Jumaat, 8 Mei 2015

Allah yang Sama

 
 Kalau nak menghidupkan orang yang dah mati Allah boleh buat, kemudian nak bagi Tsunami juga banjir dengan cepat pun Dia boleh. Nak menenangkan dan menyerabutkan orang pun Allah mampu. Kerana Allah Maha Berkuasa. Takkan lah kita merasakan Allah yang sama itu tidak boleh tolong selesaikan masalah kita? 

Bukankah kita mepunyai banyak masalah,tapi berapa ramai sahaja antara kita yang sedar untuk  meminta tolong dengan “ yang sepatutnya”  kita memohon pertolongan. Yakni Allah.  Ingatkah kita pada Allah pada awal kita menerima setiap masalah? Selalukah kita mengadukan masalah kita yang selalu mudah tertekan itu,mudah ditipu, sering gagal peperiksaan, merasakan diri tak pandai sangat  itu kepada-Nya?

Kita lupa bahawa dia yang menciptakan dan menguji kita dengan pelbagai masalah tersebut pasti bersebab. Dia mahu kita mencariNya kembali. Dan sudah semestinya amat mudah bagi  Allah untuk menyelesaikannya  kerana Dia jualah pencipta dan pemberi masalah tersebut,  sudah tentu  Dia juga tahu cara penyelesaiannya

Lupakah kita bahawa Allah itu Tuhan yang Esa. Yang satu. Tiada yang akhir dan tiada yang lebih awal selainnya. Dialah Tuhan yang disembah Nabi Adam, manusia pertama. Hanya Dia juga yang akan disembah manusia terakhir kerana Dia Tuhan sekalian alam. Masihkah kita tidak mahu meminta perlindungan danpertolongan dari-Nya?.

Inilah Tuhan yang sama yang menolong Nabi Muhammad yang diugut bunuh oleh kaum Musyrikin. Malah  Allah ini jualah yang tolong Nabi Musa menentang Firaun. Juga Dialah yang menyelamatkan dan menyejukkan Nabi Ibrahim dari api yang panas.  

Sesungguhnya Dia Tuhan yang Maha Memperkenankan Doa. Seharusnya  kita tidak putus-putus meminta dan berdoa kepada-Nya, kerana Allah sudah janjikan bahawa nescaya akan diperkenankan. Bukankah sudah terlalu banyak benda yang kita tak minta pun Allah bagi, mustahil Allah tak bagi apa yang kita minta. 

Cuma mungkin  pemberian yang diberi ada yang kita rasakan lambat dimakbulkan, mungkin ada yang cepat. Jika kita tidak nampak bahawa doa kita dimakbulkan, mungkin Allah akan menggantikan apa yang diminta itu dengan benda yang lebih baik untuk kita . sesungguhnya Allah Maha Mengatahui dan  Dia akan memberi apa yang kita perlu, bukan diberi semua apa yang kita minta.

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".(Al-A'raaf 7:128)

 Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.
(Al-'Ankabuut 29:41)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan