Jumaat, 8 Mei 2015

Bicara Ain dengan Najah




Ain : Najah, aku ada hal nak tanya kau ni. Aku selalu terfikir dimindaku tidak mungkinlah dengan meninggalkan solat dan tidak menutup aurat boleh melayakkan seseorang itu masuk neraka? Bukanlah berbuat jahat seperti membunuh atau murtad pun. Allah tak kan lah " sekejam" itu kan?.

Najah : Baiklah. Aku nak timbulkan satu persoalan lain pula. Kalau kita terfikir nak tanya soalan itu, kenapa kita tidak bertanya pula soalan ini," Takkan lah dengan melakukan amalan semudah solat 5 rakaat dan sesenang menutup aurat, ianya dah membolehkan kita dapat tiket ke syurga? Sungguh mudah sahaja kedua benda itu untuk dibuat. Budak semuda darjah satu pun boleh buat. Kenapa kau tak terfikir nak tanya kenapa Allah " sebaik" itu?

Ain : Eh, betul juga soalan kau, kenapa ya aku tak terfikir akan hal itu. Tapi kan, bukan ke kau selalu kata yang Allah itu sangat penyayang, Maha Pengampun dan banyak sifatNya yang lain yang baik. Bukankah nanti Allah akan kasihani manusia- manusia yang banyak berbuat dosa ketika malaikat ingin memasukkan manusia tersebut kedalam api neraka. Bukan begitu ke?

Najah : Itu yang sering kali kita sebagai manusia terlupa. Disaat kita mengetahui bahawa Allah itu Maha Penyayang, tapi adakah kita betul - betul membalas akan sayangNya? Kita tahu dia Pengampun, adakah kerap kali kita memohon ampun kepada Dia? Namun, Kita juga mungkin lupa nama - nama Allah di Asmaul Husna, bahawa disebalik Maha Pengasihnya Allah, Dia juga Maha Mengazab, Dia jua lah yang Maha Membalas. Awak tak ingat ke kisah kaum Nabi Lut? Tak ingat juga kisah kaum nabi Nuh diazab? Tak ingat kisah Qarun dan Firaun? Mereka sudah diberi seorang nabi untuk menunjukkan jalan yang lurus, tetapi mereka sombong dan berpaling, seterusnya Allah mengazab mereka ketika didunia lagi. Mereka tak dengar peringatan yang sudah diberi banyak kali. Mereka menutup telinga dan kepala.

Ain : Bukan aku tak ingat, aku memang tak tahu pun kisah-kisah yang kau sebut tu. Aku jahil, Najah.Tapi Najah kan, aku dah sangat lama tidak bersolat. Lama sangat tidak mengaji dan membaca ayat- ayat Allah. Malah aku juga dengan percumanya banyak kali menayangkan rambut dan aurat aku kepada bukan yang halal, adakah aku layak untuk dimaafkan? Aku rasa bahawa aku seorang yang jahat tapi aku tidak tahu bagaimana caranya nak bertaubat dengan sebenarnya.

Najah : Alhamdulillah kau dah sedar, lama aku menunggu untuk mendengar ayat seperti ini keluar dari mulut kau, dah bertahun aku cuba doakan kau, aku tag nama kau dekat tazkirah yang aku tulis di Facebook aku. Aku pernah senyap- senyap memasukkan mp3 ceramah dalam telefon kau. Aku pernah masukkan pamplet tazkirah dalam beg tangan dan celah- celah buku kau. Kalau kau nak tahu, aku sangat menanti detik ini. Maha Suci Allah. Sungguh aku lah orang yang paling bahagia saat ini.

Ain, kau kan ada aku, kau boleh tanya apa sahaja pasal Islam kepadaku, aku akan cuba jawab apa yang aku tahu. Selain itu kau banyakkan solat sunat taubat, berdoa dengan bersungguh- sungguh semoga Allah mengampunkan dosa- dosa yang kita sengaja buat ataupun tidak sengaja. Jangan malu nak tanya aku apa- apa yang kau tidak tahu, macam cara nak baca apa dalam solat, nak mulai mengaji alquran bagaimana. Kalau tak padai arab, kau boleh berdoa banyak-banyak dan bersungguh- sungguh walaupun walaupun menggunakan bahasa melayu kau tu. Aku yakin dan  pasti bahawa Allah faham dan mendengar apa yang kau minta. Aku boleh tolong setakat yang aku mampu kerana aku juga banyak lagi perkara yang aku perlu pelajari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan