langsung, mungkin tiadalah lah kita teringin dan berlumba-lumba nak memasuki syurga yang tiada langsung kesulitan didalamnya nanti. Jika tiada perbezaan antara dunia dan syurga, tiadalah nikmat bagi sesiapa yang memasukinya bukan? Ya, Allah mahu menjadikan syurga itu tempat istimewa dan unik dan hanya penghuninya dapat merasai kenikmatannya.  Syurga itu hebat, hanya orang yang hebat sahaja boleh memasukinya. 

Analogi yang senang bagi menampakkan contoh  nikmatnya ujian adalah terdapat seorang lelaki yang bernama Adam yang  merupakan seorang anak orang kaya. Setiap hari dia akan memakan pizza,dan boleh dikatakan bahawa seolah-olah pizza adalah makan rujinya setiap hari dirumahnya. Suatu hari dia dijemput untuk pergi  ke suatu rumah terbuka, kemudian makanan yang dihidangkan adalah pizza dan ia adalah jenis yang sudah biasa dia makan. 

Pada masa tersebut  mesti dia tak terasa terliur sangat dengan kewujudan pizza itu kan sebab  dia sudah biasa makan setiap hari makanan itu. Malah dia mungkin akan cakap: " Hmm, pizza lagi, dah naik muak dah aku makan pizza, muka aku pun dah sebijik macam  pizza dah kot. Hmm, tak datang pun takpe tadi…". Ya, Adam sudah kurang merasa nikmat sedapnya  pizza yang dimakan. Lidahnya sudah kurang menghargai akan kesedapan pizza tersebut. Deria rasa dilidahnya sudah merasa lali dengan kelazatan makanan tersebut.

Kemudian ada  pula seorang anak orang miskin yang bernama Amal, tiap-tiap hari dia hanya memakan roti hasil simpati  kedai roti depan rumah dia, itu pun roti kosong yang dah hampir nak sampai tarikh luput dah apa yang diberi. Dia juga pergi  ke open house yang sama yang Adam tadi pergi. Agak-agak nya lah kan, apa perasaan si anak miskin tadi? Pasti dia makan dengan penuh menikmati dan menambah  lagi potongan  pizza tersebut kan?.  Mestilah dia pasti lebih menghargai dan rasa pizza yang sama itu pasti akan terasa lagi sedap di lidah Amal  berbanding di lidah Adam kan?



Begitulah juga hidup kita, semakin kita rasa pahit ujian yang Allah bagi, kita mengharap  semakin manis pula “rasa”  ganjaran  nikmat yang kita akan dapat nanti di syurga, tetapi  dengan syarat kita mestilah mengikuti semua suruhan Allah serta sedaya  upaya  meninggalkan semua larangan Nya untuk layak memasuki tempat yang “mahal” itu. Bukankah kita selalu berdoa dan meminta ganjaran syurga dari Allah?. Ya, Allah ingin memberinya  tetapi dengan diberikan sedikit ujian sebagai syarat, seperti lulus SPM sebagai syarat masuk Universiti,  juga syarat nak dapat kerja. Syurga perlulah lagi perlu bersyarat untuk memasukinya kan?. Bukankah ia adalah sebaik-baik tempat kembali?. 

Marilah kita cuba bertahan dan berdoa agar diberi kekuatan agar sentiasa bertabah akan ujian yang diberi-Nya kerana jika ada seseorang yang di “celup”  di dalam syurga, dia seolah-olah tidak langsung merasai dirinya pernah diuji dengan sangat berat ketika didunia. Janganlah kita termasuk golongan yang di “ celup”  ke dalam api neraka sehingga dia tiada lagi merasa nikmat dan kesenangan yang pernah dilaluinya di dunia dahulu dek kerana seksanya azab neraka. Semoga Allah jauhkan.

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Al-Hadid 57:22) 

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan