Jumaat, 8 Mei 2015

Fahami Juga Orang Lain



Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya, ada dua jenis manusia dalam dunia ini iaitu jenis orang yang banyak cakap dan orang yang senyap. Mungkin situasi dibawah pernah berlaku kepada anda atau orang disekeliling anda. Saya ingin memberi contoh dua orang remaja perempuan yang bernama Syasya iaitu seorang yang bercakap agak kasar dan lantang manakala Hanan seorang yang lembut dan sensitif.



Syasya : Aku memang seorang yang berkarakter macam ni, dan aku memang suka bercakap guna bahasa kasar sejak kecil sebab aku dibesarkan dalam suasana sebegitu. Mak ayah aku, adik beradik aku memang berkomunikasi dengan cara macam ni dan aku tak rasa ada yang salah dengan cara aku ini. Maka, orang sekeliling aku yang dah lama berkawan dengan aku sepatutnya faham dah dengan perangai aku yang satu ini. Janganlah sedikit sedikit nak terasa atau touching segala bagai. ( Dia bercakap secara lantang dalam sekumpulan teman-temannya).



Hanan : Aku pun dah macam ni sejak kecil. Aku seorang yang mudah sangat terasa dengan kata-kata kasar, mudah sensitif. Aku tak tahu kenapa aku mudah sangat terasa dengan kata-kata sinis dan sindiran seperti yang selalu kau tuturkan. Aku selalu rasa nak menitiskan air mata dengan gurauan kau yang tak pernah ditapis. 

Aku ada satu soalan untuk kau. Satu soalan sahaja. Sebenarnya adakah kau pernah cubamemahami aku sebagaimana kau nak aku memahami kau? Kau pernah memahami bahawa wujudnya orang yang berhati sensitif macam aku?
(Tapi sayang seribu kali sayang kerana dia seorang yang inferior kerana tak “pandai “bercakap, kata-kata ini hanya bermain dimindanya)

Mungkin setiap dari kita pernah menjadi macam Syasya,
Mungkin juga selalu berperasaan seperti yang Hanan rasakan,
Maka, kenali diri,
Ketika kita menjadi seperti orang pertama, hati-hati berkata agar orang kedua tidak terasa, 


Jika kita menjadi seperti orang kedua, bersangka baiklah bahawa itu memang perangainya sejak dari kecil yang dia susah nak ubah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan