Jumaat, 8 Mei 2015

Hikmah Bermandikan Ketuban

Hikmah Bermandikan Liqour

Sebab white coat saya basah bermandikan Air ketuban hari tu, tak sempat kering...
Dengan yakinnya saya ke Labour Room memakai T shirt,
Kemudian tanya Jururawat Masyarakat,

" JM, kat mana nak ambil baju biru tu"

Mereka kata, " Oh, ambil kat bilik Linen tu"

Then saya bergegas ambil baju tersebut...
Kemudian dengan yakinnya pergi duduk dekat kaunter PAC,
Sebab nampak segolongan Staff Nurse, sedang duduk bercakap2 ( alang alang tak ada patient)

Diorang kalut kalut tengah cerita pasal budak yang jatuh lif dekat shopping mall baru2 ini,

" Eh, bahayalah teknologi sekarang, sampai anak main dekat lif pun tak perasan,bla bla"

Kemudian yang lain menyambung...

Then saya termenyampuk sekali,

" oh ya ke...kat mana, mati ke? Bla bla"

" Ya doktor...ni tengok video dia"

( Err...dalam hati dah pelik, diorang ingat aku doktor ke?)

Saya layan jelah diorang tunjuk video tu, tanpa sempat saya bagitahu siapa saya....

Habis je diorang bercakap2...saya angkat tangan....sekejap, sekejap...sebenarnya...errr, errr saya bukan doktor, saya medical student...

Semua buat muka...la...ingat doktor tadi....kemudian bersurai...

Saya tersengih sengih macam kerang tak berapa nak busuk...alahai...hihi

Pangajaran : Tak kisahlah awak sedang  bercakap dengan specialist, doktor, pak guard, cleaner sekalipun, jangan pernah awak membezakan diantara mereka....kerana mereka semua adalah makhluk Allah juga.

Tapi, saya rasa best..sebab macam secara tak sengaja telah rapport dengan StaffNurse kat situ..( walaupun mereka buat memek muka, diorang baik je sebenarnya)

Sehari atau dua hari selepas itu, saya oncall lagi...sambil boring menunggu patient...saya pun duduk dekat kaunter, ada beberapa staffnurse sedang meletakkan kepala dikaunter ( sebab tak ada patient bilik yang mereka jaga), ada yang sejuk sangat dan ambil selimut kat bilik linen...tiga orang semuanya..

Saya yang mengantuk, terjoin sekali group mereka duduk kat kerusi tu...

Lepas tu ada terdengar suara dari belakang, " Aik, Medical Student sama naik je"...

Saya senyum je...sambung letak kepala dimeja...then, tak jadi nak tidur...berlakulah perbualan ini diantara kami..dgn SN ( staff nurse)

SN : memang minat ke ambil doktor ni?

Me : Kalau bab bab tahu banyak benda minat, tapi bab belajar malas siketlah, sebab tok pandai mano English, sain sain sume pandai pandai blako...semua dari family yang hebat, ada yang anak doktor, ada anak jurutera, teacher, pensyarah...selalu je saya inferior...

Sn : adik beradik berapa orang? Masuk U semua ke?

Me : Tak, saya sorang je yang ambik ijazah dalam family saya, ada 7 orang semuanya, saya anak ke enam....

Kemudian saya melencong cerita, saya ceritakan pasal dapat JPA, pasal rezeki, terkeluar pula satu rahsia, rahsia yang saya jarang beritahu orang....sangat jarang...

Masa  semimggu saya nak pergi Makassar, Indonesia, saya tidak mempunyai duit yang cukup sebenarnya, dalam keadaan saya mahu mencukupkan wang untuk kesana, salah seorang mak cik ( bukan makcik sebenar) tahu  bahawa saya ingin ke Indonesia, kemudian dia menyuruh anaknya bertanya kepada saya, melalui sms :

Anaknya : Na, kata nak pergi Indonesia kan?

Saya : Ya..kenapa ?

Anaknya : duit cukup ke nak pergi tu?

Saya : adalah tak cukup siket, tapi macam boleh usahakan...( malu nak cakap tak cukup, sebab JPA dah ada)

Anaknya : Ummi kita mcm ada nak sponsor, boleh tak nak tahu agak agak berapa yang tak cukup tu, nak bagitahu dia ni...

Saya : ( sangat malu nak bagitahu dia jumlah yang saya nak, panas sahaja muka saya) kalau rm 200 boleh tak, nanti saya bayar balik...

Anaknya: okey, nanti kita bagitahu ummi kita...

Kemudian, jumpa dia disuatu tempat...dia bagi saya satu genggaman duit kertas....tebal rasanya...tebal juga muka saya mengambilnya...kemudian anaknya kata, " Tak payah bayar balik tau, ni ummi kita sponsor untuk awak"

Kemudian saya membelek duit tersebut...saya terkejut, teramat terkejut kerana ianya berjumlah Rm 500...saya terkesima dan sangat terharu....


Mulai hari itu, saya selalu mendoakan keluarga mak cik itu, semoga keluarganya diberi kebahagian dan ganjaran syurga. Ketika di Indonesia, setiap apa yang saya belajar melalui lawatan itu saya sedekahkan doa semoga mak cik itu mendapat juga pahala kerana memudahkan saya mendapat Ilmu...

SN : wah best sangat cerita kamu ni, tak jadi nak tidur tadi..

Me : ( dah macam buat Usrah dah aku rasa)


Semoga bermanfaat...
Hikmah basah whitecoat kena air ketuban...pakai baju biru, orang ingat saya doktor, kemudian confident jadi sedikit tinggi. Then boleh borak borak sambil bagi cerita kat Staff Nurse situ....

Lepas jumpa beberapa staff nurse tu,
Senang je kitorang nak berbalas senyum,
Kerana dia " sudah mengenali" saya...

Travelog tarbiah seorang medical student
Prof muhaya junior











Tiada ulasan:

Catat Ulasan