Jumaat, 8 Mei 2015

Ujian Ikut Saiz



Allah tak akan bagi jalan yang berduri, yang berliku-liku, yang penuh halangan tanpa Allah sebenarkan sediakan juga kasut- kasut sesuai untuk kita gunakan dijalan tersebut.

Kalau dia bagi jalan berduri, dia akan bagi kasut kalis duri,
kalau dia bagi jalan banjir, dia sediakan kasut terapung (Eh, macam pelik sahaja)



Yes, ujian Allah bagi kepada  kita adalah "Tailor-made test", dia bagi ujian bersama pakej, iaitu ketabahan untuk kita hadapinya.

Mungkin pernah diantara kita berkata kepada orang lain: " Kecil je tu masalah dia, masalah aku  ni lagi besar." Sebenarnya kita sudah salah. Kerana kita tidak boleh berkata begitu  kerana Allah bagi ujian untuk seseorang adalah sesuai mengikut  kemampuan seseorang itu untuk mengahadapinya.

Contohnya, bagi kita yang sudah mempunyai beberapa telefon pintar akan merasakan jika kita ada kehilangan telefon kita yang paling murah, itu adalah perkara biasa dan tak perlu nak dikecohkan . Tetapi jika telefon yang berharga sama juga hilang dan ia adalah  milik seseorang  yang sangat tiada duit, malah perlu berjimat ketika ingin membelinya, dia sebenarnya  merasakan bahawa kehilangan itu adalah sesuatu masalah yang berat baginya. 

Mungkin ada juga orang yang  merasakan kematian ahli keluarga yang terdekat bukanlah sesuatu yang berat dan terlalu menyedihkan kerana  Allah sudah menghadiahinya hati yang tabah untuk berhadapan dengan peristiwa itu.

 Adakah anda sudah nampak  apa  point yang saya ingin ceritakan di sini? Ya, setiap apa yang berlaku pada seseorang bukanlah diukur dengan melihat “ apakah yang berlaku” semata untuk memberitahu kita betapa “berat” atau “ringan”kah ujian yang seseorang itu hadapi. Kerana disebalik itu, tahap keimanan dan ketabahan hati orang yang menerima ujian itulah yang menjadi kayu ukur samada ujian yang dihadapi itu  sebenarnya “tersangat berat” ataupun tidak. 

Sesungguhnya kita tidak boleh mengawal apa yang akan atau sudah berlaku kerana ia sudah tertulis, namun kita boleh mengubah respon kita dan cara kita berfikir disetiap apa yang berlaku dalam hidup kita. Barulah disetiap ketika menghadapi ujian itu, ada penambahbaikan dari segi keimanan kita.


"Allah tidak memberati(membebani) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya" (Al Baqarah  2 :286)

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.
(Al-Hajj 22:65) 


 (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Al-Hadiid 57:23) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan