Jumaat, 8 Mei 2015

Hari Pertama di Dewan Bersalin

First Day In Labour Room

Semalam, pertama kali saya ber on call di Labour Room ( Bilik Bersalin)...
Rugi rasanya kalau saya tak merakam detik dan pengalaman semalam, melalui tulisan..
Pengalaman pertama saya melihat lahirnya seorang manusia ke dunia ini,

Sungguh peritnya seorang yang bergelar ibu nak melahirkan,
Malu diletak jauh ketepi, kedalam tong sampah mungkin,

Kerana Malu itu tak seberapa dibanding sakit yang dirasakan,
Dia meraung, dimarahi jururawat apabila banyak bergerak ketika sakit dijahit,
Dia sakit, sungguh sakit yang teramat sakit.
Mereka meneran, kami juga seolah meneran sama.

Sungguh " sengsara" mahu melahirkan seorang bayi rupanya,
Ketika mengandung, membawa baby yang berat 3 Kg kemana mana,
Ketika masuk ward, dimasukkan iv drip untuk masukkan ubat dan air, sakitnya...
Ketika dibuat vaginal examination untuk tengok jalan keluar, menahan sakit beberapa kali, untuk mudah doktor memasukkan jari.. ( tebalkan muka jika malu)

Itu hanya intro penderitaan, banyak lagi yang menunggu...
Saat bukaan jalan mencecah 10 cm,
Terpaksa meneran, sangat meneran,
Jika ketika delivery itu mereka mahu buang air besar atau kecil,
Mereka terpaksa melakukan itu semua dihadapan orang ( doktor, nurse, medical student), secara sedar.
Tiada lagi malu itu demi memastikan seorang manusia bernama bayi lahir kedunia,dengan selamat.
Berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Jika susah, bayi terpaksa dikeluarkan guna forcep ( besi) ataupun vacum ( sedut kepala),
Jika tidak boleh, ada juga yang kena caeser ( pembedahan)
Jika kepala tak muat, jalan keluar itu terpaksa digunting ( secara mereka sedar)
Sakitnya, hanya mereka yang merasai

Selepas  bersalin, mungkin ada komplikasi pula
Placenta ( uri) tak keluar,
Pendarahan tanpa henti,
Terkoyak bahagian jalan keluar,
Infection dekat bahagian suture ( jahitan)
Tercabut jahitan sebelum sembuh luka.
Macam macam. Boleh saja ia terjadi.

Ibu memperjudikan nyawa untuk melahirkan seorang " kita"
Kemudian sungguh kurang ajar kalau kita menjadi orang yang " menarik" ibu kita keneraka,
Dengan kita tak solat, tidak menutup aurat, bercouple dan berpegangan sebelum kahwin,
( mungkin mereka tiada ilmu jika mereka kurang mengajar kita sejak dari kecil perkara itu)

Sungguh, semalam adalah malam yang sangat menginsafkan,
Tak tertulis disini segala pengalaman melihat itu semua didepan mata,
Pengalaman menyuruh patient berselawat,
Pengalaman " mengangkangkan" patient,
Pengalaman memegang tangan ibu ibu itu untuk menyalurkan sedikit semangat,
Pengalaman mendoakan agar baby itu menjadi anak soleh solehah. ( Amin)

Pengalaman melihat keluarga patient yang bahagia dgn kehadiran baby baru.
Baby yang dari makan dan mendapat oksigen melalui darah ibu ( didalam perut),
Kemudan dapat minum susu dan bernafas dengan sendiri 
Subhanallah...Maha Suci Allah...


Yang penting, pengalaman bagaimana cara saya mengenali dunia,
Kerana saya juga pernah menjadi bayi. Di tarikh 5 Novermber 1992.
23 tahun yang lepas.

Sesungguhnya Allah Maha Besar,
Tuhan sekalian Alam ( Alam roh, rahim, dunia, barzakh, akhirat)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan