Jumaat, 8 Mei 2015

Awak, Marah Tu Hobi Awak Ke?



Tiga minggu saya di Bilik Bersalin,
Sungguh banyak kisah suka duka disitu,
Dari kena puji, maki hamun, semua ada,
( Banyak yang maki dari puji rasanya).

Walaupun sudah 7 kali saya sambut baby,
Blur dan terketar - ketar tu masih sangat dirasa,
Sangat dirasa,
Kalut dan gawat,

Ada just tolong clamp tali pusat,
Ada tolong cucuk ubat kecut rahim,
Ada tolong potong tali pusat,
Ada tolong tarik uri,
Ada tolong pegang baby.

Walaupun nampak sudah banyak conduct,
Banyak lagi yang tak tahu,
Banyak lagi yang kena belajar,
Saya belajar sedikit demi sedikit.

Saya tak pelik jika mereka menengking,
Saya keraskan hati jika dimaki hamun,
Saya still membuka mulut ( bertanya) walaupun ditunjukkan muka garang,
Kerana saya ingin belajar,
Belajar melalui dimarahi.
Saya sembunyikan muka dibawah mask,

Saya pun pelik, kenapa mereka suka tengking tengking2 ?, mengapa suka sangat marah ?

Saya pun cuba mendalami mereka, saya pernah tanya mereka, kenapa geng2 bilik bersalin selalu marah marah ( padahal nak tujukan pada dia..hehe),  saya pun teringat akan kata- kata prof saya :

" Orang yang suka marah marah sebenarnya sedang kurang keyakinan diri, mereka marah kerana mereka rendah, mereka akan marah orang lain, kerana mereka nak merendahkan orang lain( lebih rendah dari dia), dia nak menampakkan bahawa dialah paling pandai, dengan orang yang dimarahi itu jadi rendah, barulah dia akan kelihatan tinggi"

Oh, baru saya tahu...patutlah ada staff nurse suka marah ( macam nak hina) housemen, 
Ada juga yang baik dan  marah ( tegas dan matang) sebab nak ajar,
Saya pernah melihat situasi itu...

Apa saranan prof jika kita berdepan dengan situasi itu?

Dia ajar bahawa kita kena kesian dengan orang yang suka marah marah tu, kesian sangat dengan dia,
Sayangi dia, jika betul dia kurang keyakinan dan berkelakuan begitu juga dengan anak dan suami,
Pasti suami menyampah nak tengok muka dia dirumah..mesti semua orang tak suka kat dia, kesiankan?

Cuba kita " kecil" kan dia, bayangkan dia ketika kecil,
Bayangkan dia adalah budak 5 tahun, yang selalu dimarahi ibubapanya dulu,
Bayangkan dia masa jadi pelatih atau student dikritik hebat sampai inferior,
Bayangkan dia hidup tanpa penghargaan dan pujian,
Maka jadilah dia seorang yang sangat inferior.


Masa saya nak conduct delivery untuk seorang orang asli, berumur 20 tahun, berlakulah situasi ini:

Saya : awak ni melayu ke?

Dia : tak, orang asli

saya : Agama apa? Islam ke?

Dia : Suami saya Islam...indonesia...

Dia macam nak atau tak nak je jawab dia sudah Islam atau tidak

Saya: Tahu kan kalau nak masuk Islam kena buat apa? 

Dia : ya, solat..

Saya : Tahu tak mengucap ni?

Dia : Lupa..sakit ni, tak ingatlah..kemudian dia berpaling, malas layan...

( Dalam hati, confius, dah islam ke belum ni?, bestnya kalau dapat ajar dia mengucap ni)

Kemudian dia sakit nak meneran, saya pun timing contraction ( misi suruh), kemudian dia menepis, then kata;

" aku nak abang( suami) aku, tolong call abang aku...tolong"

Saya : kejap lagi Misi call yer...jangan tolak tangan saya, nanti misi marah...

misi : Awak, awak ni dah Islam ke belum? Aku call suami dia tadi cakap dan sebut perkataan insyaAllah...ish, tapi tarikh kahwin tak ingat...dah kahwin ke belum ni? ( dengan kuat dia tanya, kuat sangat)

Dia : aku tak ingat tarikh kahwin..aku sakit...aku nak abang( suami) aku...telefon abang aku, misi..( dah restless sangat dah)

Satu ayat yang misi tu sebut, takkan saya pernah lupa ;

" Kepala hotak kau, jangan tipu akulah..dah kahwin ke belum, cakap betul betul, tak kan tak ingat tarikh..cuba kamu cakap betul2,)

Dia( patient) macam malas nak layan misi tu, dia tak menjawab dah....

( garangnya misi tu pada patient, kalau saya orang asli tu, jika belum Islam, saya pun tak berminat dengan Islam jika ditunjukkan bahawa Begitulah perangai orang islam, suka marah2, padahal patient sedang sakit2)

Ketika conduct dengan misi tu, banyak juga tabahkan hati sebab ditengking sebab banyak tak tahu, banyak juga dapat ceramah free sambil tolong tolong tu...

Misi : Kau kena belajar banyak banyak masa student ni, nanti tak adalah jadi housemen yang blur, jadi Medical Officer yang siket2 nak refer patient kat Hospital besar je ( sebab tak pandai buat kerja)

Saya : macam mana ya, tak nak jadi macam tu ya kak ? ( menadah ilmu, nak buang rasa takut dengan dia, nak rapport dengan dia, nak dia rasa kita nak belajar sumthing dgn dia)

Misi: kau kena selalu kehadapan dalam belajar, tunjukkan confident, kak dulu, baru pertama kali nak jhit episiotomy, tapi kak confident angkat tangan time cikgu sruh volunteer...tapi jangan confident saja2, kat hostel, kak berlatih jahit, guna span ke..berlatih sungguh sungguh...Kau kena jadi macm tu la..

Saya: Oooo..hebatnya...( kemudian tanya lagi tips tips dr dia), kak kenapa orang yang kerja kat labour room ni selalu marah marah ye? ( Ditujukan khas untuk dia sebenarnya..hehe)

Misi : Kitorang stress sebab banyak benda nak buat, lepas tu kena tegas2 dan marah2 nak suruh pesakit dengar cakap, penting sebab kita kena selamatkan dua nyawa ( ibu dan anak).

Saya : Oooo..

Masa dia nak basuh tangan, terdengar dia kata kat kawan dia..

Misi : Eh, ni first time aku bagi Medical Student guard kepala baby ( nak kurangkan koyak), sebab aku nampak dia ikhlas etep...( padahal tolong tekan tangan dia yg sedang guard kepala baby je)

Saya : Kak pun terima kasihlah ya, Ikhlas ajar saya ( dalam hati, huh, kalaulah kak tahu apa hati saya dah kata kat akak awal2 tadi, mesti kak tak cakap macam ni. Maaflah kak-- tersengih2)

Kemudian siap, kak misi pun keluar..saya sambung borak dengan patient..

Patient: kak, saya dah Islam dah, cuma banyak lagi saya tak tahu, tak ingat sangat...suami saya indonesia, saya tadi ikut kak baca2 zikir, saya baca dalam hati...kak, garang sangat misi tu tadi, saya rasa nak tampar tampar saja...jangan bagitahu dia yer apa saya cakap ni..( takut takut)


Sambung borak2,,,then
Saya : susahkan nak bersalin, sakit kan, nanti ajar anak awak agama, ajar solat, barulah berbaloi awak sakit2 ni, barulah dia jadi baik dan pandai... ( mula dah la postpartum tazkirah)

Dia : InsyaAllah  

Pandai rupanya sebut insyaAllah..Alhamdulillah..first time dengar...

Ps : kesian keluarganya, ada yang kahwin dengan melayu, jadi Islam, ada yang kahwin dengan cina, jadi ikut agama suami yang bukan Islam...

Bukan semua misi adalah garang seperti kisah diatas,
Ramai lagi yang sangat baik,
Yang meminta maaf kerana meninggikan suara,
Ada yang patient siap sangat berterima kasih dan minta maaf pada misi pun ada.


" Rela ditarbiah, untuk mentarbiah"
" Rela dimarahi, untuk memarahi ? " ( Eh...tak kot)

Yang menyaksikan dan dimarahi,


Travelog Tarbiah Seorang Medical Student










Tiada ulasan:

Catat Ulasan